»

RPK, Penjara & Otak Udang


Isu paling hangat di Malaysia sekarang ini adalah mengenai kes dakwaan ke atas pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) yang didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan kerana menyiarkan artikel berunsurkan hasutan yang bertajuk ‘Let’s send Altantuya murderers to hell’ pada 25 April dalam Malaysia Today.

Tindakan mendakwa RPK atas tuduhan menghasut adalah amatlah kelakar. Ini kerana selama ini Malaysia Today memang sentiasa menyiarkan artikel berbaur hasutan, mengapa tunggu sehingga sekarang? Pembaca Malaysia Today tidak akan jumpa satu pun artikel di mana RPK tidak berbunyi seperti radio buruk (does not sound like a broken record?) menyuarakan kemarahan beliau kepada kerajaan BN yang lembik, kurang bijak, lemah, korup, basi, reput dan yang sewaktu dengannya.

Mengapa RPK didakwa di bawah Akta Hasutan selepas pilihanraya telah berlalu? Mengapa ketika kerajaan BN sedang bercakap mengenai ‘lebih banyak kebebasan dan ruang’ terutamanya untuk ‘bloggers’ yang mereka cuba dekati dan sayangi? (LOL) Semua ini nampak tidak betul, banyak perkara yang tidak kena dalam hal ini, melainkan tindakan mendakwa RPK adalah satu permainan politik. Sudah pasti dakwaan ke atas RPK didalangi unsur-unsur politik.

Di Malaysia, semua laporan berita yang berlaku banyak berkait rapat dengan politik, sehingga kepada waktu bila dan ketika sesuatu berita itu dikeluarkan adalah ditentukan dan bermotivasikan politik. Sesiapa yang ada otak (Khairy tidak ada, dia otak udang) pun tahu dan sedia maklum akhbar-akhbar utama di Malaysia cuma melaporkan berita yang ‘gomen’ hendak rakyat dengar. Hari ini, ‘gomen’ hendak anda dengar bahawa RPK ada ‘bukti’. Bukti apa? Menyabitkan siapa? Soalan-soalan kacang seperti ini jawapannya cukup jelas, tidak usah ditanya. Rasanya makcik cuci jamban dekat Midvalley pun dia tahu jawapannya, bolehlah pergi tanya.

Balik kepada persoalan mengapa RPK ditahan jika ia bukan didorong atas motivasi politik? Pemilihan parti UMNO akan diadakan dalam bulan Disember. RPK akan meringkuk di dalam penjara tanpa ikat jamin untuk beberapa bulan sebelum kes ini dibawa ke mahkamah. RPK mungkin sebelum ini telah memperolehi bukti yang boleh menyabitkan ‘NO. 2’ dalam kes Altantuya. Sejauh mana kukuhnya bukti yang dimiliki oleh PRK masih tidak diketahui, akan tetapi sekiranya RPK berkata beliau ‘ada bukti’ dan tidak mahu diikat jamin, kita boleh yakin bahawa beliau mempunyai bukti yang secukupnya. Dalam temuramah dengan beliau semalam ketika di mahkamah:

“Apa yang menyebabkan awak ingat saya tidak ada bukti? Apa yang menyebabkan awak ingat saya tidak ada dokumen?

“Sekiranya saya menyatakannya dalam tulisan yang, mereka akan menangkap saya di bawah OSA. Awak ingat saya bodoh?” kata beliau kepada kumpulan wartawan

(“What makes you think I don’t have proof? What makes you think I don’t have documents?

“If I do submit the proof behind my writing, they will arrest me under the OSA. You think I’m stupid?” he asked the assembled journalists)

RPK tidak perlukan komputer untuk menulis dan merancang ‘kejahatan’. Ribuan penyokong beliau sedang melakukannya untuk beliau. Ketika beliau tidur di penjara – ribuan penyokong beliau sedang meludah ke atas gambar ‘NO. 2’ dan berkata, “Dia yang bersalah!” RPK tidak bersalah, tidak pernah dan tidak akan bersalah. Kepada penyokong beliau, rakyat biasa beliau seperti saya dan anda, beliau tidak pernah dan tidak akan bersalah. ‘No. 2’ yang bersalah, atas apa kesalahan hanya RPK yang tahu dan mempunyai bukti tetapi beliau belum sedia untuk memberitahu, mungkin hanya berbuat demikian jika beliau di mahkamah dengan 100 kamera membuat rakaman.

