»

Surat terbuka kepada Tun Mahathir


Updated: English version for this post here – Open letter to Tun Mahathir

Kehadapan Tun Mahathir,

Saya merujuk kepada artikel Tun bertajuk “Kaki Dalam Kasut” yang ditulis pada 20 Julai 2009 di laman web Tun. Izinkan saya berkongsi pendapat saya berkenaan apa yang ditulis oleh Tun.

2. Saya percaya penyoal berpendapat orang bukan Melayu berasa amat tertekan dan kecewa dengan “ketidakadilan” terhadap mereka di Malaysia (oleh Kerajaan yang dikuasai oleh orang Melayu).

Orang bukan Melayu mempunyai alasan yang kukuh untuk berasa amat tertekan dan kecewa dengan ketidakadilan terhadap mereka di Malaysia. Malah bumiputera bukan Melayu khususnya orang Asli dan bumiputera Sabah dan Sarawak juga berkongsi perasaan yang sama kerana mereka turut tidak diberikan layanan yang sama seperti orang Melayu sedangkan mereka merupakan penduduk asal negara ini. Berapa banyakkah individu bumiputera bukan Melayu yang diterima masuk dalam sektor kerajaan dan syarikat-syarikat milik kerajaan seperti Petronas?

3. Saya tidak tahu samada penyoal ini pernah bertanya kepada tokoh bukan Melayu soalan yang sama iaitu perasaan orang Melayu akan keadaan di negara nenek moyang mereka yang mereka sudah jadi kaum yang secara relatif termiskin dan masih ketinggalan.

Tun, kata kunci di sini ialah ‘yang termiskin dan ketinggalan’ dan itu tidak mengira kaum Melayu atau bukan Melayu. Sekiranya bantuan diberikan kepada mereka yang berhak tanpa mengira kaum, warna kulit dan agama dan didapati majoriti yang miskin adalah orang Melayu, ianya akan diterima baik.

Tiada sesiapa akan mempersoalkan dasar sedemikian. Tetapi adalah salah untuk membuat dan memperalatkan sesuatu dasar yang memberikan keutamaan kepada sesuatu kaum tanpa mengira taraf hidup dan keperluan. Malah jika sesuatu dasar itu dilaksanakan dengan mengambil kira keperluan dan merit, majoriti orang Melayu secara automatis yang akan mendapat manfaatnya.

Sudah lebih 30 tahun DEB dilaksanakan dan masih yang banyak orang Melayu yang miskin dan ketinggalan. Bukankah ini memberi petunjuk bahawa DEB telah gagal dalam perlaksanaannya dan sesuatu yang drastik perlu dilakukan? Jurang antara yang miskin dan kaya semakin bertambah, di mana kekayaan hanya tertumpu kepada sekumpulan individu Cina, India dan Melayu.

Malah Tun sendiri ketika berkuasa banyak memberikan kontrak kepada rakan-rakan Tun yang bukan Melayu yang kini gah tersenarai antara individu-individu paling kaya di Malaysia. Mengapa? Mengapa Tun semasa berkuasa tidak memberikan kontrak-kontrak tersebut kepada orang Melayu?

Dan dengan menggunakan hujah individu-individu paling kaya di Malaysia adalah terdiri daripada mereka yang bukan Melayu, Tun beranggapan adalah patut untuk meneruskan DEB dengan memberikan keutamaan kepada orang Melayu dan menghukum orang bukan Melayu yang miskin dan ketinggalan? Bukankan intipati asal DEB adalah untuk membantu semua yang miskin dan memerlukan pertolongan ekonomi tanpa mengira kaum? Sejak bila DEB itu khusus untuk orang Melayu sahaja?

Oh ya, bukankah mengikut kajian antropologi dan sejarah, kebanyakan orang Melayu di Malaysia dan nenek moyang mereka sebenarnya berasal dari dari Indonesia, Thailand dan India? Malah China? Jadi negara nenek moyang mereka sepatutnya bukan Malaysia, sama seperti saya? Contohnya, Tun sendiri, Khir Toyo dan Syed Hamid Albar?

4. Jika beliau bertanya dan tokoh tersebut menjawab secara ikhlas, beliau akan dapati bahawa orang Melayu amat kecewa dengan kemiskinan relatif mereka sehingga terpaksa meminta-minta sepanjang masa dan juga ketinggalan dalam pelbagai bidang.

Apakah dengan adanya DEB sepanjang 3o lebih tahun ini, orang Melayu sudah maju dalam erti kata sebenarnya dan tidak ketinggalan dalam pelbagai bidang? Pernahkan direnungkan bahawa bilangan orang Melayu yang maju dan tidak ketinggalan sudah bertambah adalah disebabkan pengurangan aras pengukur atau ‘standard’ serta pemberian kuota oleh kerajaan bagi membolehkan mereka diterima masuk menyertai bidang-bidang tertentu? Apakah ini boleh dianggap sesuatu pencapaian yang membanggakan? Bukankah ini menipu diri sendiri?

5. Mereka cuba yakin mereka adalah tuan di negara mereka tetapi mereka tahu sebenarnya mereka bukan tuan. Orang bukan Melayu yang menjadi tuan yang sebenar.

