Sweet 26? ROFLMAO!!
Since lately writing pantun in blogs is the ‘hot’ thing to do, thanks to Cocka and Clare, not forgetting Suituapui, this is for Cibol.
Buah cempedak tolong jolokkan,
Dua tiga kucing berlari,
Selamat hari lahir saya ucapkan,
Semoga hidup makin bererti,
Jolok cempedak makan seorang
Gunung Daik bercabang tujuh,
Sudah lama hidup membujang,
Moga cepat beroleh jodoh,
Buah cempedak dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti,
Suituapui memang kuat berloyar,
Pantun saya habis di sini,

This is not Cibol

Cibol and ghey friends

Cibol the ’sape’ superstar

Cibol the rockstar
Ok lah dude, don’t say I didn’t put up a handsome picture of you
Have a great days ahead man! Happy 26th birthday dude!! (Yes, you are that old! Muahahahaha!)
Tags: Birthday, Friends, Fun, Greeting, Pantun Seloka



suituapui wrote on Feb 22, 2008 at 10:21 am
Budak Cina pergi ke pekan, beli ikan dan juga sawi. Selamat Hari Jadi ku ucapkan. Jauh dimata dekat di hati. Budak Cina naik perahu, Melawat saudara di seberang. Cibol tidak di Sibu atau Bintulu, Tapi di sisi orang yang sangat dia sayang! LOL! (sori, use hp, format kelam kabut)
–> Kura kura dalam perahu,
Si luncai dengan labunya,
Suituapui ingat dia sangat tahu,
Cibol ke Westin bukan bawa saya!,
Sayang sayang buah kepayang,
Mana nak sama buah ciku,
Oi, apa ni sayang sayang,
Pandai pandai Suituapui tipu.
Cilaka you suituapui!
[Reply]
suituapui wrote on Feb 22, 2008 at 10:34 am
Burung helang terbang begitu tinggi, Turun ke sungai menangkap ikan. Cibol menyambut hari jadi. Apakah bongkersz akan hadiahkan? Burung helang terbang di langit, Begitu gagah dan juga berani. Bolehkah saya tumpang tanya sedikit? Apakah dirancang untuk malam ini?
–> Burung pipit makan padi,
Burung Suituapui makan ikan,
Cibol menyambut hari jadi,
Dengan saya tak ada kaitan
Hendak bertanding tarik tali,
Lawan Suituapui mesti lah kalah,
Awak ini kepoh sekali,
Malam ini? Makan makan lah!
[Reply]
Clare wrote on Feb 22, 2008 at 10:40 am
Berpantun-pantun di awal pagi
Tak gosok gigi lagi sudah mari
Ini hari Cibol ber-happy
Tak happy pun buat-buatlah happy
Happy 26th Birthday buat Cibol ini hari
Superstar sape nampaknya gemuk dan chubby
Lobang hidung kembang rock star dipuji
Ada apa plan hari special ini?
Makan makan perkara biasa
Patutlah gemuk orang Malaysia
Berpantun-pantun tak syok lagi nampaknya
Sampai di sini sahaja dari saya.
Sekian, terima kasih.
–> Clare suka tengok kartun,
Cibol suka tengok Transformer,
Sudah letih hendak berpantun,
Tapi masih nak tunjuk terer,
Datang ke KL naik Air Asia,
Mengapa tidak pakai sampan,
Memang begitu orang Malaysia,
Asyik makan saja, saya pun hairan
[Reply]
suituapui wrote on Feb 22, 2008 at 11:40 am
Ke Westin untuk makan tengahhari. Gunakan voucher stp hadiahkan. Ditemani gadis cantik lagi seksi. Lebih sedap apa yang dihidangkan. Kesiannya Bongkersz tak diajak pergi bersama. Tak hiaran dia sedang bercemburu. Kan malam ini masih ada? Bolehlah kamu berdua berbulan madu. Wakakakakaka! Scold me ‘cilaka’ again lah!
–> Ada voucher tak bagi saya,
Saya juga hendak ke Westin,
Makan bersama gadis jelita,
Memang ada saya teringin,
Gambar Edison banyak bulu,
Belilah ’shaver’, sangat ‘cheap’
Pandai nak kata orang cemburu,
Jangan Suituapui nak buat gossip,
[Reply]
suituapui wrote on Feb 22, 2008 at 11:54 am
Nona manis suka menari. Lagu keroncong mereka dendangkan. Pandai betul bongkerz ini. Tahu apa yang burung suituapui makan. Ha ha ha ha ha!
