Bangkitlah rakyat Malaysia!

Thursday, April 23rd, 2009 1,427 views

Bangkitlah rakyat Malaysia!
23 April 2009

Oleh Minda Longlai

Malaysia, Perdana Menteri dan Cogankata

Hari ini masuk hari yang ke-20 Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Tidak dapat dipastikan secara jelas bagaimana rakyat Malaysia amnya dan pemimpin -pemimpin Malaysia khususnya menjadi taksub dengan cogankata.

Semua parti politik Malaysia ada cogankata masing-masing, yang kadang-kadang amat lucu jika diambil kira kesesuaian cogankata tersebut dengan corak dan agenda politik sesebuah parti tersebut dan tidak hairan mengapa ada parti yang kerapkali menukar cogankata mereka.

Cogankata yang popular akhir-akhir ini terutamanya di kalangan parti-parti yang menempa nasib malang pada pilihanraya umum tahun lepas adalah cogankata yang membawa erti ‘pembaharuan’, ‘perubahan’ dan ‘nafas baru’, kurang pasti mengapa ia menjadi pilihan.

Tun Dr Mahathir Mohammad yang menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 pada tahun 1982 menggunakan cogankata ‘Bersih, Cekap dan Amanah’ untuk pemerintahan beliau dan seterusnya mempopularkan cogankata nombor satu Malaysia – ‘Malaysia Boleh’.

Pemimpin-pemimpin selepas beliau juga mengikut jejak langkah beliau dengan memperkenalkan cogankata masing-masing sebaik sahaja mengambil alih tampuk pemerintahan. Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan’cemerlang, Gemilang dan Terbilang’ dan Perdana Menteri Malaysia sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak pula memperkenalkan cogankata ‘Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

‘Satu Malaysia’ yang ditulis sebagai ‘1Malaysia’ disandarkan oleh Datuk Seri Najib sebagai konsep untuk merealisasikan bangsa Malaysia dengan melihat seseorang warga negara Malaysia tanpa berdasarkan warna kulit, agama, keturunan dan budayanya. Dalam ucapan sulungnya selepas menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib menyatakan bahawa 1Malaysia ditunjangi diperkenalkan tidak lain dan tidak bukan adalah untuk perpaduan rakyat Malaysia dengan yang dua prinsip utama iaitu sikap saling menghormati antara satu sama lain dan keyakinan antara satu sama lain.

Utusan Malaysia, Hipokrit, Penipuan dan Omong Kosong

Sayang sekali, apa yang diutarakan oleh Datuk Seri Najib dalam konsep 1Malaysia beliau nampaknya tidak difahami atau diterima baik oleh golongan ultra Melayu khususnya dalam Umno itu sendiri. Tidak sampai 2 minggu beliau memperkenalkan konsep 1Malaysia, pada 15 April 2009, akhbar Utusan Malaysia yang dimiliki Umno dalam halaman utama telah menyeru rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu untuk ‘bangkit dan bersatu dalam berhadapan dengan tuntutan kaum lain yang kini dilihat semakin keterlaluan‘, satu kenyataan yang boleh menyebabkan wujudnya buruk sangka antara kaum di Malaysia.

Apa yang diutarakan dalam laporan ‘Bangkitlah Melayu‘ oleh Utusan Malaysia adalah jelas bertentangan dan jauh terpesong daripada konsep ‘1Malaysia’ yang dijaja oleh Datuk Seri Najib. Namun begitu, sudah menjadi kebiasaan pemimpin-pemimpin Malaysia khususnya daripada parti Barisan Nasional yang diketuai oleh Umno untuk gemar bermain retorik, omong kosong dan menyampaikan khabar ‘indah dari rupa’.

Perdana Menteri mengelak daripada mengulas laporan Utusan Malaysia tersebut apabila ditanya sama ada laporan itu bertentangan dengan konsep perpaduan “Satu Malaysia” yang dipromosi olehnya, sebaliknya berkata ia terserah kepada penilaian seseorang dengan memberikan jawapan dangkal “Itu terpulang kepada tafsiran masing-masing.”