Apakah amat penting untuk orang Melayu dan bukan Melayu yang semuanya rakyat Malaysia berebut-rebut menjadi tuan yang sebenar? Mengapa PEMIMPIN-PEMIMPIN POLITIK Melayu seperti Tun begitu taksub dengan misi untuk menjadi ‘tuan’? Tun hampir betul dengan mengatakan (SEGELINTIR) orang bukan Melayu  yang menjadi tuan yang sebenar walaupun sudah 30 tahun DEB diperalatkan untuk memberi keutamaan kepada orang Melayu. Persoalannya, mengapa ini boleh berlaku?

Orang Melayu memegang tampuk pemerintahan melalui Umno. Keutamaan diberikan kepada orang Melayu dalam perniagaan, ekonomi, pendidikan, peluang pekerjaan dsb. melalu DEB, tetapi yang masih menjadi tuan adalah segelintir orang bukan Melayu? Mengapa ini boleh berlaku? Bukankah itu sesuatu yang pelik dan aneh? Sedangkan yang berkuasa adalah orang Melayu dan dasar-dasar melibatkan sektor-sektor penting memberikan keutamaan kepada orang Melayu?

Dan Tun, sila perbetulkan kenyataan ‘orang bukan Melayu yang menjadi tuan yang sebenar’ dengan menambah ‘segelintir’. Saya orang bukan Melayu dan saya langsung tidak merasakan diri saya adalah tuan.

6. Kerana mereka rela berkongsi negara mereka dengan kaum lain, kaum yang berasal dari tamadun yang lebih tua (4,000 tahun) dan lebih berjaya, hari ini yang sedikit yang ada pada mereka pun hendak dipisah dari mereka.

Tun, tolong jelaskan ‘yang sedikit yang ada pada mereka pun hendak dipisah dari mereka’. Kenyataan ini amat mengelirukan dan tidak bertanggungjawab. Keutamaan-keutamaan yang diperuntukkan kepada orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak sudah termaktub dalam perlembagaan dan tiada sesiapa boleh mengubah dan meminda fakta tersebut melainkan dengan kuasa 2/3 parlimen.

Apa yang sering dipertikaikan di sini adalah layanan kurang adil dan perlaksanaan yang terpesong daripada peruntukan-peruntukan yang sebenar serta kecenderungan pemimpin-pemimpin politik yang cuba memutarbelitkan fakta yang ada mengikut tafsiran serong demi kepentingan masing-masing.

7. Fikirkan hanya berkenaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Agihan kekayaan korporat dalam DEB ialah sebanyak 30% bagi bumiputra (walaupun mereka adalah 60% dari penduduk) dan 40% bagi kaum lain serta 30% bagi orang luar. Tetapi setelah diusahakan selama 39 tahun bahagian yang terdapat bagi mereka ialah 20%, sedangkan yang terdapat bagi kaum lain ialah hampir 50%, walaupun mereka hanya 26% dari jumlah penduduk.

Terima kasih kerana berkongsi statistik ini, Tun. Ini dengan jelas membuktikan bahawa, dasar DEB yang dilaksanakan selama ini GAGAL! Sekiranya ia dilaksakanakan tanpa mengira kaum tetapi memandang kepada keperluan, nescaya yang mendapat paling banyak manfaat adalah orang Melayu kerana banyak mereka yang miskin adalah terdiri daripada mereka yang ‘60% dari penduduk’. Mengapa Tun masih degil mempertahankan perlaksanaan DEB yang telah gagal dan cuma menguntungkan segelintir individu?

Sejajar dengan logik Tun (putar belit statistik untuk menyokong hujah dan dijadikan ‘fakta’), saya merupakan penduduk generasi ke-3 di Malaysia, sama seperti Tun. Mengapa saya tidak boleh mendapat layanan yang sama seperti yang diterima oleh Tun? Saya tiada statistik rakyat bukan Melayu yang lahir di Malaysia yang merupakan generasi ke-3, ke-4 berbanding orang ‘Melayu’ yang berhijrah ke Malaysia, tinggal di sini dalam tempoh kurang dari 3 generasi tetapi mendapat layanan setaraf dengan penduduk asal? Contohnya, Khir Toyo? Syed Hamid Albar? Ramai warga asing di Sabah yang mempunyai MyKad dan berstatus ‘Bumiputera Melayu?’.

Rasanya kenyataan bahawa agihan kekayaan korporat sebanyak30% untuk bumiputra adalah kurang tepat, sebaliknya 30% untuk Umnoputra adalah lebih tepat. Jumlah keahlian Umno adalah lebih kurang 2 juta orang dan ini bermakna agihan kekayaan korporat 30% ini dinikmati oleh Umnoputra – mewakili hanya 7% daripada penduduk Malaysia. Setuju?

Dan adakah Tun dengan sengaja memanipulasi statistik yang menunjukkan sebahagian besar agihan kekayaan korporat itu tertumpu hanya kepada satu kumpulan individu sedangkan Tun patut sedar adalah satu fakta bahawa dalam konteks ekonomi dunia sekalipun, sehingga 80% kekayaan dunia itu adalah tertumpu hanya kepada 20% penduduk dunia? Malah senario ini berlaku di kebanyakan negara di dunia, dimana agihan kekayaan korporat sesebuah negara adalah dimiliki sekumpulan kecil penduduk negara tersebut, termasuk Amerika Syarikat dan Jepun. Kekayaan korporat adalah tidak relevan dan tidak menjadi isu untuk rakyat biasa seperti saya.

