Friday, May 9th, 2008 20 views
Mari kita teliti beberapa laporan berita di bawah:
Utusan Malaysia: 22 March 2008
Dalam pada itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam kenyataannya sebelum ini menjelaskan urusan pelantikan Menteri Besar Terengganu terletak sepenuhnya pada Pemangku Raja dan MPPR negeri itu.
Katanya, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin sedar tentang peruntukan tersebut yang baginda tidak boleh mencampuri urusan pelantikan Menteri Besar di negeri berkenaan.
Menurut Abdul Gani, berdasarkan kepada Perkara 34 (1) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka tidak boleh menjalankan fungsi sebagai Raja Negeri Terengganu melainkan sebagai Ketua Agama Islam.
‘‘Sehubungan itu, Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai calon sendiri bagi mengisi jawatan Menteri Besar. Baginda menyedari hakikat bahawa urusan pelantikan Menteri Besar terletak sepenuhnya pada Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja.
‘‘Justeru, baginda tidak mempunyai apa-apa peranan di bawah undang-undang dalam pelantikan tersebut,’’ kata Abdul Gani.
************************************************************
Utusan Malaysia: 5 Mei 2008
KUALA LUMPUR 5 Mei – Pengerusi DAP, Karpal Singh terus mempertikaikan tindakan Sultan Perak menitahkan Menteri Besar menarik balik arahan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury, yang disifatkannya sebagai campur tangan istana dalam pentadbiran negeri.
Sambil mengingatkan Istana Perak supaya memahami kuasa terhad raja-raja, Karpal menekankan bahawa “rakyat kini tidak lagi hidup dalam zaman feudal.’’
‘‘Sultan dan Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak atas nasihat pihak eksekutif (kerajaan). Sultan Perak tidak ada hak di bawah undang-undang untuk campur tangan dalam keputusan kerajaan negeri menukar Jamry sebagai Pengarah JAIP,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen yang turut dihadiri anaknya, Gobind Singh Deo (DAP-Puchong).
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu memetik kes Mahkamah Persekutuan pada 1982, yang menurutnya jelas menunjukkan urusan membabitkan kakitangan awam sama ada patut dipindah dan ke mana hendak dipindah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
************************************************************
The Star Online: March 24, 2008
The appointment of anyone but Datuk Seri Idris Jusoh as Terengganu Mentri Besar is unconstitutional, said Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Umno vice-president Datuk Seri Mohd Ali Rustam, met outside Seri Perdana, said Abdullah and Najib had given their support for Idris to be the Mentri Besar.
He said it was the decision of the party that won the majority in the state assembly to select the Mentri Besar and the Ruler had to abide by it according to the Constitution.
************************************************************
Malaysiakini: May 8th, 2008
Barisan Nasional backbenchers are now pressuring the government to take action against the seasoned politician to determine whether he had committed treason, which is punishable by death.
Karpal came under heavy fire from the backbenchers over his two highly critical remarks lately over the transfer of a state top religious official in Perak, which he has described the palace’s involvement in the matter as “unconstitutional”.
Er, mengapa tidak ada laporan polis dibuat ke atas Gani Patail? Apakah kenyataan Abdullah Ahmad Badawi tidak ‘menghina’ kedaulatan raja-raja? Tidakkah Ali Rustam harus dikenakan tindakan kerana menyatakan bahawa sultan harus mematuhi perlembagaan? Bukankah kenyataan Karpal Singh lebih kurang sama dengan kenyataan oleh Gani Patail, Abdullah Ahmad Badawi dan Ali Rustam? (Tengku Adnan juga terlibat membuat kenyataan ketika kontroversi perlantikan Menteri Besar Terengganu tetapi saya malas membuat carian) Oh sungguh ketara sikap pilih lam phar bulu, ‘double standard’ oleh mereka ini.
ps: I sort of ‘plagiarized’ this post from here shamelessly!
Lazy to write a new entry, so I modified a bit.
pss: Please somebody buy those 3 goats some mirrors.
psss: Omaigoat, would I be charged for sedition for using the ‘lam phar’ word together with Pak Lah in a sentence?
I changed the title, replaced it with ‘Oi’. Yes I got no balls of steel. 
pssss: Sorry for the ‘lam phar’ related posts lately.
Like Suituapui said, mating season??? 
Popularity: 6% [?]
Posted in BN-ism, BeeEm, Boleh-ism, Bolehland, Bootlickers, Democracy, Idiocy, Mainstream Media, News, Politics | 1 Comment »
Wednesday, May 7th, 2008 46 views
Isu paling hangat di Malaysia sekarang ini adalah mengenai kes dakwaan ke atas pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) yang didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan kerana menyiarkan artikel berunsurkan hasutan yang bertajuk ‘Let’s send Altantuya murderers to hell’ pada 25 April dalam Malaysia Today.