Besar kemungkinan apabila bukti ini dihebahkan di mahkamah nanti, ia akan menjadi isu paling sensasi di dunia. Bukan selalu kita mendengar orang mengebom perempuan jelita dari Mongolia, jadi tunggu sehingga tiba hari RPK berada di mahkamah, semua media di dunia akan berkhemah di kedai mamak berhampiran bangunan mahkamah.

Akan tetapi, No. 2 boleh sahaja menafikannya lagi dengan sebarang alasan, paling tidak beliau akan meletak jawatan dan mengambil Karpal Singh menjadi peguam bela beliau. Kebarangkalian untuk beliau meletak jawatan sudah tentu lebih tinggi berbanding Karpal Singh membela beliau di mahkamah, kerana Karpal Singh sedang ‘duduk’ sibuk ‘berperang’ dengan Khairy atau PAS.

Waktunya amat tepat untuk seseorang seperti RPK untuk ‘membocorkan’ perkara sebenarnya. RPK hanyalah ‘cara untuk memperolehi matlamat’. Matlamat akhir adalah untuk menyingkirkan No. 2. Akhir nanti, barangkali RPK cuma hanya menerima hukuman ringan dan didenda RM5,000 tetapi No. 2, beliau menerima arahan ‘kawat’ keluar dari Putrajaya.

Buat masa sekarang, sedang RPK tidur dengan nyenyak dalam sel penjaranya, No. 2 berguling keresahanan dalam instana yang dikawal penuh rapi. Siapa yang sebenarnya dalam penjara? Yang pasti, bukan RPK.

(sumber: Mob’s Crib)

**************************

Soalan cepu emas: Siapa graduan Oxford tapi sedikit dungu?

Apabila kita bercakap mengenai ‘Let’s send the Altantuya murderers to hell’, adakah kita sedang bercakap mengenai persoalan syurga dan neraka? Atau kita sedang bercakap mengenai kewajaran pembunuh Altantuya menerima hukuman – dihantar ke neraka? Sayang sekali belajar tinggi-tinggi, tapi otak udang.

Lim Kit Siang (Ipoh Timur-DAP) dalam sesi perbahasan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Al-wathiqu billah al-Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Shah menganggap apa yang sedang berlaku ke atas Raja Petra sekarang ini adalah meriupakan implikasi keputusan pilihan raya umum yang lalu.

“Adakah semua ahli parlimen bersetuju dengan tajuk artikel Raja Petra yang berbunyi,’Let send Altantuya’s murderer to hell’ ? Saya bertanya sedemikian bukan merujuk kepada sesiapa secara khusus tetapi atas dasar keadilan dan kebenaran, kita sememangnya mahukan pembunuh beliau dihukum,” penegasan Lim disambut dengan sokongan seluruh ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Selanjutnya, Lim meneruskan hujah sambil mempertikaikan tindakan undang-undang yang sedang diambil oleh pihak kerajaan ke atas Raja Petra dengan mengenakan Akta Hasutan.

Ia disangkal oleh Khairy Jamaludin (Rembau-BN) yang mempertikaikan mengenai persoalan syurga neraka yang tidak sewajarnya dibincangkan memandangkan hal tersebut hanya diketahui Allah sahaja.

Lim membidas kenyataan Khairy dengan menjelaskan bahawa beliau tidak membincangkan mengenai syurga neraka bahkan isu utama adalah mengenai hukuman yang sepatutnya dikenakan ke atas pembunuh kes berprofil tinggi, Altantuya Shariibu.

Pada masa yang sama, Dato’ Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak-BN) menyindir ahli-ahli parlimen PAS yang berdiam diri apabila persoalan mengenai syurga neraka itu sedang hangat dibincangkan.

“Kenapa ustaz, ustazah daripada PAS diam? Jawablah mengenai isu ini,” sindirnya.

Membidas serangan yang dibuat kedua-dua ahli parlimen BN tersebut, Lim menyatakan bahawa isu utama yang dibincang serta dibangkitkan beliau adalah mengenai pertikaian terhadap tindakan undang-undang yang dikenakan ke atas Raja Petra Kamarudin tanpa memfokuskan kepada persoalan syurga neraka.

“Saya menyebutkan mengenai kewajaran pembunuh Altantuya dihantar ke neraka atas kesalahan yang dilakukan bukannya mengenai menentukan hal syurga dan neraka.

