»

Sarawak, my home state. How’s the performance of the state government?


Setelah meninjau Laporan Ketua Negara untuk negeri Kedah, Kelantan, Melaka, Johor dan Sabah tempoh hari, sekarang marilah kita melihat prestasi kerajaan BN di negeri Sarawak berdasarkan penemuan oleh Ketua Audit Negara. Sarawak, sebuah lagi negeri “deposit tetap” BN selain Sabah. Lebih 50 tahun di bawah pentadbiran BN.

1. Pungutan hasil Sarawak meningkat RM1 billion pada 2011 berbanding 2010. Positif. 

image

2. Prestasi pengurusan kewangan kementerian, jabatan dan agensi baik.

image

3. RM1 billion peruntukan projek pembangunan khas untuk Sarawak oleh Kerajaan Persekutuan.

image

4. Perlaksanaan projek infrastuktur jalan bawah peruntukan khas RM1 billion. Jom tengok mana pergi RM1 billion ini.

image

5. Sampel audit mendapati pada keseluruhannya pengurusan projek infrastruktur jalan kurang memuaskan.

image

6. Sebab apa prestasi pengurusan projek jalan kurang memuaskan? Kontraktor tak layak diberi tender.

image

Bagaimana boleh kontraktor yang tidak layak boleh mendapat tender?

7. 4 projek membina jalan bernilai RM86 juta dikategori sebagai projek sakit.

image

8. Projek jalan tak siap-siap. Orang kampung demo sebagai tanda protes.

image

Kenapalah orang kampung pergi demo. Itu kan bukan budaya kita.

9. Kemajuan kerja kontraktor yang tidak layak. projek lewat siap dan sakit.

image

10. Jalan baru siap mengalami kerosakan dan kecacatan. Mendap, berlubang dan tidak rata. Sungguh menyedihkan.

image

11. Projek jalan bernilai RM188 juta ditender secara rundingan terus (direct nego) kpd Naim Cendera Sdn Bhd. Tahu Naim Cendera siapa punya?

image

Naim Cendera, milik sepupu Taib Mahmud, Hamid Sepawi.

12. Projek jalan ditender kepada Naim Cendera; Penemuan audit: Lewat disiapkan dan kos meningkat RM14 juta.

image

13. Hasil binaan jalan kerja Naim Cendera; cerun tidak dilindungi. Kerja tidak lengkap tetapi kos naik?
image

14. Pencapaian fizikal projek jalan di bawah peruntukan khas RM1 billion. 50% dikategorikan sebagai TENAT.

image

15. Jalan baru dinaiktaraf berlubang dan sistem perparitan tidak sempurna. Hasil tender rundingan terus. (direct nego)
image

16. Lagi kerja pembinaan jalan yang pelik-pelik. Projek puluh juta tapi? Rujuk gambarajah.

image

Naim Cendera siapa punya? Sepupu Taib Mahmud. Orang Sarawak mungkin kenal dia. Boleh dapat tender runding terus (direct nego), projek tak siap, sakit, kos meningkat dan bayaran tetap dapat.

17. 432 buah sekolah luar bandar Sarawak tiada bekalan elektrik sempurna.

image

18. Kerajaan umum projek membina alat janakuasa (generator) bernilai RM1 billion di sekolah-sekolah luar bandar.

image

19. Kementerian Pelajaran lantik 11 kontraktor secara rundingan terus (direct nego) utk memasang alat janakuasa.

image

20. RM10 juta dibayar tetapi kerja dan perkhidmatan tidak disempurnakan. Amalan biasa.

image

21. Projek bekalan air Sabah dan Sarawak diperuntukkan hampir RM1 billion masing-masing tiap-tiap tahun.

image

Sekian ringkasan Laporan Ketua Audit Negara untuk negeri Sarawak. Boleh nampak apa hasil RM1 billion untuk jalan, RM1 billion untuk bekal elektrik, dan RM1 billion untuk bekal air bersih?

Berbillion peruntukan tiap-tiap tahun, tetapi masih ada 400 buah sekolah tiada bekalan elektrik sempurna, dan jika kita lihat semula Laporan Ketua Audit Negara untuk negeri Sabah tempoh hari, beratus sekolah Sabah tiada bekalan air bersih.

Jadi sebenarnya peruntukan billion-billion ni siapa yang dapat manfaat? Naim Cendera? CMS? Rakyat biasa? Kalau rajin belek lagi Laporan Ketua Audit untuk negeri Sarawak, Ketua Audit Negara ada tegur pemberian tanah negeri dengan bayaran premium sangat rendah.

Tanah beratus ekar tapi yang dapat tanah bayar premium kurang RM1,000 sahaja. Siapa ini yang boleh dapat tanah dengan premium murah? Dalam Laporan Ketua Audit Negara tiada beritahu siapa. Kalau Laporan Ketua Audit Negara tegur masalah bagi tanah pun SPRM tidak ambil tindakan, apatah lagi video Global Witness?

Memanglah Sabah dan Sarawak tu besar. Tetapi kalau peruntukan berpuluh-puluh billion sejak tahun 90-an tiap-tiap tahun, tidak patut dan tak kan lah tiada kemajuan?

20-30 tahun jalan tidak siap-siap. Kalau siap pun berlubang, cacat, mendap. Dah tahu ini masalah sebab kontraktor tak layak, dapat rundingan terus (direct nego) tetapi amalan ini masih diteruskan.

Kita sudah melihat Laporan Ketua Audit Negara untuk negeri-negeri di bawah pentadbiran BN seperti Melaka, Johor dan Sabah, antara kelemahan yang sama adalah memberikan kontrak kepada kontraktor yang tidak layak, malah ada yang tidak berdaftar dan yang paling ketara adalah pemberian tender secara rundingan terus (direct nego). Begitu banyak masalah yang berlaku kepada projek dan ini sudah acapkali ditekankan oleh Ketua Audit Negara tetapi tiada usaha ke arah pembaikan.

Sarawak tiada pilihanraya DUN 5 Mei ni. Tetapi tidak apa, kita boleh ubah di Kerajaan Pusat. Bagi SPRM kuasa penuh siasat mana perginya billion-bilion duit peruntukan.

Berbillion peruntukan untuk membekal air bersih. Tetapi yang orang pedalaman Sabah Sarawak dapat apa? Tangki biru 1Malaysia tadah air hujan!

Di pedalaman, ada anak-anak Sabah dan Sarawak menyabung nyawa meredah sungai pergi sekolah, tetapi sampai sekolah tiada air bersih, tiada elektrik. Adakah ini #BetterNation yang dilaung-laungkan?

Tak kan lah kita nak lagi 50 tahun tengok jalan tidak siap-siap, sekolah daif, kontraktor tak layak dapat projek, billion-bilion bocor?

Tak rasa nak menangis tengok anak2 Sabah Sarawak macam ni? Dalam Laporan Ketua Audit Negara beritahu kantin pun tak ada!

image

Peruntukan bina sekolah beratus-ratus juta tetapi kemudahan asas macam kantin pun tak ada. Orang waras mana yg tak nak ubah?

Sabah dan Sarawak adalah negeri-negeri yang kaya, dengan hasil minyak, gas, balak beratus-ratus juta malah berbillion hasil tiap tahun. Tetapo hendak bagi kemudahan asas pun tak boleh dan tak mampu? Cuba fikirkan di mana silapnya di situ.

Ini kalilah!

Tags: , , , , ,

You probably want to check out these posts as well:

Drop a comment :)

Page 1 of 11