Tindakan mendakwa RPK atas tuduhan menghasut adalah amatlah kelakar. Ini kerana selama ini Malaysia Today memang sentiasa menyiarkan artikel berbaur hasutan, mengapa tunggu sehingga sekarang? Pembaca Malaysia Today tidak akan jumpa satu pun artikel di mana RPK tidak berbunyi seperti radio buruk (does not sound like a broken record?) menyuarakan kemarahan beliau kepada kerajaan BN yang lembik, kurang bijak, lemah, korup, basi, reput dan yang sewaktu dengannya.
Mengapa RPK didakwa di bawah Akta Hasutan selepas pilihanraya telah berlalu? Mengapa ketika kerajaan BN sedang bercakap mengenai ‘lebih banyak kebebasan dan ruang’ terutamanya untuk ‘bloggers’ yang mereka cuba dekati dan sayangi? (LOL) Semua ini nampak tidak betul, banyak perkara yang tidak kena dalam hal ini, melainkan tindakan mendakwa RPK adalah satu permainan politik. Sudah pasti dakwaan ke atas RPK didalangi unsur-unsur politik.
Di Malaysia, semua laporan berita yang berlaku banyak berkait rapat dengan politik, sehingga kepada waktu bila dan ketika sesuatu berita itu dikeluarkan adalah ditentukan dan bermotivasikan politik. Sesiapa yang ada otak (Khairy tidak ada, dia otak udang) pun tahu dan sedia maklum akhbar-akhbar utama di Malaysia cuma melaporkan berita yang ‘gomen’ hendak rakyat dengar. Hari ini, ‘gomen’ hendak anda dengar bahawa RPK ada ‘bukti’. Bukti apa? Menyabitkan siapa? Soalan-soalan kacang seperti ini jawapannya cukup jelas, tidak usah ditanya. Rasanya makcik cuci jamban dekat Midvalley pun dia tahu jawapannya, bolehlah pergi tanya.
Balik kepada persoalan mengapa RPK ditahan jika ia bukan didorong atas motivasi politik? Pemilihan parti UMNO akan diadakan dalam bulan Disember. RPK akan meringkuk di dalam penjara tanpa ikat jamin untuk beberapa bulan sebelum kes ini dibawa ke mahkamah. RPK mungkin sebelum ini telah memperolehi bukti yang boleh menyabitkan ‘NO. 2′ dalam kes Altantuya. Sejauh mana kukuhnya bukti yang dimiliki oleh PRK masih tidak diketahui, akan tetapi sekiranya RPK berkata beliau ‘ada bukti’ dan tidak mahu diikat jamin, kita boleh yakin bahawa beliau mempunyai bukti yang secukupnya. Dalam temuramah dengan beliau semalam ketika di mahkamah:
“Apa yang menyebabkan awak ingat saya tidak ada bukti? Apa yang menyebabkan awak ingat saya tidak ada dokumen?
“Sekiranya saya menyatakannya dalam tulisan yang, mereka akan menangkap saya di bawah OSA. Awak ingat saya bodoh?” kata beliau kepada kumpulan wartawan
(”What makes you think I don’t have proof? What makes you think I don’t have documents?
“If I do submit the proof behind my writing, they will arrest me under the OSA. You think I’m stupid?” he asked the assembled journalists)
RPK tidak perlukan komputer untuk menulis dan merancang ‘kejahatan’. Ribuan penyokong beliau sedang melakukannya untuk beliau. Ketika beliau tidur di penjara - ribuan penyokong beliau sedang meludah ke atas gambar ‘NO. 2′ dan berkata, “Dia yang bersalah!” RPK tidak bersalah, tidak pernah dan tidak akan bersalah. Kepada penyokong beliau, rakyat biasa beliau seperti saya dan anda, beliau tidak pernah dan tidak akan bersalah. ‘No. 2′ yang bersalah, atas apa kesalahan hanya RPK yang tahu dan mempunyai bukti tetapi beliau belum sedia untuk memberitahu, mungkin hanya berbuat demikian jika beliau di mahkamah dengan 100 kamera membuat rakaman.
Besar kemungkinan apabila bukti ini dihebahkan di mahkamah nanti, ia akan menjadi isu paling sensasi di dunia. Bukan selalu kita mendengar orang mengebom perempuan jelita dari Mongolia, jadi tunggu sehingga tiba hari RPK berada di mahkamah, semua media di dunia akan berkhemah di kedai mamak berhampiran bangunan mahkamah.
Akan tetapi, No. 2 boleh sahaja menafikannya lagi dengan sebarang alasan, paling tidak beliau akan meletak jawatan dan mengambil Karpal Singh menjadi peguam bela beliau. Kebarangkalian untuk beliau meletak jawatan sudah tentu lebih tinggi berbanding Karpal Singh membela beliau di mahkamah, kerana Karpal Singh sedang ‘duduk’ sibuk ‘berperang’ dengan Khairy atau PAS.