Lagi, adakah ia salah orang bukan Melayu mereka dibawa ke sini dan beranak pinak di sini? Mengapa ‘kesalahan’ yang dilakukan oleh orang lain (British) perlu ditanggung oleh orang bukan Melayu, khususnya generasi baru seperti saya? Orang bukan Melayu tidak mempunyai pilihan melainkan untuk mencurahkan bakti setia kepada negara Malaysia dan apa yang diminta adalah layanan yang adil dan saksama seperti yang telah diperuntukkan kepada mereka di dalam perlembagaan. Itu sahaja, Tun.

8. Nilai harta milik bumiputra pula berjumlah 15% sedangkan yang baki dimiliki oleh bukan bumiputra disebabkan harta di bandar bernilai lebih tinggi dari di luar bandar.

Adakah menjadi satu kesalahan menjadi kaya dan merupakan bukan bumiputera dalam suasana ekonomi yang berasaskan prinsip kapitalis dan pasaran bebas? Masih relevankan persoalan kaum dalam ekonomi global yang Tun sentiasa canangkan, umpamanya ketika mempertahankan PPSMI? Mengapa setelah sudah 50 tahun kerajaan BN (yang dipegang oleh orang Melayu) dan 30 tahun DEB dilaksanakan, kekayaan negara masih tidak sampai kepada penduduk luar bandar yang rata-ratanya orang Melayu? Adakah ini salah orang bukan Melayu?

Sekali lagi Tun cuba mengelirukan pembaca. Bukankah  hatta di mana negara sekalipun di dunia ini, milikan hartanah yang bernilai tinggi di terutamanya di kawasan bandar adalah dimiliki oleh peratusan kecil daripada jumlah populasi? Perkara ini adalah benar dan ia berlaku di seluruh dunia termasuk negara-negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat, bukan sahaja di Malaysia. Adakah Tun terlepas pandang akan fakta ini ataupun Tun sengaja buat buat lupa?

9. Tokoh bukan Melayu yang cuba duduki tempat Melayu (in the shoes of the Malays) jika ikhlas, akan rasa kekecewaan Melayu melihat hampir semua perniagaan dan perusahaan serta kekayaan yang diperolehi darinya dimiliki oleh bukan Melayu. Segala estet rumah mewah juga diduduki oleh bukan Melayu. Sikit benar orang Melayu yang tinggal di estat mewah ini. Lebih ramai yang tinggal di kawasan setinggan.

Ya Tun, mengapa? Adakah ini juga salah orang kurang Melayu kerana mampu terus bersaing dan memonopoli kekayaaan walaupun tidak diberikan tongkat ekonomi? Pernahkan Tun membandingkan taraf hidup orang Melayu yang kaya dengan yang miskin, dan orang bukan Melayu yang kaya dengan yang miskin, manakan yang lebih besar jurang perbezaannya?

Mengapa masih ramai orang Melayu yang tinggal di kawasan setinggan tetapi pemimpin-pemimpin politik seperti Tun hidup mewah? Mengapa anak Tun boleh mengadakan parti ‘house warming’ yang mewah tetapi masih ramai orang Melayu yang hidup merempat? Mengapa pemimpin politik seperti Zakaria Deros, Khir Toyo yang mampu membina istana indah berharga jutaan ringgit sedangkan masih ramai orang Melayu yang tinggal di rumah setinggan?

10. Mungkin semua ini disebabkan kesalahan orang Melayu sendiri. Mereka tidak guna peluang yang disediakan bagi mereka. Ada yang salahguna peluang-peluang ini pun. Tetapi jika seorang pengayuh beca diberi sejuta Ringgit, apakah ia akan dapat berniaga dan berjaya dalam bidang ini.

Betul. Mengapa peluang-peluang masih diberikan kepada mereka yang ‘tidak pandai, kurang mahir dan tidak layak?’ Apakah ini akan membantu mereka untuk berjaya? Tun, niat baik untuk membantu orang Melayu memang disambut baik dan berpatutan. Tetapi cara yang digunakan adalah tidak betul, seperti yang dinyatakan oleh Tun sendiri “jika seorang pengayuh beca diberi sejuta Ringgit, apakah ia akan dapat berniaga dan berjaya dalam bidang ini.”

11. Social engineering bukan hanya dilakukan oleh orang Melayu sahaja. Sosialisme dan Komunisme juga merupakan sejenis social engineering untuk mengurang atau menghapus jurang antara yang miskin dengan yang kaya. Mereka juga tidak berjaya sepenuhnya walaupun mereka mengguna kekerasan yang dahsyat. DEB dilaksanakan dengan berhati-hati tanpa kekerasan, tanpa rampasan dan sering dipinda apabila menghadapi tentangan dari bukan Melayu. Apakah persepsi orang Melayu terhadap DEB?

Tun, sekarang ialah tahun 2009, bukan 1959. ‘Social engineering’ perlu berubah mengikut realiti semasa. Jika kita asyik berbalik kepada sejarah kita dan hidup dibayangi masa lampau kita tidak ada maju. Adakah orang India Navajo perlu meminta supaya kerajaan Amerika Syarikat membuat dasar seperti DEB dengan alasan sejarah lampau?

