»

Malaysiaku 50 Tahun


Lagi dua hari kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 50. 31 August 1957, 50 tahun dahulu kita mencapai kemerdekaan, negara bebas dari penjajahan British. Sudah tiba masanya kita mengimbau kembali pencapaian negara amnya, dan kita sebagai rakyat Malaysia khususnya selama 50 tahun ini. Banyak yang kita telah capai sehingga kini. Pembangunan infrastruktur yang pesat di negara kita menjadikan Malaysia antara negara yang paling pesat membangun. Jika dibandingkan dengan negara Ghana yang memcapai kemerdekaannya pada masa yang sama dengan kita, kita sudah jauh dari segi pembangunan prasana, infrastruktur dan fizikal.

Kita mempunyai jalan raya yang antara terbaik di dunia, bangunan antara yang tertinggi di dunia, terowong banjir pertama di dunia. Kita bangga dengan kejayaan kita membina Putrajaya dan Cyberjaya, Menara Berkembar Petronas (KLCC), Litar Lumba Sepang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan sebagainya. Bolehlah disimpulkan dari segi pembangunan fizikal, banyak yang telah dicapai oleh negara kita dan ia adalah sesuatu yang patut dibanggakan. Bukan sahaja pembangunan fizikal negara, fizikal rakyat Malaysia secara amnya juga bertambah pesat.

Di dalam laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu baru-baru ini, Malaysia merupakan antara negara tertinggi di Asia kadar obesiti ataupun kegemukannya. 59% rakyat Malaysia mengunjungi restoran makanan segera sebanyak sekali atau lebih dalam seminggu, jika dibandingkan dengan cuma 35% rakyat Amerika dan 11% rakyat Eropah, memetik kajian oleh AC Nielsen’s Consumer Confidence and Opionion Survey. Dalam kajian tersebut didapati 98% rakayat Malaysia makan di restoran makanan segera. Cuma rakyat Filipina mengunjungi restoran makanan segera lebih kerap berbanding kita. Satu pencapaian yang tidak kurang hebatnya, sekurang-kurangnya kita tidak melupakan semua aspek pembangunan ‘fizikal’ di negara ini.

Apakah erti ulangtahun kemerdekaan yang ke-50 kali ini? Jika bagi seorang manusia, usia ini selalunya dikaitkan dengan kematangan, berfikiran terbuka, mempunyai pengalaman yang cukup dalam menempuh cabaran. Seharusnya begitu, dalam usia yang setengah abad sebegitu. Namun begitu , apakah kita sebagai rakyat Malaysia dalam negara kita menyambut jubli emasnya telah cukup matang?

Adakah kita semua tanpa mengira bangsa keturunan, agama, muda tua, miskin kaya, parti politik bersama-sama bergembira menantikan datangnya hari bersejarah 31 Ogos? Adakah kita masih mengamalkan semangat perpaduan yang erat, toleransi antara kaum seperti mana yang ditunjukkan 50 tahun dahulu oleh bapa-bapa kemerdekaan kita? Berjayakah kita memupuk semangat perpaduan, keharmonian dan toleransi ini kepada generasi muda kita?

Sepatutnya, pada ulang tahun yang ke-50 ini, setiap rakyat tanpa mengira pangkat, umur, bangsa, agama, peringkat umur ataupun fahaman politik bersiap sedia dengan penuh kegembiraan, bersyukur dan berterima kasih kerana Malaysia masih utuh perpaduannya, ekonominya berkembang pesat, tidak ditimpa malapetaka dan bencana besar seperti sesetengah negara. Itu yang sepatutnya berlaku, akan tetapi memandang kepada situasi masa kini, nampaknya kita semakin jauh daripada apa yang telah menyatukan kita dan membolehkan kita memperolehi kemerdekaan daripadah penjajahan suatu ketika dahulu.

Akhir-akhir ini, jika diperhatikan yang kita boleh melihat perpaduan antara kaum yang semakin rapuh. Masing-masing masih curiga antara satu sama lain. Bagi saya, pada hari ini, kita semakin terasing antara satu sama lain. Yang Melayunya semakin Melayu, yang Cinanya Semakin Cina, dan yang India semakin India. Semuanya masih dalam kelompok kaum sendiri. Orang Melayu masih sibuk memperkatakan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera, mempertikaikan kesetiaan kaum lain. Orang Cina masih menganggap mereka sebagai warganegara kelas dua, takut kebudayaan dan kepentingan orang Cina akan hilang dan orang India masih mendakwa mereka dipinggirkan dalam semua perkara.

Malah, kita masih sibuk membicarakan isu-isu yang melibatkan kaum tertentu. Antaranya isu menjulang keris oleh Hishammuddin, isu lagu negaraku oleh seorang pelajar Cina di luar negara yang akhirnya menjadi isu kesetiaan kaum tertentu terhadap negara, isu pemilikan ekonomi dan sebagainya. Boleh disimpulkan akhir-akhir ini, setiap isu yang dibicarakan akhirnya akan dikaitkan dengan kaum. Semakin menebal perkauman dalam masyarakat Malaysia masa kini nampaknya. Isu dadah, isu mat rempit, isu mengibarkan bendera, isu babi, ada saja individu yang sungguh pandai mengaitkannya dan menjadikanya isu perkauman.