–> Suituaipui menari di luar pagar,
Orang Sibu bersorak sakan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
[Reply]
Zephyr wrote on Feb 22, 2008 at 12:34 pm
wuahahaha!!! a lot of ‘pantun expert’ here
Wuah, rupa-rupanya Cibol begitu hensem!
–> orang berpantun, must reply with pantun dude
[Reply]
angeles wrote on Feb 22, 2008 at 2:33 pm
Amboi amboi semua pakar pantun
Beta jugak nak tumpang sekaki
Cibol ini nampak agak chun
Pasti tarak masalah cari meenachi
2, 3 kucing berlari
Menuju ke arah klcc
Hari ini cibol pasti happy
Saya ucapkan happy hari jadi!
–> angeles, kalau mandi di perigi,
hati hati diintai orang
kalau chun apa tunggu lagi,
cepat cepat nanti diambil orang
[Reply]
suituapui wrote on Feb 22, 2008 at 2:40 pm
masa beri voucher dulu, suruh cibol membawa u, tapi dia kata u berkerja, adakah itu alasan sahaja? Seorang gadis manis dia bawa, barulah dapat tunjuk lawa, tunggu dia online nanti, baru dia dapat jelaskan pekara ini.
–>ikan siakap ikan cencaru,
digoreng, pas tu makan cecah dengan cili,
itu saya tidak tahu
tanyalah dengan empunya diri
[Reply]
melbie wrote on Feb 22, 2008 at 4:40 pm
selamat hari jadi saya ucapkan
kepada cibol yang berhidung kembang
walau badan bulat macam bulan
tapi dimata bongkersz tetap sedap memandang
adakah ini sekadar gosip
atau bongkersz cuba berdalih
ah, terimalah saja nasib
janganlah pula memilih-milih
hahahaha .. sakitnya perutku menahan ketawa
dipejabat tersenyum macam orang gila
tapi ini semua untuk suka-suka
bongkersz dan cibol janganlah ambil hati pula
–>hidup kena bersopan santun,
agar hidup tidak dicaci,
sungguh hebat melbie berpantun,
bukan calang calang orang sabah ni!
saya bukan peminat siti,
suruh dengar lagu dia? baik tak payah,
asam garam hidup celebriti,
gossip macam tu i tak layan dah,
[Reply]
melbie wrote on Feb 22, 2008 at 5:08 pm
bongkersz cuba mengorat mandy
tapi gosip telah menjadi
so bongkersz macam manalah ni?
nampaknya peluang terlepas lagi…
hahahhaha
–> ayam, itik dan kambing biri-biri,
ada betina ada jantan,
hajat di hati mengorat mandy,
cubaan melanda banyak rintangan,
[Reply]
suituapui wrote on Feb 22, 2008 at 6:22 pm
Seronak sekali kita berpuisi, bila orang lain menjadi mangsa. Kacau2 menghiburkan hati, semua ni hanya bergurau sahaja. Yang saya dengar suatu berita, bongkersz ‘tu sudah ada teman. Hanya satu saya nak tanya. Bila lagi hari perkahwinan?
–> suituapui suka meraba raba,
hati hati jangan dekati,
wah, baru sehari saya tak ada,
apa tetiba cerita kahwin ni?
[Reply]
Man-D wrote on Feb 22, 2008 at 6:41 pm
Mengorat saya tapi Cibol di hati
Apa boleh buat, sudah nasib begini
Terpaksalah saya menarik diri
Takut Cibol makan hati
Cibol and bongkersz are so gay
I donno what else I could say
Cibol’s birthday is today
Whatlah bongkers give for your birthday?
Walau berhidung kembang, bongkersz tak kisah
Cibol tetap menjadi idaman kalbu
Walau tak dapat menjadi teman gay yang sah
Lobang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku….cutttt!
It’s a wrap!
Bestnyer berpantun…
–> mandy bunyi macam patah hati,
entah mengapa saya tak pasti,
hai mandy yang saya rindui,
awak juga idaman hati.
malam tadi pergi menari,
lepas menari tidur pun lena,
hadiah cibol itu misteri,
biarlah ia menjadi rahsia, ha ha ha!
[Reply]
Man-D wrote on Feb 22, 2008 at 6:45 pm
Kura kura dalam perahu
STP pura pura tak tahu
Bongkersz sengaja tak nak beritahu
Takut saham dia tak laku
–> mari belajar mendayung perahu,
sambil itu makan ciku,
apa bongkersz sengaja tak beritahu,
saham memang dah lama tak laku
[Reply]
Patt Irmina wrote on Feb 22, 2008 at 6:48 pm
i’m not good at this, but pfft! since it’s all about pantun, lemme try.
aduh aduh lucunya post ini,
cibol dah tembam tak macam dulu,
kepada cibol, selamat hari jadi,
semoga panjang umur selalu,
–> this i let cibol to answer lah
[Reply]
suituapui wrote on Feb 22, 2008 at 8:46 pm
Patutlah bongkersz sedang membisu
Soalan saya tidak dia jawabkan
Adakah dia masih mahu menipu
Setelah rahsianya saya sudah bocorkan
Mungkin dia tak ingin jemput saya ini
Takut habis semua barang dimakan
Tetapi saya menangkat sumpah, saya berjanji
Secubit makanan pun saya tak sentuhkan.