DEB betul dilaksanakan tanpa kekerasan dan rampasan, tetapi ia juga secara sistematik telah menidakkan peluang ramai rakyat Malaysia hanya kerana mereka bukan Melayu! Berapakah bilangan rakyat Malaysia bukan Melayu yang bijak pandai diambil dan dimanfaat oleh negara jiran Singapura dalam membangunkan negara tersebut kerana mereka tidak diterima di negara sendiri? Bukankah ini satu pembaziran? Malaysia ‘membesarkan’, memberikan pelajaran dan tempat tinggal kepada mereka hampir 20 tahun, dan selepas mendapat keputusan cemerlang tidak digunakan dengan baik oleh Malaysia sebaliknya ‘diserahkan’ kepada negara jiran?

Tentangan orang bukan Melayu, malah juga oleh ramai orang Melayu yang tidak mendapat manfaat DEB adalah terhadap perlaksanaannya yang cuma membantu segelintir pihak. Merujuk kepada statistik yang dikongsi oleh Tun, jurang kemiskinan semakin besar dan bukannya bertambah baik setelah DEB dilaksanakan.

12. Lihat sahaja sejarah perjuangan Melayu. Pada Pilihanraya 1955, diwaktu mereka menguasai 82% dari kawasan-kawasan pilihanraya, mereka rela memberi sejumlah yang tidak kecil dari kawasan – kawasan mereka kepada kaum lain dan mengundi calon dari kaum-kaum ini sehingga menang melawan calon Melayu lain (PAS).

Bukankah itu sesuatu yang wajar dilakukan sejajar dengan konsep perkongsian kuasa antara kaum yang dicanangkan oleh Barisan Nasional? Saya memang tidak setuju dengan konsep BN yang memilih calon berdasarkan kaum, bukannya kebolehan dan kelayakan. Ini tidak harus dianggap suatu ‘pengorbanan’, sebalik rakyat Malaysia yang ‘terkorban’ kerana ramai calon-calon dan pemimpin-pemimpin dipilih mewakili mereka hanya kerana mereka adalah dari kaum tertentu, tanpa melihat kepada kemampuan individu tersebut.

13. Kemudian mereka anugerahkan satu juta kerakyatan tanpa syarat biasa kepada kaum lain sehingga peratusan rakyat Melayu jatuh dari 82% kepada 60%. Siapakah yang lain yang pernah lakukan yang sedemikian?

Tun, bolehkah Tanah Melayu (pada ketika itu) mencapai kemerdekaan daripada British tanpa persetujuan bahawa kerakyatan turut diberikan kepada kaum lain? Bukankah kerakyatan itu diberi dengan bersyarat di mana keutamaan-keutamaan akan diberikan kepada orang Melalyu dan bumiputera Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia? Mengapa Tun mengatakan ia diberi tanpa syarat biasa sedangkan Tun tahu itu tidak benar? Mengapa Tun masih mengungkit peristiwa lampau? 50 tahun orang bukan Melayu tinggal di Malaysia, masih tidak cukupkan untuk membayar budi orang Melayu menganugerahkan kerakyatan dengan syarat tersebut? Berapa lama lagi perlu diungkit isu ‘penduduk asal’ dan ‘pendatang’ ini, Tun? Setiap kali BN atau Umno merasakan ia akan hilang tampuk pemerintahan?

14. Pada ketika itu nama rasmi negara ialah Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Semenanjung Tanah Melayu dicantum dengan Singapura, Sarawak dan Sabah, perkataan “Tanah Melayu” digugur dan cantuman negeri – negeri ini dinamakan Malaysia. Dengan itu hilanglah identiti Melayu dalam nama negara sendiri. Tidak pula mereka tuntut nama-nama lain digugur.

Tun, adakah ini relevan untuk dipersoalkan? Bukan masih ramai orang Melayu yang gah mengaitkan nama Malaysia sebagai Malay (Melayu) – sia? Mengapa sesuatu yang telah dipersetujui satu masa dahulu oleh semua pemimpin-pemimpin Malaysia, dijadikan isu oleh Tun?

15. Tidak seperti di negara-negara yang membenar hanya bahasa kebangsaan mereka sahaja untuk semua sekolah nasional, orang Melayu bersetuju bahasa Cina dan Tamil dijadikan bahasa pengantar di sekolah bantuan Kerajaan. Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) tidak menjadi bahasa kebangsaan seperti di negara-negara jiran dan di Eropah, Australia dan Amerika.

Bukankah ini juga telah dipersetujui oleh semua pemimpin-pemimpin – Melayu, Cina dan India ketika Malaysia mencapai kemerdekaan daripada British lalu dimasukkan dalam perlembagaan negara? Mengapa Tun perlu mempersoalkan isu ini? Bukankah ini adalah syarat supaya Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan, satu ‘trade-off?’?

16. Dan banyaklah lagi korban yang dibuat oleh orang Melayu supaya kaum lain mendapat apa sahaja yang dituntut oleh mereka, demi keamanan dan perpaduan rakyat dan negara.

Berapa lama dan banyakkah lagi korban yang juga perlu dibuat oleh orang bukan Melayu supaya orang Melayu puas hati?

17. Apakah gamaknya perasaan tokoh yang meletak diri di tempat orang Melayu, terhadap semua korban ini? Apakah dia masih fikir yang orang Melayu harus korban segala-gala yang dituntut daripada mereka?

Apakah Tun fikir yang orang bukan Melayu tidak berkorban demi membantu saudara-saudara Melayu mereka? Apakah mereka berpuas hati ditidakkan banyak peluang mereka hanya kerana mereka dilahirkan bukan Melayu? Apakah perasaan Tun sekiranya Tun bukan Melayu?

