Hishamuddin Hussein Onn Mudah Lupa..

Monday, July 14th, 2008 1,832 views

Pemuda Umno gesa ‘budaya liar asing’ dikekang
Jul 13, 08 11:00pm

Pemuda Umno mahu ‘budaya liar asing’ yang merujuk kepada demonstrasi jalanan yang cuba dibawa oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikekang sebelum menimbulkan suasana huru-hara.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dalam kenyataan akhbarnya malam ini, berkata perkara itu bakal menjadi satu lagi helah besar Anwar untuk mengalih tumpuan ramai dari kes liwatnya yang sedang disiasat oleh pihak polis.

“Saya menyeru kepadanya (Anwar), cukuplah dengan sandiwara ini, janganlah memperalatkan rakyat yang tidak berdosa untuk memenuhi agenda peribadinya,” katanya.

Bernama melaporkan beliau berkata, sikap yang ditunjukkan Anwar itu jelas menunjukkan seseorang yang hilang pertimbangan kewarasan serta sanggup mengorbankan prinsip demokrasi, keamanan dan kesejahteraan untuk memenuhi impian peribadi dan mengalih perhatian ramai.

Hishamuddin berkata Pemuda Umno telah sepakat dengan anggota-anggota exco dalam perkara ini untuk bersatu-padu bagi menggerakkan anggotanya di semua peringkat akar umbi bagi menangani isu tersebut.

Datuk Onn bin Jaafar mungkin akan menangis air mata darah sekiranya beliau masih hidup dan mendengar apa yang dikatakan oleh cucunya hari ini. Bak kata orang putih:

He would turn in his grave if he knew what  bullshits his grandson is spitting today.

Mungkin beliau telah lupa bahawa datuknya, Datuk Onn Bin Jaafar telah “menghasut” orang Melayu pada tahun 1946 untuk menentang gagasan Malayan Union yang diperkenalkan oleh penjajah British pada waktu itu. Malahan pada 10 Febuari 1946, Datuk Onn Bin Jaafar telah memimpin 15, 000 orang Melayu untuk membantah Malayan Union di Batu Pahat, Johor.

Di Kelantan, satu demokrasi yang disertai oleh kira-kira 10, 000 orang telah diadakan di Alor Star dan disertai oleh kira-kira 50, 000 orang. Di Johor Bahru, seramai kira-kira 15, 000 orang telah mengadakan demonstrasi pada 10 Februari 1946.

Pada 15 Disember 1945 Persetiaan Melayu Kelantan menganjurkan demonstrasi yang dihadiri oleh lebih kurang 10, 000 orang, ketika Mac Michael tiba di Kelantan untuk mendapatkan tandatangan dari Sultan. Di Alor Setar, Kedah pula 50,000 orang telah membuat demonstrasi pada bulan Januari 1946; sementara itu pada 10 Febuari 1946 seramai 15, 000 orang telah mengadakan demonstrasi di Johor.

Apakah Hishamuddin lupa akan jasa datuknya, Datuk Onn bin Jaafar dalam menyatukan orang Melayu secara khususnya dalam menentang Malayan Union?

Siapakah pengasas Umno kalau bukan Datuk Onn bin Jaafar? Ini suatu penghinaan terhadap beliau kerana terang-terang seorang Ketua Pemuda Umno, malah cucunya sendiri menganggap apa yang dilakukan oleh pengasas Umno dan datuknya dalam perjuangan menentang penjajahan adalah suatu budaya liar.

Tanpa demonstrasi jalanan menentang Malayan Union, mungkin Malaysia tidak akan mencapai kemerdekaan dan sudah tentu Hishamuddin tidak akan menjadi Menteri Pendidikan yang buta sejarah.

Fakta-fakta untuk direnungkan.

1. KEMERDEKAAN NEGARA INI BERMULANYA DENGAN DEMONSTRASI.

2. Demostrasi jalanan adalah budaya negara maju dan demokrasi. Lihat Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun, Korea. (Oh, stop the crap about this is not our culture.. please refer point 1. – Tolong hentikan lawak bodoh mengatakan ini bukan budaya kita. Rujuk fakta 1.

3. Artikel 10, Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyatakan bahawa rakyat Malaysia berhak untuk berdemonstrasi secara aman. Di negara-negara maju seperti United Kingdom, ketika demonstrasi anti perang – ada sehingga menghimpunkan satu juta orang.

Tiada pun keselamatan negara mereka dan ekonomi terjejas. Sebaliknya, mereka bertambah maju kerana majoriti rakyat tahu akan hak dan dibenarkan mengkritik secara terbuka. Rakyat yang tidak tau akan hak mereka, hanya menyumbang kepada negara yang lemah dan rapuh. Agaknya itulah yang diinginkan oleh pemimpin negara kita, rakyat yang bodoh dan tuli serta hanya sibuk berhibur?

4. Soal keselamatan, apa guna polis yang digaji untuk menjaga keselamatan sekiranya mereka sibuk menguruskan sekatan jalan raya? Keselamatan siapa yang sebenaranya begitu dipentingkan di sini? Rakyat? Ataupun keselamatan hantu-hantu raya menteri-menteri yang buta sejarah dan kaki ampu?

Sekiranya pihak polis ada kemampuan dan kakitangan yang cukup untuk mengadakan sekatan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur dan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang melampau menyusahkan hidup rakyat biasa dan menggalakkan pembaziran petrol di jalan raya, seharusnya mereka juga mampu ditugaskan untuk membuat perkara yang paling penting – menjaga keselamatan rakyat dan menyelesaikan jenayah (Mengapa masih berleluasa jenayah samun, rompak, kecurian, rogol sabah hari? Mana pembunuh Nurin Jazlin? Apakah polis negara ini terlalu leka mengawal lalulintas??)

5. Takut sekiranya banyak orang berkumpul akan mendatangkan bahaya dan kemudaratan? Mengganggu lalu lintas? Mengganggu ketenteraman awam? Oh jika begitu, batalkan saja pesta Jom Heboh, persembahan Citrawarna Malaysia, perlawanan bola sepak dan apa saja acara dan keramaian yang melibatkan orang ramai.

6. Kebanyakan pemimpin atasan Umno sekarang memang buta sejarah. Ini tidak boleh disangkal.

“History is who we are and why we are the way we are.”

Page 1 of 11