(ROTFLMAO! U believe or not???)
–>Wahai semua, jangan lagi beli suratkhabar,
Cerita bohong, hanya untuk orang bengap,
STP ini orangnya tidak sabar,
Sini saya datang menjawab,
Balas pantun sampai semput,
Nasib baik saya terer orangnya,
Bila pula saya takut nak jemput,
STP hendak dijemput ke mana?
[Reply]
mar wrote on Feb 22, 2008 at 10:05 pm
Hahaha…
Sweet betul hadiah hari jadi,
Bongkersz memberi Cibol puisi,
Lepas tu semua pun tak puas hati,
Nak juga menambah di sini.
Berpunya atau tidak bukan isunya,
Cibol tetap pilihan dirinya,
Mudah-mudahan kekal bahagia,
Bila nak makan nasi minyaknya?
Kepada Cibol pada hari jadinya,
Hargai lah dia yg ada di sisi,
Mengingatkan aku pada Chuck&Larry,
Ghey ghey pun tetap happy…
Jawab jangan tak jawab..
–> semalam cibol sambut hari jadi,
ramai member join sekali,
ini pantun bukan puisi,
eh, ada ke yang tak puas hati,
pergi mamak minum teh,
teh diminum bersama halia,
wah wah wah.. syiok heh?
suka nampak menyakat saya?
terbang tinggi burung kenari,
singgah sebentar minum kopi,
tolong pergi check dictionary,
gay memang pun maksudnya happy,
[Reply]
suituapui wrote on Feb 23, 2008 at 4:53 am
Sampan dah hanyut ke negeri Cina, Sms dari Cibol pun tiba. Mereka membawanya pergi menyanyi, Di pusat karaoke menghiburkan hati. Harap2 ada rakamkan, Nanti post, sila tunjukkan. Music video Cibol menyanyi, Semua menunggu untuk menyaksi!!
[Reply]
Judy wrote on Feb 23, 2008 at 7:06 am
Hahaha, poor Cibol!! What is this? Pick on Cibol day?
–> me lagi poor judy, see how the tembak me kao kao…
hahaha!
[Reply]
cibol wrote on Feb 23, 2008 at 4:12 pm
waseh .. tengkui tengkiu tengkiu evevrybody!!
[Reply]
melbie wrote on Feb 23, 2008 at 4:43 pm
cibol terkedu membaca puisi
hanya mampu cakap tengkiu everybody
aiii takkan itu saja sih?
belanjalah kami makan minum sekali
supaya semua sama-sama happy
orang sabah bukan calang-calang
terima kasih di atas pujian
cocka doodle la itu dalang
bawa orang berpantun sakan
tapi oraitla, siok juga kan
–>ombak melanda pantai berubah,
makan nasi lemak guna tangan,
kagumlah saya sama orang sabah,
memang hebat tiada tandingan
p/s : haha! my pantun not making any sense now..
[Reply]
melbie wrote on Feb 23, 2008 at 4:44 pm
gosip selebriti bongkersz tak layan
ok, itu saya write off kan
tapi sila jawab soalan
suituapui bertanya bila perkahwinan
kami semua mahu tahu juga ya tuan..
cubaan melanda banyak rintangan
itu tandanya bongkersz cuba pasang dua
so let mandy go, u have no chan
rahsia dibocorkan, oh what to do la
but mandy want to know if you nasty pula kan?
–>baru sehari me not here lah dey,
wah wah, gossip jadi makin meliar
aiyoh,sekejap cakap saya ghey,
sekarang pasang dua pula ar??
[Reply]
melbie wrote on Feb 23, 2008 at 4:48 pm
Bongkersz sengaja tak nak beritahu
Takut saham dia tak laku
u sure mandy itu yang dia mahu?
atau saja nak tunjuk, dia nasty utk u?
hahahahha
[Reply]
Man-D wrote on Feb 23, 2008 at 8:09 pm
Melbie berpantun tak habis-habis
Pantun dibuat berkerat-kerat
Apalah Cibol this
Sekadar pantun pun tak boleh buat?