Sudah pasti seandainya ada akhbar berbahasa Cina atau Tamil yang mengeluarkan laporan berbaur mengapikan-apikan sentimen perkauman seperti yang dilakukan oleh Utusan Malaysia, layanan yang berlainan akan diberikan. Sudah pasti sekiranya versi ini yang berlaku di mana akhbar berbahasa Cina dan Tamil yang menyeru ‘Bangkitlah Cina!’ dan ‘Bangkitlah India‘, semua menteri-menteri khususnya dari Barisan Nasional akan keluar dengan kenyataan keras untuk mengutuk laporan seumpama itu kerana cuba menggugat falsafah perpaduan 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri.

Mesyuarat tergempar dan tindakan keras akan diambil ke atas akhbar-akhbar tersebut kerana menerbitkan artikel yang boleh menjejaskan hubungan antara kaum. Mungkinkah sekiranya yang menyeru supaya kaum masing-masing bersatu untuk berhadapan dengan ancaman kaum lain yang itu adalah akbar berbahasa Cina dan Tamil, barulah ia akan menjadi isu yang cukup penting dan segera untuk dibincangkan oleh kabinet Perdana Menteri?

Mengapa tiada kenyataan daripada Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Perpaduan dan Pengurusan Prestasi berkenaan isu ini? Apakah laporan seperti ini membantu mengeratkan lagi perpaduan rakyat Malaysia? Adakah prestasi Perdana Menteri dalam menangani isu ini dinilai sewajarnya? Gagalkah beliau? Di mana suara parti-parti komponen BN seperti MCA dan MIC?

Perdana Menteri, Najib Tun Razak bukan sahaja tidak mengambil tindakan ke atas Utusan Malaysia atas laporan tersebut, sebaliknya menyeru rakyat Malaysia supaya melepaskan diri dari ‘penjara etnik’ dan berfikir sebagai satu bangsa. Jelas, ini hanya retorik kosong yang mana kita dapat melihat percanggahan dari segi perlaksanaan dengan ‘lain yang dikata, lain yang dibuat’. Wujudnya budaya ‘double standard’ dan hipokrasi ahli-ahli politik Barisan Nasional inilah yang menjadi punca hilangnya sokongan rakyat Malaysia kepada mereka. (Rais Yatim, sila ambil perhatian)

Politik perkaumanan, pecah dan perintah and opportunis

Politik Malaysia masih berada di takuk lama. Mungkin kerana rata-rata ahli-ahli politiknya adalah tinggalan dari zaman purba, masih melihat isu dari kaca mata mereka yang telah uzur. Sukar untuk menerima dan mempercayai seruan untuk pembaharuan dan perubahan itu dalah ikhlas dan jujur sekiranya yang membuat seruan itu adalah orang lama, dengan pemikiran lama dan cara lama.

Tidak kira parti pembangkang atau parti kerajaan, masing-masing masih terperangkap dengan isu perkauman. Ini amat ketara berlaku dalam parti-parti komponen Barisan Nasional – Umno, MCA dan MIC. Semenjak pilihanraya umum Mac 2008, parti-parti komponen BN semakin semakin galak berkempen untuk menimbulkan rasa benci dan curiga sesama kaum.

Umno dengan menggunakan media massa tunggangannya seperti RTM1, RTM2, TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian semakin hangat berkempen bagi menaburkan perasaan benci dan curiga terhadap masyarakat bukan Melayu, untuk menarik sokongan masyarakat Melayu. MCA dan MIC melalui media vernakular masing-masing pula menari mengikut irama Umno, contohnya dalam pemilihan kabinet baru Perdana Menteri, masing-masing membuat permintaan yang kaum masing-masing.

MCA meminta supaya diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri Cina bagi menjadikan kepentingan kaum Cina. MIC meminta lebih banyak jawatan menteri penuh diberikan kepada pemimpin-pemimpin India dari MIC, juga untuk menjaga kepentingan kaum India. Ironinya, kedua-dua parti ini ditolak oleh penyokong tradisi masing-masing pada pilihanraya umum yang lepas kerana tidak menjaga kepentingan mereka.Ahli-ahli politik Barisan Nasional yang diketuai oleh Umno telah mengeksploitasikan paranoia kaum untuk kepentingan diri dan kroni masing-masing.

