»

Oi, Jangan Pilih ‘Lam Phar’ Lah!


Mari kita teliti beberapa laporan berita di bawah:

Utusan Malaysia: 22 March 2008

Dalam pada itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam kenyataannya sebelum ini menjelaskan urusan pelantikan Menteri Besar Terengganu terletak sepenuhnya pada Pemangku Raja dan MPPR negeri itu.

Katanya, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin sedar tentang peruntukan tersebut yang baginda tidak boleh mencampuri urusan pelantikan Menteri Besar di negeri berkenaan.

Menurut Abdul Gani, berdasarkan kepada Perkara 34 (1) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka tidak boleh menjalankan fungsi sebagai Raja Negeri Terengganu melainkan sebagai Ketua Agama Islam.

‘‘Sehubungan itu, Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai calon sendiri bagi mengisi jawatan Menteri Besar. Baginda menyedari hakikat bahawa urusan pelantikan Menteri Besar terletak sepenuhnya pada Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja.

‘‘Justeru, baginda tidak mempunyai apa-apa peranan di bawah undang-undang dalam pelantikan tersebut,’’ kata Abdul Gani.

************************************************************

Utusan Malaysia: 5 Mei 2008

KUALA LUMPUR 5 Mei – Pengerusi DAP, Karpal Singh terus mempertikaikan tindakan Sultan Perak menitahkan Menteri Besar menarik balik arahan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury, yang disifatkannya sebagai campur tangan istana dalam pentadbiran negeri.

Sambil mengingatkan Istana Perak supaya memahami kuasa terhad raja-raja, Karpal menekankan bahawa “rakyat kini tidak lagi hidup dalam zaman feudal.’’

‘‘Sultan dan Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak atas nasihat pihak eksekutif (kerajaan). Sultan Perak tidak ada hak di bawah undang-undang untuk campur tangan dalam keputusan kerajaan negeri menukar Jamry sebagai Pengarah JAIP,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen yang turut dihadiri anaknya, Gobind Singh Deo (DAP-Puchong).

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu memetik kes Mahkamah Persekutuan pada 1982, yang menurutnya jelas menunjukkan urusan membabitkan kakitangan awam sama ada patut dipindah dan ke mana hendak dipindah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

************************************************************

The Star Online: March 24, 2008

The appointment of anyone but Datuk Seri Idris Jusoh as Terengganu Mentri Besar is unconstitutional, said Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Umno vice-president Datuk Seri Mohd Ali Rustam, met outside Seri Perdana, said Abdullah and Najib had given their support for Idris to be the Mentri Besar.

He said it was the decision of the party that won the majority in the state assembly to select the Mentri Besar and the Ruler had to abide by it according to the Constitution.

************************************************************

Malaysiakini: May 8th, 2008

Barisan Nasional backbenchers are now pressuring the government to take action against the seasoned politician to determine whether he had committed treason, which is punishable by death.

Karpal came under heavy fire from the backbenchers over his two highly critical remarks lately over the transfer of a state top religious official in Perak, which he has described the palace’s involvement in the matter as “unconstitutional”.

Er, mengapa tidak ada laporan polis dibuat ke atas Gani Patail? Apakah kenyataan Abdullah Ahmad Badawi tidak ‘menghina’ kedaulatan raja-raja? Tidakkah Ali Rustam harus dikenakan tindakan kerana menyatakan bahawa sultan harus mematuhi perlembagaan? Bukankah kenyataan Karpal Singh lebih kurang sama dengan kenyataan oleh Gani Patail, Abdullah Ahmad Badawi dan Ali Rustam? (Tengku Adnan juga terlibat membuat kenyataan ketika kontroversi perlantikan Menteri Besar Terengganu tetapi saya malas membuat carian) Oh sungguh ketara sikap pilih lam phar bulu, ‘double standard’ oleh mereka ini.

ps: I sort of ‘plagiarized’ this post from here shamelessly! :grin: Lazy to write a new entry, so I modified a bit.

pss: Please somebody buy those 3 goats some mirrors.

psss: Omaigoat, would I be charged for sedition for using the ‘lam phar’ word together with Pak Lah in a sentence? :cry: :cry: I changed the title, replaced it with ‘Oi’. Yes I got no balls of steel. :razz:

pssss: Sorry for the ‘lam phar’ related posts lately. :roll: :roll: Like Suituapui said, mating season??? :grin:

Tags: , , , , , , , , , , ,

You probably want to check out these posts as well:

One Response to “Oi, Jangan Pilih ‘Lam Phar’ Lah!”

  1. angeles kata wrote on May 9, 2008 at 5:10 pm

    kalo tak nak pilih LP, pilihlah tiram 😀

    [Reply]

Drop a comment :)

Page 1 of 11