»

Melaka lebih baik dari Kelantan dan Kedah? BN lebih cekap mentadbir negeri dari PR?


Kupasan Laporan Audit Negara untuk negeri Kedah dan Kelantan telah pun dibuat untuk menilai prestasi pentadbiran Kerajaan Negeri bawah Pakatan Rakyat (PAS). Sekarang, mari kita lihat #AuditMelaka, untuk melihat pencapaian Kerajaan Negeri bawah BN berbanding Kelantan dan Kedah.

1. Prestasi pengurusan kewangan jabatan dan agensi bawah Kerajaan Negeri baik.

image

2. Analisis kewangan Negeri: Hasil berkurang RM80 juta pada tahun 2011 berbanding 2010.

image

3.Kedudukan tunai di dalam akaun wang disatukan Kerajaan Negeri menurun dan terendah sejak 5 tahun yang lepas.

image

4. Pelaburan pembangunan Kerajaan Negeri juga berkurang secara konsisten sejak 2007. Mana duit pergi?

image

5. Tunggakan bayaran balik hutang kepada Kerajaan Persekutuan meningkat sejak 2007. Hutang meningkat.

image

Kesimpulan daripada di atas, kutipan hasil negeri berkurang, pelaburan pembangunan berkurang, tunai didalam akaun disatukan berkurang. Hutang semakin bertambah.

Kita lihat pula kelemahan-kelemahan yang dijumpai oleh Ketua Audit Negara.

1. 63 projek selenggara jalan di Melaka diberi secara rundingan terus (direct nego), hasilnya lewat siap.

image

2. Projek membina sekolah agama di Melaka, juga dengan rundingan terus tidak mengikuti spesifikasi kontrak.

image

Projek jalan dan sekolah bagi tender rundingan terus hasilnya lewat siap, kos meningkat dan tiada kualiti.

3. Projek Monorel, rosak selepas hanya 4 hari beroperasi diambilalih oleh kerajaan negeri. RM9.25 juta kos baiki.

image

Duit habis sebab projek lewat siap, buat projek monorel yang selalu rosak dan tiada faedah. Tahniah Kerajaan Negeri Melaka.

Gambar pelancong diselamatkan oleh bomba selepas tersekat didalam Monorel Melaka.

image

Pelancong berjaya diselamatkan anggota bomba setelah tersekat di dalam Monorel Melaka.

image

Monorail tu projek RM16 juta. Sila keratan akhbar Utusan. Berapa kali rosak lepas 6 bulan beroperasi. Belanja baiki RM9.25 juta lagi. Gagal.

image

Kelantan dan Kedah walaupun dianaktirikan dari segi peruntukan Kerajaan Persekutuan, masih mencatatkan peningkatan hasil. Melaka?

Sekian saja kupasan Laporan Audit Negara untuk prestasi negeri Melaka di bawah BN. Nilaikan sendiri.

Agaknya, Muhyiddin nak bagi markah berapa kepada Melaka dengan prestasi sebegini? Kalau dia bagi Kedah E, Melaka rasanya F. Setuju?

Terima kasih kepada @Norman__G sekali lagi!

Tags: , , ,

You probably want to check out these posts as well:

Drop a comment :)

Page 1 of 11