18. Dengan rencana ini saya tetap akan di cap sebagai racist oleh racist bukan Melayu. Tetapi kalau mereka sanggup menerima yang benar, mereka boleh banding korban orang Melayu pemilik asal negara ini dengan korban mereka untuk kepentingan negara ini.

Dengan rencana ini, terbukti Tun masih berada di takuk lama. Tun masih berfikiran bahawa dalam era dunia globalisasi tanpa sempadan yang mencabar ini, isu dan politik perkauman masih sesuai diperkatakan? Mengapa Tun hanya menyentuh kepada pengorbanan orang Melayu? Mengapa Tun tidak menyentuh jasa dan pengorbanan orang bukan Melayu dalam membangun dan memajukan negara ini?

19. Saya berpendapat jika negara ini hendak aman dan maju, agihan kekayaan dan kualiti hidup semua kaum hendaklah adil (fair) walaupun tidak sama (unequal). Janganlah hendaknya mana-mana pihak atau kaum tanggung beban kemiskinan yang keterlaluan, sementara kaum lain hidup mewah. Mengumpan sokongan dengan mengambil hak satu kaum untuk diberi kepada kaum lain bukanlah caranya – lebih-lebih lagi mengambil dari yang kurang berada untuk diberi kepada yang sudah lebih berada.

Saya berpendapat jika negara ini hendak aman dan maju, kenyataan berbaur perkauman dan yang boleh membawa perpecahan harus dielakkan, terutama yang datang daripada pemimpin seperti Tun.

Agihan kekayaan dan kualiti hidup semua kaum hanya akan adil sekiranya ia berlandaskan keperluan, bukannya identiti kaum dan warna kulit. Tun membuat kenyataan yang bercanggah apabila menyatakan ‘mengumpan sokongan dengan mengambil hak satu kaum untuk diberi kepada kaum lain bukanlah caranya’ sedangkan Tun nampaknya cuba membuat hujah-hujah untuk menyokong perbuatan tersebut dari poin 2 hingga 18 dengan alasan ia adalah patut dan wajar kerana ‘orang Melayu lebih banyak berkorban berbanding orang bukan Melayu’.

Apakah tujuan Tun menulis artikel di atas dengan melagakan orang Melayu dan bukan Melayu yang boleh menimbulkan rasa curiga dan kurang puas hati antara kaum? Adakan ini membantu membina perpaduan negara ke arah suasana yang aman damai?

1. Di forum anjuran Gempita dan UMNO bertajuk Kedudukan Raja-Raja Melayu dan Orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia di Zaman Liberalisasi dan Globalisasi, saya ditanya oleh seorang pensyarah Melayu dari UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) apakah saya pernah fikir untuk meletak diri saya di tempat orang bukan Melayu (put yourself in the shoes of a non-Malay) bersabit dengan diskriminasi terhadap mereka di negara ini.

Oh ya, Tun masih belum menjawab soalan pensyarah tersebut, apakah Tun pernah fikir untuk meletak diri Tun di tempat orang bukan Melayu bersabit dengan diskriminasi terhadap mereka di negara ini.

Sekian,

Saya, rakyat Malaysia yang bukan Melayu.

Tags: , , , , , , , , , , , ,

You probably want to check out these posts as well:

87 Responses to “Surat terbuka kepada Tun Mahathir”

  1. pragalath wrote on Jul 22, 2009 at 8:53 am

    That’s a hard hitting concise letter that shows NEP failed because of its leaders.

    I don’t think it would be censored by the admin, which explains why chedet.com has so many hits

    [Reply]

  2. IninegarakU wrote on Jul 22, 2009 at 10:46 am

    Tun slapped by the shoes’s….

    [Reply]

  3. bongkersz wrote on Jul 22, 2009 at 10:50 am

    @A chai, thanks for reading!

    [Reply]

  4. bongkersz wrote on Jul 22, 2009 at 10:55 am

    @mp_drucker, sadly the definition of sedition in this country varies depending on the person involved. how many times our politicians got away with making seditious remarks? the best thing is, to disseminate the information we have to counter such remarks.

    he will have plenty of time to eat his ‘humble pie’ later on.

    [Reply]

  5. bongkersz wrote on Jul 22, 2009 at 11:02 am

    @anakdesa, we have been asking the same question over and over again but it fell on deaf ears. I really don’t see the point why Tun M is bringing race into this equation, again. He has been consistently harping along racial rhetorics and it’s time to put a stop to that.

    NEP started good until it has been hijacked by opportunists and they started to treat NEP as something eternally belong to them.

    [Reply]

  6. MaryJane wrote on Jul 22, 2009 at 11:11 am

    Hi Bongkersz,

    You’RE DA MAN!

    One word.. RESPECT!

    Great rebuttal with the Grand Ol’Man of Malaysia…

    [Reply]

  7. bongkersz wrote on Jul 22, 2009 at 11:16 am

    @karen, it doesn’t matter what’s the medium of instruction. IF that was agreed upon the formation of this country (that we all need to be ‘Malaysianised’, one language, one school etc, yes I believe we all would obey it. But that didn’t happen and we are given choices, and everyone should respect that.

    I came from a national school. I had Bahasa Melayu as medium of instruction from Standard 1 to Form 5. A bit of English here and there when I studied in a local uni – UTM. Based on my experience, yes it helps to foster unity if different races are allowed to study, play and interact together. Segregation will only make things worse.