Sebelum STP bocorkan saya pun dah tahu
Tak kiralah bongkersz nasty atau tak
Tapi kalau bongkersz pun sudah mahu
Adakah diri ini bisa menolak?…hehehe…
–> STP suka cintan cintun,
peminat no 1 cerita Arab,
melbie memang hebat berpantun,
pening kepala saya menjawab
la la la tu tu tu,
itu bukan bunyi gitar karan,
hehehe, kalau mandy sudah begitu,
saya pasti tak segan segan,
[Reply]
lynnx01 wrote on Feb 23, 2008 at 9:03 pm
Haha! Se7en is my MSN display pic. Once Cibol asked me why I put his picture there. LOL!
–> haha! perasannya cibol!
[Reply]
melbie wrote on Feb 23, 2008 at 10:13 pm
lawalaaa mandy!!! Let me try again..
pergi ke pasar membeli ikan
ikan dimasak bersama lengkuas
so bongkersz, go ahead man!
mandy memberi “jalan” yang luas..
Ya ba cibol, apalah u dis
sekadar pantun pun nda mampu buat
or u sibuk jeles berabis
melihat jay chou melompat-lompat?
[Reply]
suituapui wrote on Feb 23, 2008 at 10:29 pm
Mereka meriahkan cibol punya hari jadi. Bermesra sampai empat lima pagi. Apakah mereka buat hari ini. Pasti tidur mati macam babi.
[Reply]
Man-D wrote on Feb 23, 2008 at 11:00 pm
Mel, my turn pula…wahhh…so addicted buat pantun…
Buku bertemu ruas
Ikan puyu di dalam paya
Apa guna jalan yang luas
Kalau bongkersz sudah berpunya
Pulang marilah pulang
Konsert Jay Chou sudah selesai
Cibol happy bukan kepalang
Tunggu sahaja post selepas ini
Cibol mabuk itulah yg diberitahu
Di beri minum Flaming Lamborghini
Apalah suituapui pura-pura tak tahu
Tengok concert Jay Chou lah hari ini
[Reply]
melbie wrote on Feb 23, 2008 at 11:01 pm
apa mereka buat hari ini?
tak pasti kalau tidur macam babi
yang i tau, mungkin sedang menari-nari
mendengar jay chou di pentas menyanyi
tapi itu cuma cibol
bongkersz pula i tak tau
mungkin sedang mencari botol
kecewa ditinggalkan cibol yang merayau
[Reply]
melbie wrote on Feb 23, 2008 at 11:08 pm
apa guna jalan yang luas
kalau bongkersz sudah berpunya?
Ah, mandy.. tu bunyi hati tak puas
apa kata, bongkersz tu u cuba ja tanya?
[Reply]
Man-D wrote on Feb 23, 2008 at 11:15 pm
Hendak makan makanan spesel
Tapi order kangkung belacan
Begitulah nampaknya tu Mel
Sebab dah tahu tak ada chan
[Reply]
melbie wrote on Feb 23, 2008 at 11:19 pm
kangkung belacan sedap dimakan
tambah nasi lagi sekali
belum tanya belum tahu kan
jangan dulu berpatah hati
[Reply]
Man-D wrote on Feb 23, 2008 at 11:22 pm
Jalan KL bawa Proton Saga
Berhati-hati di jalan raya
Ya tak ya juga
Kalau begitu, nantilah saya tanya
[Reply]
melbie wrote on Feb 23, 2008 at 11:25 pm
jangan membuat andaian sendiri
tanya dulu empunya badan
nanti pula sendiri rugi
tunggulah bongkersz beri jawapan
mana semua pembaca sekalian
kenapa semua senyap sekali?
ayuh, mari kita meriahkan
berbalas pantun berulang kali
[Reply]
Man-D wrote on Feb 23, 2008 at 11:32 pm
Bangun pagi berus gigi
Makan sarapan apa yang ada
Mel, tidak jugalah rugi
Kan Cibol masih ada
[Reply]
bongkersz wrote on Feb 23, 2008 at 11:39 pm
wah, having fun hor you guys?
sorry, busy these few days. (yeah! i see more scandalicious comments coming after this) replying from my mobile. don’t worry i will balas all the pantun asap.
p/s : mandy :p muaks! (muahahaha!)
[Reply]
mar wrote on Feb 23, 2008 at 11:42 pm
Semua berpantun tak henti2,
Confirm meletup comments stat nanti,
Cibol pula tengah menyepi,
Takkan tak reply semua pantun2 ni???
