»

Lawak Hari Ini


Lawak hari ini. Mari kita lihat badut-badut yang beraksi menghiburkan hati yang gundah gulana:

Badut No. 1: Reezal Naina Merican – Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)

Lawak Beliau :

GPMS Desak DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Perak

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) — Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) hari ini membidas sikap pemimpin DAP yang mempersoalkan peranan dan fungsi Istana Perak berhubung jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).

Sambil menyifatkan DAP gagal memahami sensitiviti orang Melayu, GPMS mahu parti itu berhati-hati dalam membuat kenyataan supaya tidak menimbulkan kemarahan mana-mana pihak.

Presiden GPMS Datuk Reezal Naina Merican berkata Pengerusi DAP Karpal Singh dan Ketua DAP Perak Ngeh Koo Ham seharusnya mengikuti jejak Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menghadap Sultan Perak dan memohon ampun terhadap kenyataan mereka.

Permohonan maaf itu akan meredakan kemarahan rakyat dengan permainan politik biadap dan berunsur hasutan, kata Reezal dalam satu kenyataan hari ini.

GPMS turut berpendapat, DAP perlu menghentikan amalan politik perkauman dan bersifat hasutan sehingga berani mempersoalkan hak dan kuasa Sultan.

(Petikan dari: Bernama)

Apa yang lawaknya?

1. Tidak lama dahulu, ada satu parti yang mempersoalkan peranan dan fungsi Istana Terengganu berhubungan perlantikan jawatan Menteri Besar. Kira kecoh juga lah.. Tapi tidak mengapa, kerana parti itu parti elit.

2. Parti itu juga tidak pernah berhati-hati dalam membuat kenyataan supaya tidak menimbulkan kemarahan mana-mana pihak. Antara kenyataan yang pernah dibuat oleh ahli-ahli parti elit tersebut :

“Mana ada bocor, Batu Gajah pun tiap-tiap bulan pun bocor juga” – kenyataan yang menghina kaum wanita

“Hari ini untuk pertamakalinya, ucapan Presiden Umno tidak dapat dibaca oleh orang ramai kerana kumpulan etnik tertentu menguasai pengedaran akhbar dan mereka sedang bercuti” – kenyataan berupa sindiran kepada kaum India yang menyambut Deepavali ketika parti tersebut membuat keputusan untuk mengadakan perhimpunan pada masa tersebut kerana jadual presiden partinya yang ‘ketat’.

“Salah seorang Naib Presiden parti tersebut menghina parti komponen lain dengan mengatakan bahawa parti tersebut tidak perlukan parti-parti komponen lain untuk menubuhkan kerajaan – kenyataan bodoh sombong

“Perpecahan dalam parti tersebut akan melemahkam parti tersebut dan ia akan membuka jalan kepada kaum Cina di Malaysia untuk membuat pelbagai tuntutan untuk faedah masyarakat mereka.” – kenyataan berbau perkauman dan prasangka jahat

“Yang Berhormat sendiri kena bersopan santun kalau mahu ajar orang, kalau Yang Berhormat sendiri pun dah perangai macam itu dengan berkerusi roda, ini Tuhan telah tunjukkan kepada Yang Berhormat” – kenyataan menghina orang cacat

Dan lain-lain kenyataan, tidak cukup ruang untuk menulisnya di sini.

3. Politik perkauman? Barangkali parti ini sudah lupa, siapa yang pantas menjadikan sesuatu isu itu isu orang Melayu, orang Cina, orang India. Contohnya, isu babi di Melaka yang sepatutnya merupakan isu pencemaran menjadi isu orang Cina tidak sensitif, begitu juga isu projek babi 100 juta ringgit di Selangor, pantas parti ini mengaitkannya dengan isu Melayu, Cina, orang Islam dan bukan Islam.

Boleh dikatakan, apa sahaja isu, begitu cepat dan ghairah parti ini keluar dengan kenyataan yang balik-balik perkara basi seperti ‘sensitiviti orang Melayu’, ‘hak istimewa orang Melayu (terlupa pula mereka kepada orang Asli, orang Iban, orang Jakun, orang Kadazan, orang Murut dan Bumiputera lain) jangan dicabar dan dipersoalkan’ dan sebagainya.