Ahli-ahli politik pula menidakkan apa yang berlaku di dalam masyarakat dan berkeras mengatakan perpaduan antara kaum masih erat dan sebagainya. Sungguh naif, apakah mereka pernah melawat universiti- universiti dan institut-institut pengajian dan melihat sendiri bagaimana generasi muda kita berinteraksi antara satu sama lain?

Sungguh lucu, tempoh hari saya bersama dua rakan berborak mengenai isu ini dan salah seorang rakan memberitahu bagaimana diadakan Sukan Antara Kaum untuk mengeratkan hubungan kaum akan tetapi, di padang bola, cuma kaum Melayu bermain bola antara mereka, kaum Cina bermain bola keranjang dan badminton, Kaum India bermain hoki. Di manakah perpaduan kaum yang hendak ditunjukkan?

Saya masih ingat, ketika belajar di sekolah rendah dan sekolah menengah, tidak ada jurang antara kaum. Malah ramai rakan-rakan saya pada masa itu berlainan kaum. Kami saling ejek mengejek antara satu sama lain, bergaduh namun ianya habis di situ dan sehingga kini saya masih bertanya khabar berita, bertemu dan duduk semeja. Namun, setelah saya ke universiti, di situ saya dapat lihat dengan jelasnya di mana orang Melayu duduk, makan, main dengan orang Melayu. Orang Cina dan India juga sebegitu. Mengapa? Setelah habis pengajian, kini bekerja, situasi masih sebegitu. Mengapa? Salah siapa?

Lihatlah di sekeliling anda dan buatlah kesimpulan sendiri.Adakah kita semakin ke depan, ataupun kita semakin ke belakang. Semakin matang sebagai rakyat Malaysia yang boleh tidak memandang warna kulit, asal keturunan dan agama ataupun sebagai berpecah belah dengan masing-masing sibuk memperjuangkan hak kaum masing-masing?

Lupakah kita mampu beroleh kemerdekaan ini pada 1957 adalah dengan adanya perpaduan yang amat erat antara orang Melayu, Cina dan India serta semua kaum ketika itu? Kita cuma kunjung-mengunjungi ketika Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali dan kemudiannya balik kepada keadaan asal. Terfikir juga saya apakah kita saling kunjung-mengunjungi adalah kerana makanan yang dihidangkan? Maklumlah orang Malaysia amat taksub dengan makanan πŸ˜€ Oh, dan ketika bulan kemerdekaan tiba, barulah semua pemimpin politik berucap dengan penuh retoriknya, menekankan kita harus bersatu padu bla bla bla.. Dan bila tiba perhimpunan agung parti, mereka kembali berucap berapi-api kononnya memperjuangkan hak, mempertahankan maruah bangsa. Hampeh!..

Dalam era dunia tanpa sempadan, era globalisasi ini, seharusnya kita bersatu padu sebagai satu entiti, satu bangsa Malaysia untuk menempatkan negara kita di mata dunia. Bukannya berebut-berebut sesama kita sendiri, sibuk memperjuangkan isu pegangan ekonomi antara kaum sedangkan lebih banyak yang boleh kita perolehi sekiranya kita sebagai satu bangsa Malaysia memperjuangkan pegangan ekonomi Malaysia dalam dunia ini. Malaysia kaya dengan sumber galiannya, tanah yang subur, cuaca yang baik, rakyatnya yang rata-rata berpelajaran. Akan tetapi kita masih tidak mempunyai impak dalam ekonomi dunia, bahkan dalam Asia. Thailand, Vietnam dan Myammar, yang dulunya jauh di belakang telah mengorak langkah meninggalkan kita.

Tidak lama dahulu, Malaysia tidak jauh ketinggalan berbanding negara seperti Jepun, tetapi sekarang? Kita yang memulakan idea Koridor Raya Multimedia (MSC) tapi di manakah kita sekarang? Industri kereta kita telah lebih 20 tahun, masih begitu lagi? Bolasepak kita, antara gergasi Asia satu masa dahulu, kini langsung tidak dipandang. Selagi kita masih bercakaran antara satu sama lain, Malaysia akan ketinggalan, dan realitinya kita agak lambat berbanding negara-negara jiran. Jika bukan kerana ketidakstabilan politik di Indonesia, Thailand dan Filipina, barangkali kita sudah amat jauh ditinggalkan.

Fikirkanlah, apakah kita telah cukup matang, berfikiran terbuka, lebih toleransi dan perpaduan antara kita semakin erat dalam negara kita mencapai ulang tahun kemerdekaan ke-50 ini? Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-50!

Tags: , , ,

You probably want to check out these posts as well:

15 Responses to “Malaysiaku 50 Tahun”

  1. cibol wrote on Aug 30, 2007 at 12:44 pm

    bang ada satu lagi isu, isu babi di melaka .. Itu isu alam sekitar. Tapi dorang anggap isu perkauman .. takder otak hor ..