Bongkersz: scandalicious…
[Reply]
cibol wrote on Feb 24, 2008 at 1:20 am
jauh pulau kencana
terbang merpati dua sebaya
bukan niat menyambil lewa
apakan daya masa ku tak empunya
terbang nelayar anak negeri
singgah sebentar mengambil muatan
mohon maaf saudara saudari
sekarang pantun akan ku muatkan
turun gagah anak geroda
panjang bulunya penuh di dada
amatlah meriah segala suasana
rugilah korang tak datang alahai tau takpa
datang sini meh aku nak ucap tima kaseh
buat semue rakan dan taulan
susah payah keringat dijerih
this one i will never forget la kawan
[Reply]
suituapui wrote on Feb 24, 2008 at 7:49 am
Rakyat Malaysia semua sudah sedia membaris, Tunggu giliran membuang undi. Orang dah tanya tak habis2, Yang mana satu idaman hati. Membuang undi mesti berhati-hati. Masa depan negara di tangan kami. Apa lagi bila memilih isteri, Bukan sekadar lima tahun sekali.
–> Mari mari pergi mengundi,
Undi BN jangan sekali,
Isteri mithali pilihan hati,
Baru hidup akan berseri
[Reply]
melbie wrote on Feb 24, 2008 at 10:17 am
Man-D rasa tidaklah rugi
bongkersz tak mahu, cibol pengganti
tapi cibol kan pasangan mithali
kepada bongkersz yang mengundur diri
bukan niat mengambil lewa
itu bukan alasan semata-mata
cibol kata masa dia tak punya
bongkersz dan dirinya sibuk bercinta
–> wah, komen begini patut dicuci,
kelak menjadi gossip diri,
but for melbie i let it be,
kita cuma bergurau, syiok sendiri
[Reply]
melbie wrote on Feb 24, 2008 at 10:25 am
berhati-hati memilih isteri
itu bukan untuk 5 tahun sekali
tapi bongkersz memilih suami
calonnya satu, cibol yang seksi
walau sibuk berpantun sakan
kewajiban mengundi tidak dilupakan
so mari rakan sekalian
8 Mac, kita undi calon pilihan
–> pilihanraya 5 tahun sekali,
tunaikan tanggungjawab sebagai pengundi,
bongkersz tidak memilih suami,
tapi ingin memilih man-d
[Reply]
suituapui wrote on Feb 24, 2008 at 10:44 am
Mengundi itu suatu kewajipan kita, Fikir betul2 sebelum menandakan pangkah. 7 Mac bongkersz singgah di Sibu buat sementara, Tiket bas sudahkah Cibol upah?
[Reply]
melbie wrote on Feb 24, 2008 at 7:01 pm
melbie disini berpantun lagi
datang menyusun sepuluh jari
risau juga bongkersz menyepi
pantun gurauan terlebih diberi
harap tidak mengambil hati
–> melbie memang hebat berpantun,
tiada tandingan buat saat ini,
kalau setakat berbalas pantun,
tidaklah patut saya ambil hati,
busy sedikit, sebab itulah menyepi
[Reply]
suituapui wrote on Feb 24, 2008 at 7:20 pm
Bulan menyinar terang di langit tinggi, Bayu meniup pada malam yang sepi. Bongkerz dah marah, enggan jawab sms saya lagi, STP meminta maaf dan memohon ampun di sini!
–> kereta proton memang sempoi,
namun itu yang mampu dibeli,
kagum sungguh dengan suituapui,
bee em anda power sekali
[Reply]
Man-D wrote on Feb 24, 2008 at 8:50 pm
Wahai bongkersz yang kurindui
Janganlah engkau menyepikan diri
Blog ini tidak lagi berseri
Jika bongkersz ambil hati
Kami sekadar bergurau senda
Untuk tatapan pembaca sekalian
Kalau gurauan terlebih pula
Sepuluh jari kami susunkan
–>masak lauk ayam kari,
enak dimakin bersama nasi,
blog ini makin berseri,
adanya melbie, suituapui dan man-d.
wahai man-d yang saya rindui,
tiada saya menyepi dirim
saya cuma mengambil cuti,
tiada pula mengambil hati,
[Reply]
drumsticks wrote on Feb 24, 2008 at 9:29 pm
WAH!
veli veli good everyone!
*clap*
–> do lah one pantun mary
[Reply]
rina wrote on Feb 26, 2008 at 8:38 am
wah, hebat2 belaka pantun experts kat sini.. hehe.. it cracks me up, reading all those verses.. hehe.. want to make a compilation mr bongkersz??
LoL..
anyway, selamaat hari jd to cibol.. =) even if i don’t know him, it’s good to finally place a face to that name.
=)
–> good idea rina, maybe i should do a compilation. i haven’t finish replying all the pantun. getting more and more. LOL!
[Reply]