Seingat saya, tidak pernah parti lain seperti parti ini yang kerap menggunakan perkataan ‘perkauman’, saban hari mengingatkan orang lain supaya tidak membangkitkan isu-isu berbau perkauman, kerap kali mengaitkan sesuatu kenyataan dengan ‘kemarahan orang Melayu’, ‘adat resam Melayu’, ‘agama Islam’.

Anda tidak percaya? Biar saya tunjukkan apakah jadahnya parti ini dalam membuat kenyataan mereka. Petikan akhbar hari ini, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kurau, Datuk Najmudin Elias Al-Hafiz (Badut No. 2) berkata dalam reaksinya kepada isu perlantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP):

”Sikap DAP sebegini akan menimbulkan kemarahan rakyat terutama dalam kalangan orang Melayu. “

Naib Ketua Pemuda ‘Parti Elit’ Bahagian Pasir Salak, Khairul Azwan Harun (Badut No. 3) berkata:

Pemuda ‘Parti Elit’ memberi amaran kepada Karpal Singh supaya jangan mempertikaikan adat resam orang Melayu dan agama Islam.

“Kita akan pertahankan kedaulatan dan hak orang Melayu ini,” katanya.

Dan akhir sekali, yang paling menarik dan sensasi kerana kehebatan beliau menjadikannya satu lagi isu perkauman:

Beliau juga membidas Koo Ham kerana turut membuat kenyataan berbau perkauman yang meminta mana-mana pegawai kerajaan yang tidak berpuas hati dengan kerajaan baru supaya meletakkan jawatan.

Hei! Siapa yang membangkitkan, menyentuh, mengaitkan, mengatakan sesuatu isu itu ialah isu perkauman tetapi parti elit ini? Hak-hak istimewa, kedaulatan semuanya sudah termaktub dalam perlembagaan, cakaplah sampai berbuih mulut tidak akan dapat mengubah apa-apa. Apakah perlu kita sentiasa mendengar retorik kosong seperti ini? Balik-balik isu yang sama.

Bosanlah asyik mengingatkan rakyat Malaysia tentang betapa kukuhnya perpaduan di kalangan rakyat, kita ini penuh dengan nilai ketimuran, sopan santun dan bertata susila dan memang tidak tertinggal ayat ‘mengikut acuan Malaysia’ dalam setiap kenyataan angkat bakul oleh pemimpin-pemimpin terutamanya dari parti elit ini.

Sekian sahaja persembahan badut-badut hari ini dari sarkas Malaysia. Kita nantikan persembahan menarik yang seterusnya. Latihan dan persiapan rapi sedang dijalankan di suatu kandang yang sering bocor atapnya (lokasi dirahsiakan untuk keselamatan penulis), di mana kita berhasrat untuk melahirkan lebih banyak badut-badut berkualiti tinggi untuk menghiburkan rakyat Malaysia yang sentiasa berduka dan gundah gulana dengan peningkatan harga beras, ubat gigi, sayur sawi, telur ayam, tepung gandum, mi goreng, roti kosong, daging ayam, daging babi, minyak petrol, minyak angin, minyak urut dan segala macam lagi. Akan tetapi, gaji yang diterima tidak naik naik. Makin sedih apabila pemimpin negara meminta rakyat supaya berjimat cermat sedangkan tiada apa yang boleh dijimatkan lagi. Jumpa lagi~!

ps: fuh… lama tidak menulis dalam Bee-Em, dah berkarat dah!

pss: fuh.. lama tidak menulis entri politik, dah jadi apa-apa entah!

psss: fuh.. lawa iklan-iklan kat tepi blog tu tanpa ‘kaki’. LOL! Terima kasih NoktahHitam atas tunjuk ajar.

“Kenyataan itu berbau perkauman kerana 80 peratus daripada pegawai kerajaan Perak adalah orang Melayu,” katanya

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

You probably want to check out these posts as well:

18 Responses to “Lawak Hari Ini”

  1. angeles wrote on May 5, 2008 at 10:46 pm

    panjang la lawak ni.. malas nak baca.. nak tengok gambaq le… 😛

    [Reply]

  2. bongkersz wrote on May 5, 2008 at 10:52 pm

    ya juga, terlalu melampau panjang lawak saya. tapi itu lah yang lawaknya, sebab ia tak lawak.. gambar, boleh aturkan sesi tertutup.. 😀 😀

    [Reply]

  3. NoktahHitam wrote on May 5, 2008 at 11:22 pm

    Lawak! Setaraf dgn scenario.

