»

Mari kita ramai-ramai buat ‘tag’ dalam Bahasa Melayu!


*Kavilan tagged me in Facebook. I already did the tag in Facebook and this is for the blog.

Syarat-syarat :
1. ‘Tag’ dijawab dalam Bahasa Melayu sahaja.
2. Tag orang yang telah men’tag’ anda
3. Tag orang yg anda mahu tag.
Sila jawab soalan-soalan ini dalam Bahasa Melayu sahaja.

0. Apakah yang anda sedang lakukan 30 minit yang lalu?
Saya makan roti cecah kari ayam, bihun goreng, nasi putih, sayur campur, minum air barli dan sirap ribena. Rakan-rakan pejabat membawa hidangan masing-masing untuk sesi makan tengahari bersama.

1. 2 jam yang lalu?
Melayari Mukabuku, Ciap (mengikut terjemahan 8TV tempoh hari), Minda Kendur dan belog rakan-rakan sambil menyiapkan lukisan kejuruteraan menggunakan AutoCAD.

2. Anda suka
Membaca komik Dik Cerdas, menonton Bob Si Span Seluar Segi Empat dan berlatih menjadi Gaban.

3. Minggu lepas
Saya digoda oleh seorang mak nyah ketika saya melepak di kelab malam. Nasib baik radar pengesan jantina saya berfungsi dengan baik pada malam tersebut dan kebetulan ada seorang pelancong asing yang gatal dan sedikit rabun menggantikan saya sebagai mangsa. Oh, saya menindik telinga kiri saya minggu lepas dengan harga RM5.

4. Tiga lagu yang boleh anda dengar berulang-ulang kali

Harapan - Fazli Zainal (lagu tangkap leleh)

Siapa Di Hatimu - Rahmat (lagu tangkap leleh juga)

Cinta Pantai Merdeka - Tropika (lagu jiwang karat, sesuai untuk Hari Kemerdekaan tidak lama lagi)

5. 3 binatang yang anda tak suka
Bung Mokhtar Radin - saya meluat dan benci binatang yang hodoh, bodoh dan kurang ajar.
Tajuddin Abdul Rahman - saya meluat dan benci binatang yang sial, tolol, bahalul dan biadab.
Nazri Aziz - saya meluat dan benci binatang yang kuat mengampu, bebal, bangang dan goblok.

*Saya hendak bubuh gambar binatang-binatang ini tetapi mereka terlalu jijik untuk ditayangkan

6. 5 fakta tentang anda
: Saya seorang yang pemalu. (pengakuan ikhlas dan jujur)
: Saya lebih tampan dari anda. (tidak syak lagi)
: Saya suka menulis. (anda sudah sedia maklum)
: Saya semakin boroi. (ini status yang yang terkini, antara puncanya, sila rujuk soalan 0.)
: Saya sentiasa ghairah.

7. Tahun depan mungkin
… masih seorang jurutera keparat yang kopak sekiranya saya tidak kena pertaruhan nombor ekor untuk membolehkan saya menjadi jutawan segera.

8. Saya tak reti
… membuat roti canai.

9. Saya pandai
… makan roti canai pakai tangan.

10. Kawan saya
… lebih banyak yang bukan berbangsa Cina.

11. Saya ada
… banyak angan-angan.

12. Saya seorang
… yang peramah, sopan santun, berbudi bahasa dan berakhlak mulia.

13. Adik saya
- sudah kahwin dan mempunyai seorang anak.

14. Saya tak pernah bosan dengan (senaraikan 4)
: TV.
: buku.
: internet.
: seks.

15. Bilakah pertama kali anda bercinta?
- Suatu ketika dahulu semasa saya masih muda, sarat deagan hawa nafsu dan perasaan penuh ghairah.

16. Perkara yang selalu orang tak percaya tentang anda
- Saya tidak pandai membaca dan menulis dalam Bahasa Cina.

17. Saya rindu
- diri saya yang tidak boroi suatu ketika dahulu..

18. Saya tak sabar
- untuk habis kerja supaya boleh balik rumah dan tengok TV.

19. 5 laman yang anda selalu layari:
- The Flaccid Mind
- Gmail
- Facebook
- YouTube
-Β Twitter

20. Siapa yang anda mahu tag?
- Sesiapa saja yang faham Bahasa Melayu dan bersemangat untuk membuat ‘lencana’ (tag) ini. Anda rasa Bahasa Melayu anda sudah cukup hebat? Cubalah kalau berani!