    [Reply]

  2. bongkersz wrote on Aug 30, 2007 at 3:59 pm

    iya bang, saya ada sebut di atas.. itulah, semua isu akhirnya akan jadi isu perkauman.. sungguh aneh!

    [Reply]

  3. Laura wrote on Aug 30, 2007 at 11:54 pm

    aiyoh..berkobar kobar bong type this post..

    suddenly got “OH” somewhere at the text there..kekekeke..

    [Reply]

  4. clementwong wrote on Sep 1, 2007 at 11:14 am

    such a loooooooong post… negara ini mestilah bersikap perkauman, kamu fikir orang kaum lain mampu menjadi PM?

    [Reply]

  5. clementwong wrote on Sep 1, 2007 at 11:16 am

    even if it’s said to chinese are probable to be pm.. i am not sure when i will see that.. maybe one day there’s someone like martin luther king jr giving his i have dream speech…. “saya ada mimpi….”

    [Reply]

  6. drumsticks wrote on Sep 2, 2007 at 10:44 pm

    On Fri i went to watch Hidden summer, a local film produced by MMU student.. and guess what? there were less than 10 ppl including the 3 of us.. and its the same for any other local production.. no one watches them…

    obviously the quality no where compared to western films or even.. our rival Singaporean… but Malaysians not supporting Malaysian production won’t do any good to the local industry.. that’s why we can never come up.. there’s no motivation.. no improvement.. things could probably change if we make the first step.. which is to support our own stuffs.. that’s why countries like Korea can develop so quickly considering they were prolly worst off than us with war and stuffs..

    [Reply]

  7. bongkersz wrote on Sep 3, 2007 at 6:39 pm

    laura : oh is part of bahasa malaysia what.. πŸ˜›

    clement : it doesn’t matter what race, who become pm as long he is a malaysian, he can perform, he does what he preaches.. we don’t want somebody full of rhetorics, full of ideas but never able to realise it.. and your capabilities should be considered for a job, not your race or religion or what so ever. I cringe when reading job advertisement ‘only chinese… or only bumiputra can apply’ what the fark with that?

    drumstick : exactly. but, when you critisize, would you consider it’s a form of support or not? hmm.. i think or patriotism restricted to flying flags, singing negaraku, knowing few important dates and figures. we should learn more on real patriotism… what is it real patriotism? leave it for you guys to think about it…

    [Reply]

  8. nono wrote on Sep 3, 2007 at 10:07 pm

    bahasa melayu yang sangat mantap! entri yang berisi! huahah.. tapi saya serius dengan pujian saya. saya suka entri awak. πŸ™‚
    syabas…
    isu perkauman, hmm memang susah nak diselesaikan kerana setiap rakyat Malaysia sangat sangsi antara satu sama lain. Hm.. Satu fenomena yang tidak sihat! asalkan kita tidak bersangsi-sangsi, cukuplah.. πŸ˜›
    P.s: Rasa macam pelik jak Bahasa Melayu tok! huhu.

    [Reply]

  9. nono wrote on Sep 3, 2007 at 10:10 pm

    eh lupa nak bagitau sebenarnya saya selalu melawat blog awak secara diam-diam
    hehe

    [Reply]

  10. zewt wrote on Sep 4, 2007 at 12:50 am

    wahh… saudara bong… tak sangka penguasaan bahasa malaysia saudara bong begitu mendalam, macam sasterawan!

    betul… isu perkauman langsung tiada masa saya bersekolah dahulu. lebih lebih lagi, saya banyak bergaul dengan kawan kawan melayu dan pada masa saya kat sekolah rendah… saya tak boleh berbahasa inggeris langsung, hanya boleh berborak dalam bahasa melayu.

    sekarang, semua dan berubah… nak tulis komen sebegini… kena fikir dahulu apa ayat yang perlu diguna… inilah apa yang terjadi selepas 50 tahun.

    [Reply]

  11. bongkersz wrote on Sep 4, 2007 at 1:37 am

    nono : terima kasih terima kasih πŸ˜€ oh? mengapa diam diam? Sudi sudikanlah meninggalkan komen saudari di belog saya. Lol! Sik sangka aku kelaka kedak tok ngan org swak bwahaha! chaley!

    zewt : terima kasih banyak saudara zewt. biasa- biasa saja bm saya, itu pun berkat tunjuk ajar guru bm saya dahulu dan awek awek saya. haha! jadi saudara masih bertanya khabar, mengikuti berita rakan-rakan dahulu? πŸ˜€

    [Reply]

  12. mar wrote on Sep 4, 2007 at 11:26 pm

    Tumpang lalu…
    Tersenyum dengan komen komen dalam belog ini… πŸ™‚

    [Reply]

  13. nono wrote on Sep 5, 2007 at 4:38 am

    marg.. “belog”??? hehehe sangat2 bahasa melayu la marg

    [Reply]

  14. mar wrote on Sep 6, 2007 at 11:28 pm

    oh..itu menurut ejaan tuan punya belog, saya ikut saja. πŸ™‚

    [Reply]

  15. cibol wrote on Sep 7, 2007 at 12:57 pm

    jangan ikut kalau salah .. ni macam mana nak maju?

    [Reply]

Drop a comment :)

Page 1 of 11