    Tapi kalau DAP bersalah, apa kata pergi mintak maaf. Biarkan yang bodoh tetap menjadi bodoh. PR tetap mara!

    [Reply]

  4. bongkersz wrote on May 5, 2008 at 11:25 pm

    ya betul! DAP patut tukar sedikit pendekatan tu, bukan semua hendak bangkang saja, bosan lah! 😕 ❗ kalah bersalah, minta maaf, baru ada kelas!

    [Reply]

  5. angeles wrote on May 6, 2008 at 3:08 am

    saya tak boleh tido, jadi saya datang nak baca bedtime story 😛 akan tetapi, instead of menguak, saya rasa begitu terhibur pulak! haha 😛 Bee-em awak memang fuyoh!! :up: :up: *tepuk tangan* pasti lulus “test” itu 😉 keupayaan awak untuk merapu pun amat disanjungi.. bukan sembarangan orang boleh merapu dengan begitu bergaya, tau! 😆

    saya pun nak cakap sikit pasal kenaikan harga barangan.. memang ada melampau la.. entah kenape, harga hampir semua benda pun naik.. sungguh tak munasabah.. harga sekotak susu coklat Magnolia naik RM1, kira-kira 20% kenaikannya.. cukup giler!

    ok la, saya nak pergi cuba bermimpi indah dulu.. entah jadi ke tak cubaan kali ini… 😛

    [Reply]

  6. bongkersz wrote on May 6, 2008 at 10:31 am

    eh saya suka minum susu coklat Magnolia!! :up: :XO:

    wah, pujian tinggi melangit.. bahaya ini 😛 😛

    [Reply]

  7. drumsticks wrote on May 6, 2008 at 12:11 pm

    bongkersz, tak faham.. BM teruk.. 🙁 Sedihh… tak apala.. terus tulis dalam BM.. macam baca bahasa misteri.. 😀

    [Reply]

  8. bongkersz wrote on May 7, 2008 at 6:18 pm

    Very simple BM woh 😛 😛

    [Reply]

  9. bongkersz wrote on May 7, 2008 at 6:19 pm

    You mean menguap? 😛 Menguak.. itu lembu.. haha! 😛 😛

    [Reply]

  10. angeles wrote on May 7, 2008 at 6:23 pm

    ya allah! betul cakap awak!! boleh jadi editor dah eh? 😎

    [Reply]

  11. Sarawak Laksa wrote on May 8, 2008 at 10:55 pm

    Cis bongkersz, kamu punya BM memang ‘power’ betui! Now I betul betul kenyal dengan kehebatannya! I am impressed. cheh…i struggled quite a bit … now please revert to englisssss…..

    [Reply]

  12. bongkersz wrote on May 9, 2008 at 9:53 am

    betul betul kenyal??? that’s new.. hahahaha!

    [Reply]

  13. jadie wrote on May 10, 2008 at 11:41 pm

    unfortunately these new political scenario was not in motion during those years when we were in uni..it”s sure going to be an interesting watch seeing you in debate over it in one of those classes..although i doubt u would be a bold in expressing opinion as u are now..

    [Reply]

  14. Sarawak Laksa wrote on May 11, 2008 at 2:49 pm

    hahahahahahaha…..ok i made that up to test you! 😀

    [Reply]

  15. bongkersz wrote on May 12, 2008 at 9:09 am

    why you think i would be less bold before? i started writing on more or less the same content when i was in uni, on my old blog. if you were referring to debate in lectures, well with the restrictions in place, i doubt there would be any sort of debate in classes.. 🙂 so we were from the same uni eh jadie?

    [Reply]

  16. ciko wrote on Feb 20, 2009 at 12:12 am

    kalau ada gambar lagi best..

    [Reply]

  17. bongkersz wrote on Feb 20, 2009 at 12:52 am

    tolong supply gambar lah bro! 😀

    [Reply]

  18. gee wrote on Feb 22, 2009 at 1:03 am

    lawaknye :up:

    [Reply]

Drop a comment :)

Page 1 of 11