    Racism would not proliferated if our politicians stop making divisive remarks and statements. When we were at school, non of us have racist thoughts, and we are not born with racist tendencies. As we grew up, things happening around us shaped us into what we are now. Our politicians should be more responsible in their statements because people listen to them.

    [Reply]

  8. Sophia wrote on Jul 22, 2009 at 1:54 pm

    Wonderful response – I couldn’t have said it better and with great patience and neutrality in your tone. Well done.

    Maybe we should dig up another statistic for the old dude. One that shows Malaysia’s GDP which was contributed by Melayu vs. Orang Bukan Melayu 50 yrs ago till now -> to show him clearly in dollar terms how much we have value added to the worth and significance of this country.

    In fact Petronas was a suggestion spawned by Mahathir’s “Org Bkn Melayu” friend – so the moolah statistic from there shd be included under the “Org Bkn Melayu” tally as well.

    [Reply]

  9. Marv wrote on Jul 22, 2009 at 2:52 pm

    Anak M’sia sejati. Keep up your good works!

    [Reply]

  10. Daisy wrote on Jul 22, 2009 at 5:03 pm

    Great work! Fantastic command of BM. Would you like an English translation of your rebuttal? Would be most happy to provide you one. Just thought it might help in some small ways to reach more people. Do let me know and I can attach the file to you.

    [Reply]

  11. bongkersz wrote on Jul 22, 2009 at 5:05 pm

    @Daisy, hey! I’ll be glad if you can provide one 😉 Save my time doing it ehe!

    [Reply]

  12. jeff lee wrote on Jul 22, 2009 at 5:48 pm

    @bongkersz, err..the language i am most comfortable with, i cannot put in print lah..hehehehe

    😛

    [Reply]

  13. Sunny wrote on Jul 22, 2009 at 9:05 pm

    Hi,

    Apologies ! I am not so BM literate , it has been 40 years since I last used it.

    It would be great if an English version is made available for the benefit of the wider world community.

    Cheers!

    [Reply]

  14. :) wrote on Jul 22, 2009 at 10:24 pm

    @bongkersz, Saya tidak faham tentang sikap kaum tua yg mengagung2kan BN sedangkan gula2 yg diberikan bukanlah banyak sangat jika dibandingkan dengan pengorbanan yg diberikan oleh mereka.. Hendak dapatkan “Injin Api” pun susah untuk satu rumah panjang yang rata2nya semua menyokong BN dan saya berharap agar generasi muda kaum ini dapat berfikir akan masa depan mereka jika masih berada di takuk yang lama… chear..

    [Reply]

  15. :) wrote on Jul 22, 2009 at 10:31 pm

    @anakdesa, tidak semua Bumis memerlukan tongkat DEB dan tidak semua yg memerlukan tongkat DEB diberikan kemudahan tersebut. Bukankah DEB sudah digantikan dengan DWN dimana pembasmian kemiskinan bersifat lebih menyeluruh…

    [Reply]

  16. bongkersz wrote on Jul 22, 2009 at 10:50 pm

    @Sunny, hello! Please refer to the latest post in English – Open letter to Tun Mahathir

    Cheers!

    [Reply]

  17. anakdesa wrote on Jul 22, 2009 at 11:05 pm

    @:),memang benar apa yang kamu cakap. Saya tidak mempertikaikan pendapat kamu. Tapi kamu harus ingat bumiputra atau manusia mana jika di beri peluang dlm DEB akan menolak peluang itu? Cuma apa yg saya ingin pertengahkan disini ialah DEB selama ini telah di salahguna oleh pihak kerajaan dimana kontrak2 besar hanya di beri kepada kroni2 UMNO atasan saja. Yang kaya bertambah kaya, yang miskin tidak mendapat apa2 dari DEB! Jadi dengan ini macamana nak basmikan kemiskinan dengan DEB? Yg sapu semua hanya lah bumiputra yg kaya dan ada hubungan rapat dengan orang UMNO atasan. Jadi bumiputra yg tiada ‘connection’ dgn orang atasan mcmana? That’s why I said the DEB failed to eradicate poverty of the bumiputra b’cos it is meant for the rich to be richer.
    And so you said about DWN…why would there be so many policies to help the bumis. Are you saying now that the DEB are meant for the rich while the DWN is meant for the poor? If that is the case DEB would have, say, a budget of billions rm while the DWN a few millions only.
    Or else how can you make the rich become richer!

    [Reply]

  18. anakdesa wrote on Jul 22, 2009 at 11:13 pm

    @Wong Choon Heng, I consider myself as just a Malaysian. I hate to termed myself publicly by race. For you Choon Heng, you are better in a sense that when there is a govt form to be filled at least you have the space ‘Chinese’ to tick or for that matter Samy Vellu got the ‘Indian’ space to tick. For people like me, I would be changing my race to ‘Lain-lain’. Don’t where the hell this ‘new race’ came from! Only in Malaysia!

    [Reply]

  19. weihao wrote on Jul 23, 2009 at 7:24 pm

    well said..:) you expressed what non bumiputra wanted to said.

    [Reply]

  20. Kay wrote on Jul 23, 2009 at 9:48 pm

    Graciously well-debated bongkersz. I salute you.

