»

Kelantan negeri paling mundur? Gagal ditadbir baik oleh PAS?


Kerajaan PAS gagal memajukan Kelantan. MCA kata kalau PAS menang di Johor, Johor akan jadi mundur macamKelantan. Betul ke kerajaan PAS gagal? Mari kita lihat tentang #AuditKelantan yang diambil daripada Laporan Ketua Audit Negara untuk Kelantan. Kemudian kita nilai samada kerajaan PAS gagal mentadbir Kelantan atau tidak.

1.  Analisis Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan 2011; Peningkatan hasil RM86j (58.1%) berbanding 2010.

image

2. Hasil cukai Kerajaan Negeri meningkat secara konsisten; Jadual kutipan cukai 2007-2011.

image

3. Perlaksanaan projek pembangunan dibawah seliaan Kerajaan Negeri; 94.1% projek siap, tiada projek sakit.
image

4. Infografik kemajuan projek Kerajaan Negeri, lebih 90% siap, selebihnya belum mula/sedang laksana.

image

5. Prestasi jabatan dan agensi Kerajaan Negeri, jumlah kategori sangat baik meningkat. 10 pada 2011.
image

Laporan Ketua Audit Negara telah melaporkan bahawa pengurusan kewangan negeri, jabatan dan agensi adalah baik. PAS tidak mampu tadbir? Kerajaan Negeri, jabatan dan agensi di Kelantan diurustadbir dgn baik. tapi ada juga kelemahan untuk pengurusan syarikat negeri. Mari kita lihat.

1. Program Ladang Rakyat didapati tidak memuaskan hasil dan laporan audit menemui beberapa masalah;

image

2. Projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sg Kelantan: 1,000 ekar tanah dipajak kpd syarikat swasta;

image

3. Penemuan audit atas projek PTSK adalah tidak memuaskan kerana sebab berikut;

image

Dua projek besar iaitu Ladang Rakyat dan Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sg. Kelantan ditegur kerana tidak memuaskan. Ada kelemahan pengurusan untuk projek di bawah kendalian swasta yg dilantik Kerajaan Negeri. Perlu diperbaiki.

Kelantan juga telah dinafikan hak pembangunan oleh Kerajaan Persekutuan kerana diperintah oleh PAS. Lebuhraya adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, tetapi dibina setakat Terengganu. Royalti minyak disekat, peruntukan membina jalan diserah kepada Ketua Bahagian Umno kemudian salahkan kerajaan PAS tidak majukan Kelantan. Walaupun disekat peruntukan oleh Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri masih berjaya mengurus kewangan dengan baik. Ini kata Ketua Audit Negara.

Benarkah Kelantan tidak maju seperti yang digembar-gembur MCA dalam The Star? Kedudukan kewangan baik, projek pembangunan cemerlang. Ini adalah fakta. Secara keseluruhan Kelantan nampak mundur, tetapi kalau rajin turunlah ke Kota Bharu dan lihat sendiri kerancakan ekonomi tempatan. Pergi Kuala Terengganu dan bandingkan dengan Kota Bharu, percayalah anda akan cakap Kota Bharu lebih meriah dari Kota Terengganu. Kelantan mana ada royalti minyak.

Jangan hina rakyat Kelantan macam rakyat Kelantan duduk atas pokok. Ekonomi Melayu tempatan di sana lagi rancak daripada di Johor. Tidak perlu tukar kerajaan untuk memajukan Kelantan. Bagi peruntukan pusat dengan adil dan pulangkan royalti minyak Kelantan. Itu yang rakyat mahu.Rakyat Kelantan bukan hendak bangunan tinggi-tinggi pun. Peruntukan jalanraya pun disekat. lepas tu kata PAS gagal. Jangan tertipu dengan propaganda MCA, BN kata kerajaan PAS Kelantan gagal mentabdir negeri dengan baik.

Baca Laporan Ketua Audit Negara dan buka mata. Kerajaan PAS Kelantan tidak bagi tanah percuma pada kroni dan tak jual tanah rizab Melayu. Johor? Boleh fikir sendiri.Lihat prestasi Kerajaan Negeri Kelantan di http://t.co/IL26TG6wCd. Pilih Laporan Ketua Audit Negara, klik negeri, Kelantan. Nilai sendiri.

BN menakut-nakutkan rakyat Johor dengan iklan ini sambil menghina rakyat Kelantan. Lagi suruh tukar kerajaan di Kelantan?

image

Buatlah kesimpulan anda berdasarkan contoh-contoh di atas yang dipetik dari Laporan Audit Negara sendiri, apakah Kelantan itu mundur dan kerajaan PAS telah gagal mentadbir PAS seperti yang sering digembar-gemburkan on UMNO/MCA-BN.

ps: Terima kasih sekali lagi kepada @Norman__G yang awesome!

Tags: , ,

You probably want to check out these posts as well:

Drop a comment :)

Page 1 of 11