»

Sabah, lebih 50 tahun diperintah BN. Bagaimana prestasi pentadbiran dan pengurusan Kerajaan Negeri Sabah?


Sudah selesai kupasan Laporan Ketua Audit Negara untuk negeri Kedah, Kelantan, Melaka dan Johor, marilah kita meneliti Laporan Ketua Audit Negara untuk negeri Sabah pula.

Sabah, kita sedia maklum adalah “negeri deposit tetap” BN. Adakah kerana prestasi pengurusan dan pentadbiran negeri yang mantap menyebabkan rakyat Sabah terus menyokong BN?

1. Hasil Kerajaan Negeri meningkat secara konsisten sejak 2007. RM2.2 billion pada tahun 2007, RM2.9 billion pada tahun 2012. Cemerlang.

image

2. Walau bagaimanapun lebihan (surplus) hasil berkurang mendadak akibat kenaikan belanja mengurus.

image

Prestasi kewangan Kerajaan Negeri Sabah dikategorikan sebagai baik oleh Ketua Audit Negara. Ini harus dipuji.

Seterusnya projek-projek menaiktaraf kawasan luar bandar di Sabah yang menerima peruntukan Kerajaan Persekutuan RM1 billion tiap-tiap tahun.

Antara penemuan-penemuan yang tidak memuaskan oleh Ketua Audit Negara adalah;

1. 655 buah sekolah atau 52% daripada sekolah di kawasan luar bandar Sabah tiada bekalan air bersih.

image

Agak menyedihkan kerana Sabah mempunyai sungai dan kawasan tadahan air yang begitu banyak, apakah tiada usaha ke arah menyediakan bekalan air bersih ke sekolah-sekolah di luar bandar? Setelah lebih 50 tahun di bawah BN, masih lebih 50% sekolah luar bandar tiada bekalan air bersih?

2. Kerja pemasangan tangki dan jumlah tangki tidak menepati spesifikasi kontrak yang dipersetujui.

image

3. Projek bekalan air bersih di sekolah; tender rundingan terus DAN kontraktor tidak berdaftar dengan PKK.

image

Bagaimana kontraktor yang tidak berdaftar boleh mendapat projek sebegini besar?

4. Projek bekalan air bersih ke sekolah bernilai RM65 juta bagi pada kontraktor tak berdaftar?

image

5. Projek pembinaan jalan menghubungkan pekan di luar bandar bernilai RM560juta JUGA secara rundingan terus (direct nego).

image

6. Hasil projek rundingan terus kualiti tidak memuaskan. Jalan berlubang. Projek jalan RM560 juta.

image

7. Hasil audit projek masih belum disiapkan dan syarat kontrak tidak dipatuhi. Akibat rundingan terus (direct nego.)

image

8. Projek Perumahan Rakyat bernilai RM58 juta.

image

9. Projek perumahan rakyat: Kos projek meningkat RM20 juta. (Gila babi peningkatan hampir 50%!)

image

10. 4 kali lanjutan masa untuk menyiapkan projek perumahan rakyat tapi masih gagal disiapkan. Kontraktor lembap tak guna mana yang dipakai ni?

image

11. Projek membina sekolah luar bandar. Kerja seperti melepaskan batuk di tepi eskalator.

image

12. Sekolah di Sabah dalam keadaan menyedihkan walaupun kontrak penyelenggaraan diagih setiap tahun.

image

13. Syarat kontrak kepada kontraktor membina dan menyelenggara sekolah di Sabah tidak jelas.

image

14. Konsultan projek terlebih dibayar, sub-kontraktor dibayar penuh walaupun projek masih belum siap. Bagaimana perkara sebegini boleh dibenarkan berlaku?

image

15. Bayaran KOMISEN RM500,000 kepada 2 agen untuk kontrak membeli helikopter Suruhanjaya Pilihanraya.

image

Kenapa perlu agen jika boleh membeli terus? Kenapa komisen sahaja sampai RM500,000? Setengah juta! Komisen sebagai agen!

16. Tiada rekod atau bukti dokumen untuk menyokong pembayaran komisen kepada agen helikopter.

image

Bagaimana boleh pembayaran komisen boleh dibuat tanpa rekod atau bukti dokumen menyokong pembayaran komisen tersebut? Pembayaran setengah juta!

Bayaran komisen pun masuk Laporan Ketua Auldit Negara, kalaulah Scorpene punya komisen (RM500 juta!) pun masuk dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Selesai analisa Laporan Ketua Audit Negara untuk Sabah. Nampak tidak ke mana peruntukan tahunan RM1 billion digunakan untuk menaiktaraf hidup penduduk luar bandar Sabah?

Projek jalan RM560 juta diberi secara rundingan terus. RM560 juta kawan2 bukan RM560 ribu. Lepas itu projek lewat siap, dan tiada kualiti.

RM1 billion diperuntukkan oleh kerajaan persekutuan tiap-tiap tahun sejak tahun 90-an. Ada lagi sekolah yang tiada bekalan air bersih di Sabah.

Faham tidak kenapa di Sabah ada yang masih ketinggalan? Ada yang masih tiada bekalan air bersih, jalan berturap, dan bekalan elektrik masih pakai generator.

Projek jalan setengah billion tak nak bagi tender terbuka, bina sekolah puluh-puluh juta tak nak bagi tender terbuka. Semua bagi rundingan terus (direct nego.) Cuba bayangkan berapa ratus juta kalau tak billion yang boleh dijimatkan kalau buat tender terbuka? Kalau tiada campurtangan politik?

Baca Laporan Ketua Audit untuk negeri Sabah patut buka mata rakyat Sabah. Sudah berpuluh tahun dah patutnya rakyat Sabah paling kaya. Bukan Ketua Bahagian UMNO Sabah paling kaya.

Pemimpin-pemimpin Sabah sering mengatakan Sabah baik, semuanya indah dan bagus. Adakah Laporan Ketua Audit Negara menyokong dan menggambarkan apa yang sering diwar-warkan oleh mereka? Ini bukan pembohongan ataupun dakyah jahat pembangkang. Ini berdasarkan fakta yang diambil dari Laporan Ketua Audit Negara.

Soalan cepu emas sudah tentu buat Muhyiddin, dibandingkan dengan Kedah dan Kelantan, Sabah patut dapat markah apa?

Ketua Audit Negara sendiri telah mengakui kecekapan Pakatan Rakyat dalam tadbir urus negeri. Mengapa BN masih menipu dan menakutkan rakyat bahawa PR tidak mampu mentadbir negara? Berdasarkan fakta apa? Renungkanlah.

image

Stay tune, we may have #AuditSarawak after this. As usual, big thanks to @Norman__G for his great tweets.

Tags: , , ,

You probably want to check out these posts as well:

Drop a comment :)

Page 1 of 11