»

Kerajaan Kedah bawah pemerintahan PAS (PR) patut diberi markah E?


Muhyiddin gives Kedah gov’t a poor ‘Grade E’ – Malaysiakini- http://t.co/pivy70ZZSv

image

Gred E untuk pencapaian PAS memerintah Kedah selama 5 tahun kata Muhyiddin. Setuju? Kalau nak baca report card, bacalah Laporan Ketua Audit Negara kan? Muhyiddin ini dia cakap ‘E’ untuk kerajaan negeri apa basis dia entah? TAPI, saya dah selak laporan ketua audit negara Kedah 2011. Mari kita sama-sama tengok dan nilai pencapaian PAS (PR) di Kedah.

1. Laporan pengurusan kewangan jabatan kerajaan negeri Kedah. kategori sangat baik selepas 2008.
image

2. Perlaksanaan projek pembangunan di bawah kerajaan negeri 85.5% siap, 11.5% belum mula. Tiada projek sakit.

image

3. Infografik daripada Laporan Ketua Audit Negara tentang status projek di bawah seliaan kerajaan negeri.

image

4. Bayaran hutang negeri Kedah kepada kerajaan persekutuan diwarisi kerajaan sebelumnya RM2bil. Hutang berkurang.

image

Itu tadi laporan prestasi jabatan di bwh kerajaan negeri Kedah. untuk berlaku adil skrg kita tengok yg tidak memuaskan. Masa laporan audit keluar dulu Tan Keng Liang ada kecoh pasal pelaburan kerajaan negeri dgn syarikat balak di Papua New Guinea.

1. Syarikat milik negeri itu adalah Kedah Corporation Berhad (KCB). Ketua Audit Negara ada tegur di sini:

image

Memang betul KCB ada buat pelaburan dengan syarikat balak di Papua. Tapi lihat laporan kewangan KCB, kerugian berkurang.

image

Pelaburan dengan syarikat balak Papua itu dibuat pada tahun 2010. Mana ada perniagaan baru setahun dah nak balik modal? Logik kan?

2. Syarikat milik negeri, Kedah BioResources Corp S/B dinilai Ketua Audit Negara sebagai selaras dengan objektif dan baik.

image

3. Kerajaan negeri gagal tangani masalah kontraktor tak layak/tak berdaftar dapat projek dan ada kronisme.

image

Nampaknya kerajaan negeri gagal tangani masalah kronisme dan kontraktor bermasalah. walaupun projek terlibat hanya RM2 juta.

Itu ringkasan laporan Ketua Audit Negara negeri Kedah 2011 (latest). Banyak peningkatan berbanding sebelum PR mentadbir.  Walaupun ada masalah kontraktor dan ketidakcekapan pengurusan syarikat milik kerajaan negeri. Lemah tetap lemah.

Tapi adil ke Muhyiddin kata Kedah hanya patut diberi gred ‘E’? Apa pengukur atau tanda aras yang digunakan kami nak tahu juga? Prestasi kewangan negeri baik, prestasi jabatan negeri baik, anak syarikat ada yang kurang memuaskan ada yang cemerlang. Jangan lupa kerajaan negeri Kedah pada 2008 mewariskan hutang negeri kepada persekutuan sebanyak RM2bil. Ini bukan salah PAS.

Bandingkan dengan fakta lagi baik. Baca Laporan Audit Negara – http://t.co/IL26TG6wCd.

Setakat menakut-nakutkan rakyat negeri tak maju, buat apa? Rakyat Kedah boleh nilai prestasi kerajaan negeri. memang ada kekecewaan masalah politik dalaman PAS Kedah dulu. Tapi nilai keseluruhannya. Secara peribadi, saya nak PR Kedah disambung mandat sepenggal lagi. Tapi saya pasti rakyat Kedah bijak menilai apa yang baik untuk mereka.

ps: Semua yang di atas adalah diambil dari tweets @Norman__G yang awesome. Sila follow beliau di Twitter!

Tags: , , , , ,

You probably want to check out these posts as well:

Drop a comment :)

Page 1 of 11