“Kalau ini pun tidak boleh difahami, tidak gunalah graduate daripada Oxford University tetapi masih tidak boleh memahami isi kandungan perbincangan,” tegasnya sambil disambut sokongan ahli-ahli parlimen Pakatan rakyat lain.

(Sumber: Malaysia Today)

Artikel dalam bahasa orang putih:

Lim earlier chastised Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) who questioned him on the repetition of Raja Petra’s use of the word “hell”.

“Do you not agree that the only one to determine whether a person will go to heaven or hell is God and not for us to determine,” asked Khairy.

Lim, however, thundered back: “We are not talking of religion! This is an expression that those who murdered Altantuya should be punished to the extend of the law! It is not about going to heaven or hell.

If even this one cannot understand, what is the point of graduating from Oxford? This is a disgrace to the university,” he said, upon which the whole house again descended into chas as both sides went back into shouting at each other.

(Source: Malaysiakini)

Komen saya dalam bahasa orang putih : Oh poor KJ, he was squashed like a bug! LKS sure good at swapping flies!

ps: Kesian, graduan Oxford tapi bodoh! :neutral: :mrgreen:

pss: Phewww.. writing in Bee-Em is harder than English, searching for the right words.. :roll:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

You probably want to check out these posts as well:

23 Responses to “RPK, Penjara & Otak Udang”

  1. shag wrote on May 7, 2008 at 2:58 pm

    “Siapa graduan Oxford tapi sedikit dungu?”
    πŸ˜† that is 100 times more insulting than anything in BI

    [Reply]

  2. ibac wrote on May 7, 2008 at 3:42 pm

    ➑ another flunk Graduan Oxford …belajar tinggi-tinggi tapi tetap bangang dan bijak sombong!

    [Reply]

  3. Joanne wrote on May 7, 2008 at 3:46 pm

    Phew…reading in BM also equally tough…but how rite u are…..

    There’s no valid reason whatsoever for RPK to be charged under the sedition Act….very obvious that someone wants RPK out of action or like some other theory floating around, some one want Najis to sweat like he has never sweated before.

    SIL is worse than a common house fly…he is the maggot.

    [Reply]

  4. angeles wrote on May 7, 2008 at 4:08 pm

    awak ada baca tak “teori” yang dipaparkan oleh Saudara Serigalabayang? πŸ˜›

    [Reply]

  5. nono wrote on May 7, 2008 at 4:15 pm

    i was thinking on writing about raja petra this morning as i was so tekejut about this news! but since i am not as good as you in writing about all this stuffs so, malas la. huhu… ➑

    plus, i am so takut if they’ll sentenced me to prison as well.. πŸ˜• hehe

    [Reply]

  6. bongkersz wrote on May 7, 2008 at 4:16 pm

    ada, saudara serigalabayang memang hebat sekali! πŸ˜€

    [Reply]

  7. bongkersz wrote on May 7, 2008 at 4:30 pm

    dear, you think too much. opinion is like asshole, everyone have one.. so what’s wrong with writing your say on the matter? we are just small fries, they are many bloggers out there writing on socio political issues, should they get arrested?

    bottom line, we are writing what we as normal citizens feel on certain issues, so what exactly wrong with that we need to fear that they will sentence us to prison? takut kerana salah, berani kerana benar and you know this phrase too well right? amar makruf nahi mungkar πŸ˜‰

    ps: most people i know are actually good at this thing, but it stops at kopi table talk.. πŸ˜€ πŸ˜€ so you don’t see many write about it.

    [Reply]

  8. bongkersz wrote on May 7, 2008 at 4:32 pm

    yesshhh! let’s try it in BI. ‘who is oxford graduated bit little retarded?’ hmmm.. kurang power there.. πŸ˜€ πŸ˜€ hidup bahasa melayu! :up:

    [Reply]

  9. bongkersz wrote on May 7, 2008 at 4:34 pm

    Joanne, you read Shadowfox’s post on this issue? Pak Lah is not that clueless like people think he is.. 😯 😯

    Maggot is yummy. Let’s fry them!

    [Reply]

  10. zewt wrote on May 7, 2008 at 10:25 pm

    hahaha… No.2… takde nama ke? :P…..

    RPK rejected bail…. he has my utmost respect.

    and you’re right, RPK is free in the heart of ppl, the second fella is certainly in some sort of a prison.