Waktunya amat tepat untuk seseorang seperti RPK untuk ‘membocorkan’ perkara sebenarnya. RPK hanyalah ‘cara untuk memperolehi matlamat’. Matlamat akhir adalah untuk menyingkirkan No. 2. Akhir nanti, barangkali RPK cuma hanya menerima hukuman ringan dan didenda RM5,000 tetapi No. 2, beliau menerima arahan ‘kawat’ keluar dari Putrajaya.
Buat masa sekarang, sedang RPK tidur dengan nyenyak dalam sel penjaranya, No. 2 berguling keresahanan dalam instana yang dikawal penuh rapi. Siapa yang sebenarnya dalam penjara? Yang pasti, bukan RPK.

(sumber: Mob’s Crib)
*******************************************************************************
Soalan cepu emas: Siapa graduan Oxford tapi sedikit dungu?
Apabila kita bercakap mengenai ‘Let’s send the Altantuya murderers to hell’, adakah kita sedang bercakap mengenai persoalan syurga dan neraka? Atau kita sedang bercakap mengenai kewajaran pembunuh Altantuya menerima hukuman - dihantar ke neraka? Sayang sekali belajar tinggi-tinggi, tapi otak udang.
Lim Kit Siang (Ipoh Timur-DAP) dalam sesi perbahasan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Al-wathiqu billah al-Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Shah menganggap apa yang sedang berlaku ke atas Raja Petra sekarang ini adalah meriupakan implikasi keputusan pilihan raya umum yang lalu.
“Adakah semua ahli parlimen bersetuju dengan tajuk artikel Raja Petra yang berbunyi,’Let send Altantuya’s murderer to hell’ ? Saya bertanya sedemikian bukan merujuk kepada sesiapa secara khusus tetapi atas dasar keadilan dan kebenaran, kita sememangnya mahukan pembunuh beliau dihukum,” penegasan Lim disambut dengan sokongan seluruh ahli parlimen Pakatan Rakyat.
Selanjutnya, Lim meneruskan hujah sambil mempertikaikan tindakan undang-undang yang sedang diambil oleh pihak kerajaan ke atas Raja Petra dengan mengenakan Akta Hasutan.
Ia disangkal oleh Khairy Jamaludin (Rembau-BN) yang mempertikaikan mengenai persoalan syurga neraka yang tidak sewajarnya dibincangkan memandangkan hal tersebut hanya diketahui Allah sahaja.
Lim membidas kenyataan Khairy dengan menjelaskan bahawa beliau tidak membincangkan mengenai syurga neraka bahkan isu utama adalah mengenai hukuman yang sepatutnya dikenakan ke atas pembunuh kes berprofil tinggi, Altantuya Shariibu.
Pada masa yang sama, Dato’ Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak-BN) menyindir ahli-ahli parlimen PAS yang berdiam diri apabila persoalan mengenai syurga neraka itu sedang hangat dibincangkan.
“Kenapa ustaz, ustazah daripada PAS diam? Jawablah mengenai isu ini,” sindirnya.
Membidas serangan yang dibuat kedua-dua ahli parlimen BN tersebut, Lim menyatakan bahawa isu utama yang dibincang serta dibangkitkan beliau adalah mengenai pertikaian terhadap tindakan undang-undang yang dikenakan ke atas Raja Petra Kamarudin tanpa memfokuskan kepada persoalan syurga neraka.
“Saya menyebutkan mengenai kewajaran pembunuh Altantuya dihantar ke neraka atas kesalahan yang dilakukan bukannya mengenai menentukan hal syurga dan neraka.
“Kalau ini pun tidak boleh difahami, tidak gunalah graduate daripada Oxford University tetapi masih tidak boleh memahami isi kandungan perbincangan,” tegasnya sambil disambut sokongan ahli-ahli parlimen Pakatan rakyat lain.
(Sumber: Malaysia Today)
Artikel dalam bahasa orang putih:
Lim earlier chastised Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) who questioned him on the repetition of Raja Petra’s use of the word “hell”.
“Do you not agree that the only one to determine whether a person will go to heaven or hell is God and not for us to determine,” asked Khairy.
Lim, however, thundered back: “We are not talking of religion! This is an expression that those who murdered Altantuya should be punished to the extend of the law! It is not about going to heaven or hell.
If even this one cannot understand, what is the point of graduating from Oxford? This is a disgrace to the university,” he said, upon which the whole house again descended into chas as both sides went back into shouting at each other.
(Source: Malaysiakini)
Komen saya dalam bahasa orang putih : Oh poor KJ, he was squashed like a bug! LKS sure good at swapping flies!
ps: Kesian, graduan Oxford tapi bodoh!

pss: Phewww.. writing in Bee-Em is harder than English, searching for the right words.. 
Popularity: 7% [?]
Posted in Articles, BN-ism, BeeEm, Boleh-ism, Bolehland, DAP, Democracy, Idiocy, Judiaciary, Mainstream Media, Malaysia Today, Malaysiakini, News, Politics, SIL, Sarcastic | 23 Comments »