Sedarkah orang Melayu semua bahawa perkataan bumiputera, hak istimewa orang Melayu dan bumiputera, kedaulatan Raja-Raja Melayu itu kerap dilaung-laungkan oleh golongan opportunis yang hanya bergelar Melayu pada nama tetapi golongan Melayu inilah yang menipu orang Melayu dari segi penyelewengan projek kerajaan, meminda akta untuk melemahkan institusi raja, menidakkan kekayaan sumber negara untuk dinikmati oleh orang Melayu miskin, memukul, menembak gas pemedih mata dan menghumban orang Melayu ke dalam jerejak besi?

Sedarkah orang India dan orang Cina, perkataan sekolah Tamil, sekolah Cina, bahasa Cina dan bahasa Tamil, tempat ibadat tokong dan kuil itu kerap dilaungkan-laungkan oleh golongan opportunis Cina dan India yang hanya mempergunakan sokongan mereka sebagai batu loncatan politik?

Siapa itu Ibrahim Ali? Ibrahim Ali lantang bercakap berkenaan kepentingan orang Melayu. Beliau bercakap tentang nasib orang Melayu, pembelaan dan ketuanan orang Melayu dan Umno adalah satu-satunya badan yang boleh membela dan memperjuangkan nasib orang Melayu. Sungguh aneh lagi menghairankan, katak politik ini jugalah yang cabut lari dari Umno dan melompat-lompat melacurkan diri untuk kelangsungan politik beliau.

Dengan sifat fanatik kemelayuan yang tebal, mengapa Ibrahim Ali meninggalkan Umno, parti ulung orang Melayu? Umno tidak boleh tidak ada tokoh pejuang seperti Ibrahim Ali berkhidmat ntuk parti, seharusnya. Ternyata Ibrahim Ali hanyalah opportunis murahan, seorang pelacur politik yang melalut seperti orang gila hanya kerana ingin mengambil kesempatan untuk menyatakan bahawa beliau amat kepingin dan sungguh terdesak untuk kembali kepada Umno.

Bangkit untuk Satu Malaysia, dalam erti kata sebenarnya.

Tiada sebarang kaum yang tengah berkomplot untuk menindas mana-mana komuniti yang lain. Ini cuma mainan politik ahli-ahli politik hipokrit Barisan Nasional yang dikepalai oleh Umno. Kita semua harus bangkit untuk menyahkan politik perkauman zaman kuno yang diekploitasikan oleh ahli-ahli politik murahan ini demi kepentingan diri sendiri dan kroni mereka.

Perkauman tidak akan membantu sesuatu kaum itu, dan keuntungan yang diperolehi dengan menidakkan hak atau atas kesusahan kaum lain, malah mana-mana kaum sekalipun tidak akan membantu perpaduan negara.

Malaysia tidak akan maju dan berdaya saing sekiranya rakyat Malaysia tidak bersatu padu dalam erti kata yang sebenarnya. Oleh itu, kita semua harus bangkit bukan untuk saling bercakaran sesama kita, akan tetapi kerana kita sayang akan negara Malaysia ini dan ingin supaya rakyat Malaysia tidak kira warna kulit, bangsa, agama dan pegangan politik menikmati hidup yang adil, makmur dan saksama.

ps: Kalau tak nak bangkit, dosa tak? Yang lain-lain tu, kena bangkit tak? Yang kebanyakan calon PAS, PKR dan Bebas tu bukan Melayu ke? Oh jap, patut buat tajuk tu, Bangkitlah Melayu Umno! baru sesuai.

psss: Kuih bangkit sedap! :XO:

Pak Lah is the epitome of stupidity, inability and indignity

Tuesday, March 3rd, 2009 1,093 views

Pak Lah is making a cameo appearance as Pak Pandir again.

Government not flip-flop, says PM
By JANE RITIKOS

JAKARTA: The Government should not be accused of being “flip-flop” if it has to make changes to its decisions after taking the people’s interest into consideration, said Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

He said any decision that had to be changed due to new developments should be accepted as a good thing.

“If what we had decided is deemed as inappropriate, wrong and not right and we correct it, what has that got to do with being ‘flip-flop’,” he said.

Abdullah, who is here for the Fifth World Islamic Economic Forum, was commenting on the decision to put on hold the toll increases on five highways and the Home Ministry’s decision to rescind a gazette lifting a ban on the use of the word “Allah” by Christian publications.

On the Home Ministry’s decision, the Prime Minister said the policy was already in place but the problem could be due to wrong statements being made.

On the toll increase, Abdullah said the earlier decision was made before the economic situation worsened.

Pak Lah, just a simple question.