    [Reply]

  11. Clare wrote on May 8, 2008 at 10:49 am

    Udang pun ada otak tau. Khairy mana ada? Dengan demikian, terciptalah simpulan bahasa baru “Otak Khairy” menggantikan peribahasa lama “otak udang” yang tidak membawa apa-apa makna lagi sejak kelahiran Khairy! :up:

    [Reply]

  12. Clare wrote on May 8, 2008 at 11:20 am

    “To send someone to hell” does not mean actually sending him/her to the place of eternal torment. Itu hanyalah satu peribahasa lah, bodoh! Such simple English also cannot understand, better hire Cikgu Suituapui to give them all (neh, the stupid politicians who cannot understand English) intensive English course lah!

    Oxford graduate lah konon! Orang utan samseng dari Kinabatangan itu pun seekor! Menjerit-jerit tanpa sebab di Parlimen kemudian minta keluar. Seronok saya tengok LKS cakap, “keluar lah!”

    Daripada apa yang dipertontonkan di parlimen, monyet-monyet dan orang utan banyak membuat pernyataan yang tidak berasas. Entah kenapa monyet-monyet dan orang utan tersebut layak untuk berbahas di parlimen.

    [Reply]

  13. NoktahHitam wrote on May 8, 2008 at 5:09 pm

    Well, I personally think RPK was held to custody because he knows a lot about the under table deals and wants protection before being *C4-ed*.

    Much to my sadness, RPK has another disgusting blog at mongreal. But one MUST MAKE SURE TO KNOW HOW TO READ IN BETWEEN THE LINES before reading that piece of his.

    RPK made a bold move, hands down. Press FREEDOM!

    That Oxford grad, graduated with an 3rd class degree. Heck if I had the money and connection, I could get one myself.

    [Reply]

  14. bongkersz wrote on May 8, 2008 at 5:16 pm

    you sure Raja Mongrel blog belong to him? Looks like a RPK basher to me. yes, obviously he knows too much. hmm, I think No. 1 is pulling strings behind, with one stone killing 2 birds.. how convenient. 😯

    the oxford guy is the richest unemployed man, without connection he is nowhere, probably writing some lousy posts like me.. kakakakakaka! πŸ˜†

    [Reply]

  15. bongkersz wrote on May 8, 2008 at 5:17 pm

    No. 2 is enough to describe him, his name not worth much to be mentioned. I heard RPK is going to post bail, after much persuasion from his wife.

    [Reply]

  16. bongkersz wrote on May 8, 2008 at 5:18 pm

    Murid-murid, sila buat ayat dengan peribahasa ini. Otak Khairy. hahahahahaha!

    [Reply]

  17. bongkersz wrote on May 8, 2008 at 5:20 pm

    saya memang sudah lama tulan that bigfoot from kinabatangan. such a despicable and rude character is fit to be a MP? mungkin itulah sebab ketua monyet mahu menghentikan siaran langsung perbahasan dalam parlimen, kerana mereka malu ramai yang melihat lawak jenaka mereka di dalam kandang.

    [Reply]

  18. NoktahHitam wrote on May 8, 2008 at 5:29 pm

    RPK is my super senior. Our alumni informs these kinds of things.

    It does sound like RPK.

    [Reply]

  19. bongkersz wrote on May 8, 2008 at 5:36 pm

    Hmm, you may be right there…I read some of the posts, then I stopped reading. So you from MCKK or VI? πŸ™‚

    [Reply]

  20. NoktahHitam wrote on May 8, 2008 at 5:41 pm

    btw, clicked πŸ™‚ πŸ™‚

    [Reply]

  21. bongkersz wrote on May 8, 2008 at 5:48 pm

    πŸ˜› πŸ˜‰ πŸ˜‰ same~!

    [Reply]

  22. nono wrote on May 8, 2008 at 7:54 pm

    amar makruf nahi munkar means buat la kebaikan πŸ‘Ώ and katakan tidak pada kejahatan.. ➑

    tapi apa-apa pun two thumbs up la bong :up: :up: i’m impressed!

    be fair, be true. we shouldn’t be afraid kan? but still i am not as good as you in justifying something like this. so i think i should seal my lips jak la and talk about other things..eheh

    [Reply]

  23. NoktahHitam wrote on May 8, 2008 at 10:19 pm

    MCKK

    [Reply]

Drop a comment :)

Page 1 of 11