Tags: , , , , , , , , , , , ,

You probably want to check out these posts as well:

17 Responses to “Mari kita ramai-ramai buat ‘tag’ dalam Bahasa Melayu!”

  1. Fi-sha wrote on Jul 14, 2009 at 5:18 pm

    Kehadapan Bong

    sungguh comel gambar “dik cerdas” – saya sangat suka “dik cerdas” sebab dia sangat berani dari kebanyakan lelaki di luar sana dalam bab perempuan πŸ˜›

    Nota kaki : terima kasih daun keladi, jangan sesekali letak gambar binatang-binatang yang anda jaki hehehhehehehe

    [Reply]

  2. teecey wrote on Jul 14, 2009 at 5:19 pm

    funny one..I should try it…
    Sila tag saya di muka buku ya. πŸ˜›

    [Reply]

  3. KAT wrote on Jul 14, 2009 at 5:31 pm

    Saya tidak boleh menahan ketawa membaca blog anda!

    [Reply]

  4. angel_LINA wrote on Jul 14, 2009 at 5:58 pm

    Amat menarik sekali!

    [Reply]

  5. NoktahHitam wrote on Jul 14, 2009 at 6:52 pm

    Saya mahu menjawab lencana ini!

    [Reply]

  6. bongkersz wrote on Jul 15, 2009 at 8:40 am

    @Fi-sha, hello hello!

    Dik Cerdas memang menarik untuk dibaca. Ya, dia berani melampau-lampau.. yang penting, cuba jangan tak cuba haha!

    Nota kaki: Memang menjelikkan binatang-binatang itu.. tidak sesuai untuk tontonan umum

    [Reply]

  7. BaLQiZ wrote on Jul 16, 2009 at 1:37 pm

    apa benda “ciap”?

    [Reply]

  8. bongkersz wrote on Jul 16, 2009 at 1:42 pm

    @BaLQiZ, Twitter. 8tv terjemahkan Twitter jadi Ciap tempoh hari. Twittering – menciap.

    [Reply]

  9. bongkersz wrote on Jul 16, 2009 at 1:42 pm

    @angel_LINA, bahagian mana yang menarik? πŸ˜›

    [Reply]

  10. bongkersz wrote on Jul 16, 2009 at 1:44 pm

    @KAT, terima kasih. Saya baru sahajar berkunjung ke belog anda. Saya amat menyukainya! πŸ˜› Silalah datang lagi!

    [Reply]

  11. BaLQiZ wrote on Jul 16, 2009 at 1:56 pm

    @bongkersz, wtf? pfft. Direct translation to the max! bloody ridiculous!

    [Reply]

  12. pilocarpine wrote on Jul 17, 2009 at 12:16 pm

    Mindabuku, Ciap , Minda Kendur… hahaha…
    jadi jelang 2012… belog kamu kena tukar ke…

    – MINDA KENDUR – dengan add… http://www.amok.com?

    [Reply]

  13. bongkersz wrote on Jul 17, 2009 at 1:37 pm

    @pilocarpine, eh that’s somebody’s blog! erm, why amok.com?

    haha!

    [Reply]

  14. pilocarpine wrote on Jul 22, 2009 at 3:27 pm

    @bongkersz,

    bongkerz not translated to amok ar?

    [Reply]

  15. bongkersz wrote on Jul 22, 2009 at 3:49 pm

    @pilocarpine, er not at all! if you mean bonkers means crazy. sewel. gila. amok is going on rampage killing??

    [Reply]

  1. 2 Trackback(s)

  2. Jul 14, 2009: Mari Membuat β€˜tag’ Dalam Bahasa Melayu! | Noktah Hitam
  3. Jul 16, 2009: Mari Menjawab Tag, Menjawab Tag Dalam Bahasa Melayu | MEGAT

Drop a comment :)

Page 1 of 11