Why bother to announce the decision in the first place, only to reverse it later?

(more…)

How to do it, Umno-style. A half baked guide to be an Umno member

Wednesday, December 3rd, 2008 657 views

Umno sacks Zaid
Rahmah Ghazali | Dec 2, 08 11:42pm

Umno Supreme Council today sacked Zaid Ibrahim from the party for attending opposition events.

Umno president Abdullah Ahmad Badawi made the announcement at about 11.30pm after chairing the supreme council meeting at party headquarters in Putra World Trade Centre in Kuala Lumpur.

Abdullah did not give any details of the opposition events that Zaid had attended.

The supreme council meeting started at 8.30pm and Zaid’s participation in the opposite camp was among the main agenda for the day.

To a question by reporters, Abdullah said that Zaid had no avenue to appeal against his dismissal.

“Once he has been sacked, there is no opportunity to appeal,” said the prime minister during the 10-minute press conference.

Also present at the press conference were his deputy Najib Abdul Razak and party secretary general Tengku Adnan Mansor.

When asked if Zaid had provoked this sort of action from the party by being seen with the opposition, Abdullah said:

There were wrongdoings by Zaid as he was seen in the company of the opposition leaders. This is something which is against Umno ethics.”

Party had no choice

Abdullah said that Umno had no choice but to take that drastic action against Zaid.

“The party must be consistent in these sort of matters,” he added.

The former de facto law minister has been toying with the opposition ever since he stepped down from his government post in September over his disapproval of the Internal Security Act.

Last Saturday he made a shocking appearance at the PKR national congress opening. He however had denied that he had joined any of the opposition parties.

“Yes, yes, I am still in Umno. I have not been sacked yet,” he had told reporters on Saturday.

And on Friday night, he was seen at the DAP victory dinner in Penang.

Aris Shah still an Umno member

On another matter, Abdullah said that the council also discussed the situation involving Seberang Jaya state assemblyperson Arif Shah Omar Shah who was reportedly being allured by the PKR.

There were also reports of an open tiff between Arif Shah and other state Umno leaders.

PKR leader Anwar Ibrahim also revealed today that he had invited Arif Shah to join PKR, but had not offered him the deputy chief minister 1 post as an enticement, as was widely reported.

Abdullah said that Arif Shah had met him and told him of his intention to remain in Umno.

“He came to meet me yesterday. He explained to me that he has no intention to join another political party.

“He remains as an Umno member and will be an Umno state assemblyperson,” said Abdullah.

No candidate yet for Kuala Terengganu

On the forthcoming Kuala Terengganu by-election, Abdullah said that the party has not finalised a candidate for the parliamentary seat.

However he said that the party has ordered its election machinery to be hit the ground for the by-election.

The seat fell vacant following the sudden death of its two-term Umno MP Razali Ismail on Nov 28.

The Election Commission will be meeting on Friday to determine the nomination and polling dates for the by-election which should be held 60 days from today.

PAS has said that it would be placing its candidate for the by-election.

On another matter, Abdullah also said that Najib briefed the council members on the economic situation of the country.

Eurocopter whistleblower suspended

The supreme council at its meeting today also decided to suspend the Petaling Jaya Umno division chief Zahar Hashim for three years with immediate effect.

Zahar had previously been involved in lodging an Anti-Corruption Agency report against Abdullah for abusing his position as the Umno president in the run-up to party polls and nominations.

He was also the person who first raised the alleged discrepancies in the government’s tender process for the procurement of a new fleet of helicopters for the armed forces.

(Source: Malaysiakini)

Now we learn few things about Umno..

1) You can make racially charged (Ahmad Ismail) or barbarian degrading remarks (Pasir Salak MP) but it is okay. The most you get suspended for 3 years and still received hero’s welcome (Ahmad Ismail) or free like bird to do or say whatever you want because you are a hero! (Pasir Salak)

(more…)

All Fart, No Shit..

Thursday, November 6th, 2008 892 views

Abdullah: ‘Anyone can be PM’

PUTRAJAYA: It is possible for anyone from a minority group to be a nation’s leader, even in Malaysia, says Prime Minister Datuk Seri Abdullah Badawi.

Now, remember Zaid Ibrahim remarks over Ketuanan Melayu (Malay supremacy) and the reactions from Umno politicians?

(more…)

Page 1 of 41234»