Johor, kubu kuat BN, negeri contoh BN? Prestasi negeri membanggakan?


Kita sudah tengok iklan MCA/BN kalau undi DAP di Johor macam undi PAS, nanti Johor jadi macam Kelantan.

Kita juga sudah tengok iklan nanti Johor jadi macam Kedah. MCA/BN giat menyebarkan iklan menakutkan-nakutkan pengundi dengan menggambarkan negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PAS) lebih mundur dan prestasi buruk.

Kita sudah tengok prestasi BN di Melaka. Mari kita tengok prestasi BN di Johor, negeri yang menjadi “kubu kuat” UMNO/BN.

1. Prestasi kewangan jabatan dan agensi bawah Kerajaan Negeri baik. Sangat baik ada 5 sahaja. Banding dengan Kelantan ada 10 sangat baik.

2. Hasil yang dikutip Kerajaan Negeri pada 2011 menurun sebanyak RM180 juta berbanding 2010.

Foreign Direct Investment ke Wilayah Iskandar bukan ke berpuluh billion tapi hasil kerajaan negeri menurun?

3. Pada tahun 2011 Kerajaan Negeri mengalami kekurangan dana (defisit) sebanyak RM148 juta.

4. Rumusan dan syor audit: Prestasi perbelanjaan Kerajaan Negeri menurun berbanding 2010.


Perbelanjaan menurun patutnya defisit berkurang, tapi defisit Kerajaan Negeri bertambah. Kerana? Hasil juga menurun.

Kelemahan pengurusan tadbir negeri yang dijumpai oleh Ketua Audit Negara.

1. Projek menaiktaraf bangunan Komtar lewat disiapkan. Kos asal projek berjumlah RM48 juta meningkat.


2. Tender mengubahsuai muzium tidak dibuat secara terbuka:


3. Bayaran ansuran projek dijelaskan walaupun kemajuan kerja hanya setakat 65%.

4. Pusat Hiburan tiada lesen di Johor. Ditegur oleh Ketua Audit Negara.

Itu ringkasan Laporan Ketua Audit Negara untuk Johor. Masih takut Johor akan jadi Kelantan? Hasil Kelantan ‘negeri pembangkang’ meningkat tahun lepas, hasil Johor berkurang. Takut jadi macam Kelantan? Siapa mengurus dengan lebih baik?

Tidak semua benda disentuh dalam laporan audit. tapi kalau bandingkan Johor dan Kelantan tidak teruk mana pun Kelantan.

Kita sudah lihat ulasan Laporan Ketua Audit Negara untuk negeri Kedah, Kelantan, Melaka dan Johor. Boleh buat kesimpulan berdasarkan fakta-fakta yang telah dibentangkan. Adakah prestasi pengurusan “negeri pembangkang” teruk berbanding BN?

Berapa markah Muhyiddin boleh bagi untuk Johor dan Melaka berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara?

Hope you enjoy the tweets by @Norman__G so far.

Tidak perlu mencarut, memaki, menggunakan isu kaum, agama, isu peribadi, isu liwat, isu video lucah untuk menentukan prestasi sesebuah kerajaan.

Tags: BN, Johor, Laporan Ketua Audit Negara, PAS, PR, UMNO

Leave a Reply