    [Reply]

  21. farida wrote on Jul 24, 2009 at 8:17 am

    @lee choong sing,

    Selama ini apakah bangsa bukan melayu di pinggirkan oleh kerajaan. Bukankah menolong sesiapa yang memerlukan sudah lama dipraktikan di malaysia. Bukankah bukan Melayu telah mendapat banyak faedah dan hak di Malaysia. Fikirkanlah… Apakah hak yang sama anda akan dapati di tempat lain.

    [Reply]

  22. farida wrote on Jul 24, 2009 at 8:19 am

    @Kaypee,
    Orang China jadi peminta sedekah??? Check your facts. Orang kaya Malaysia banyak orang cina, dan orang maelayu tidak ambil hak cina pun!!!!

    [Reply]

  23. bongkersz wrote on Jul 24, 2009 at 8:38 am

    @farida, permahaman bahasa english anda terlalu lemah. kaypee tidak berkata orang Cina menjadi peminta sedekah sebaliknya ‘sehingga mereka melihat semua orang Cina menjadi peminta sedekah barulah orang seperti Tun akan berpuas hati’. so, check your English.

    sila baca sekali lagi jawapan saya kepada Tun terutamanya bahagian #2, #3, #7 dan #8 berkenaan oh ya, orang bukan Melayu ada mengambil ‘hak’ orang Melayu ke? cuba bagi contoh ‘hak’ yang diambil?

    [Reply]

  24. bongkersz wrote on Jul 24, 2009 at 8:49 am

    @farida, selama ini di mana anda berada? bangsa bukan melayu selalu dipinggirkan dalam isu seperti pemberian biasiswa seperti JPA, kemasukan ke universiti, peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan dan syarikat-syarikat milik kerajaan seperti Petronas, pemberian kontrak-kontak kerajaan, pemberian dana kepada sekolah-sekolah bukan Melayu dan sebagainya.

    [Reply]

  25. lee choong sing wrote on Jul 24, 2009 at 8:44 pm

    @bongkersz, your reply to faridah has saved my time. Faridah should expose herself more to the world outside, read more and be more open minded.

    I was never given discount to buy my house, I was never given special quota to enrol into local university even my SPM results was the same to those Malay who can enter U. I cant involve myself into certain lucrative business. BUT, I never think that Malaysia owes me a living. For whatever I want, I strive to get it myself, try the best that I can. Along the way, I still try to help whoever needs my help, regardless of their background.

    Why cant we just work together make this country a better country instead of worrying what skin colour this land belongs to? Mind you, even without the existence non- Malay in this country, Malay still have to compete against Malay. By then, you will be jealous of those who can stay in a RM24million palace, and you stay in a RM240K terrace.

    [Reply]

  26. askar wrote on Jul 25, 2009 at 11:18 am

    hello,

    i agree with you but i don’t think that tun mahathir were racist…tun tujukan ‘post’ tersebut untuk Bumiputera..that why he write it in Malay..i agree when you said about the non Bumiputera needs…saya setuju bahawa kaum Melayu terutamanya memang ketinggalan dan bodoh di negara sendiri…impian tun hanyalah untuk melihat bukan semua tetapi mungkin sebahagian daripada Bumiputera boleh maju seperti kaum Cina yang kaya…mungkin pelaksanaan ke atas DEB itu salah..atau juga memang kaum melayu yang salah…(sorry, broken language..hahaha)

    [Reply]

  27. farida wrote on Jul 26, 2009 at 6:33 pm

    @bongkersz,

    I do understand English very well. The only thing that I am not good at is twisting words.

    Your understanding of the current situation and the social contract is either weak or in the state of constant denial.

    I challenge you to migrate to another country and try out the treatment awaitng for the bangsa china over there.

    Well, in Malaysia I am yet to see the possibility a Chinese man would became a pauper and beg by the roadside. Nay… they are too knitted to allow that to happen. They actually want all the rights that the malays have, whatever is left…

    Ximxinag is agood example how the minority became the majority and stepped them into the mud!!

    [Reply]

  28. lampard wrote on Jul 26, 2009 at 6:54 pm

    @bongkersz,
    Oh..! errr…sebenarnya, saya sekarang di KL, harap harap boleh le pergi ke Chelsea jadi ball picker!

    Teruskan karangan kamu, bijak!

    [Reply]

  29. farida wrote on Jul 26, 2009 at 6:55 pm

    @bongkersz,

    Selama ini saya hidup aman dengan teman-teman non malay saya di kolej dan university dan sekarang di syarikat saya.

    Di fakulti saya di University Malaya tahun 1979 yang kebanyakannya bangsa Cina, India seorang, ramai yang belajar bersama termasuk yang berbangsa Cina mendapat biasiswa. Tiga dari Sabah dan satu dari Sarawak.Yang berada tidak ada biasiswa. anak orang kaya tak perlu biasiswa. Cina yang terlebih duit belajar di university swasta dan luar negeri.

    Tuan-tuan sila lihat statistik berapa orang non-malays yang memohon biasiswa adalah anak orang miskin dan betul-betul memerlukan di tolak. Ramai ke bangsa cina yang memohon masuk ke JPA??? Ada awak memohon kerja di JPA.?? Mengapa tidak dipertikaikan statistik bangsa melayu yang bekerja dengan korporat, industri, pejabat milik orang berbangsa cina?? Cubalah mohon. Tetapi kalau tak boleh menulis dan berbahasa melayu, lupakanlah. kalau nak gaji tinggi, lupakan lah….. Kalau tidak memohon macamana kerajaan nak bagi kerja???

    Adakah orang cina suaka kerja untuk orang Melayu?? Tepuk Dada Tanya Selera!!!

    Siapa sebenarnya yang dipinggirkan… Lihatlah sikap pemaju cina yang tidak mahu melayu membeli rumah mereka setelah quota malayu dipenuhi walaupun ada lagi rumah yang belum di jual!!!! Berapa banyakkah kontraktor melayu yang di lantik oleh pemaju cina?? Nay.. tidak ada….Siapa yang racist???? Kerajaan tidak adil atau Cina yang nak kaut semua.

    Adakah semua cina berperasaan saperti ini…. Hmmm .. staff-staff saya yang berbangsa cina sudah sebati dengan saya…. Mereka tahu siapa saya dan apa yang saya telah buat untuk mereka…. Janagn lah ingat hanya boleh berhasa fasih dalam bahasa melayu sudah berjiwa melayu… TAK munkin!!!!!

    [Reply]

  30. bongkersz wrote on Jul 27, 2009 at 8:38 am

    @farida, you said you understand English very well. Yet you can’t seem to comprehend what I am trying to convey in my open letter to Tun.

    Perhaps, my English is not as good as yours. Twisting words? Point out to me where I twist your words?

    You never see a Chinese beggar before? Shame on you! Go out and smell the air, please?

    You got it all wrong. I never write this post to defend the Chinese, or to condemn the Malays. Please, I’m writing to point out it’s useless for us to fight among ourselves and telling Tun to stop inciting racial hatred with his twisted, skewed statistics and lame justifications. I’m telling all my readers not to fall into this ‘racial’ trap. Stop looking at things from a narrow racialistic point of view.

    So do you get that, clear? It’s not about Chinese. It’s not about Malays. It’s about Malaysians. And to think a person like you, a graduate from UM, older and supposedly wiser would still blabbering away in some kind of delusional trap.

    Tell me, what ‘all the rights the the Malays have’ that the Chinese or Non Malays want? Point it out, don’t simply say it without good justifications, or eat your words.

    Nothing can be changed about Malay rights, standing and priorities as enshrined in the Constitution without 2/3 majority in Parliament. And even if somehow the greedy and ungrateful bunch of immigrants and their friends manage to get 2/3 majority to change such provisions, any changes touching on Malay rights, standing and priorities MUST get consent from the Conference of Malay Rulers. And there’s no way the Malay Rulers will allow that to happen. So this argument about challenging Malay rights is baseless, coming from poppycock clueless dork like you.

    Now, go back and read the Constitution and try to UNDERSTAND it.

    Before I lose control of myself and drown you with my written diarrhea till you puke silly, I think I should stop here.

    [Reply]

  31. bongkersz wrote on Jul 27, 2009 at 8:53 am

    @farida, apa selama ini Malaysia tidak aman? 30 tahun dahulu, zaman P.Ramlee, semua bangsa bersama aman dan damai. Tiada isu perkauman. Siapa yang mencetuskan kebimbangan dan rasa curiga antara kaum kebelakangan ini? Sejak Tun Mahathir menjadi PM, beliau kerap melaga-lagakan kaum Melayu dengan kaum bukan Melayu di negara ini, dan ini juga dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno, untuk mendapatkan sokongan daripada orang-orang Melayu. Bukankah saya di dalam surat saya di atas merayu supaya pemimpin-pemimpin berhenti daripada membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan berbaur perkauman?

    Biasiswa. Adakah saya menulis meminta biasiswa diberikan kepada orang kaya? Bukankah saya dengan jelas menyatakan bahawa biasiswa itu untuk siapa sahaja yang miskin tidak kira Melayu, Cina atau India?

    Yang lain-lain perkara anda tulis itu, saya rasa tidak perlu saya menjawabnya. Artikel saya bukan mencetuskan kemarahan mana-mana pihak dan tentu tidak sama sekali untuk menjadi gelanggang ‘Melayu vs Cina’ dan anda harus cuba untuk memahami apa yang saya sampaikan di atas sebelum memberi komen.

    ps: Saya berjiwa Malaysia, bukan Cina atau Melayu.

    [Reply]

  32. jeff lee wrote on Aug 2, 2009 at 11:12 am

    @bongkersz, i think she just graduated from an intensive BTN course kwa…so, cannot argue with her one lah..hehe

    [Reply]

  33. rrr wrote on Oct 21, 2009 at 10:35 am

    mane ada org melayu di malaysial yg ada semua adalah hasil kongkekan kaumm kaum yg dtg(pendatang) melayu suadal lama kubur selepas merdeka! semua adalah hasil dari semua bangsa dari seluruh dunia arab, india, pakistan, jawa, cina dan llllll, mahathir bukan org melayu dan seluruh rakyat malaysia sbnrny semua bukan melayu!

    [Reply]

  34. online wrote on Feb 22, 2010 at 10:28 am

    belajar banyak

    [Reply]

  35. Gak Basi wrote on Jul 22, 2012 at 6:31 am

    Terimakasih gan info yang sangat berguna. Keep posting!

    [Reply]

  1. 2 Trackback(s)

  2. Jul 22, 2009: The Flaccid Mind » Blog Archive » Open letter to Tun Mahathir
  3. May 5, 2010: Surat Terbuka kepada Dr.M: Kaki dalam kasut (atau dalam mulut?) | LoyarBurok

Drop a comment :)

Page 1 of 11