»

Johor, kubu kuat BN, negeri contoh BN? Prestasi negeri membanggakan?


Kita sudah tengok iklan MCA/BN kalau undi DAP di Johor macam undi PAS, nanti Johor jadi macam Kelantan.

image

Kita juga sudah tengok iklan nanti Johor jadi macam Kedah. MCA/BN giat menyebarkan iklan menakutkan-nakutkan pengundi dengan menggambarkan negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PAS) lebih mundur dan prestasi buruk.

image

Kita sudah tengok prestasi BN di Melaka. Mari kita tengok prestasi BN di Johor, negeri yang menjadi “kubu kuat” UMNO/BN.

1. Prestasi kewangan jabatan dan agensi bawah Kerajaan Negeri baik. Sangat baik ada 5 sahaja. Banding dengan Kelantan ada 10 sangat baik.
image

2. Hasil yang dikutip Kerajaan Negeri pada 2011 menurun sebanyak RM180 juta berbanding 2010.

image

Foreign Direct Investment ke Wilayah Iskandar bukan ke berpuluh billion tapi hasil kerajaan negeri menurun?

3. Pada tahun 2011 Kerajaan Negeri mengalami kekurangan dana (defisit) sebanyak RM148 juta.

image

4. Rumusan dan syor audit: Prestasi perbelanjaan Kerajaan Negeri menurun berbanding 2010.

image
Perbelanjaan menurun patutnya defisit berkurang, tapi defisit Kerajaan Negeri bertambah. Kerana? Hasil juga menurun.

Kelemahan pengurusan tadbir negeri yang dijumpai oleh Ketua Audit Negara.

1. Projek menaiktaraf bangunan Komtar lewat disiapkan. Kos asal projek berjumlah RM48 juta meningkat.

image
2. Tender mengubahsuai muzium tidak dibuat secara terbuka:

image
3. Bayaran ansuran projek dijelaskan walaupun kemajuan kerja hanya setakat 65%.

image

4. Pusat Hiburan tiada lesen di Johor. Ditegur oleh Ketua Audit Negara.

image

Itu ringkasan Laporan Ketua Audit Negara untuk Johor. Masih takut Johor akan jadi Kelantan? Hasil Kelantan ‘negeri pembangkang’ meningkat tahun lepas, hasil Johor berkurang. Takut jadi macam Kelantan? Siapa mengurus dengan lebih baik?

Tidak semua benda disentuh dalam laporan audit. tapi kalau bandingkan Johor dan Kelantan tidak teruk mana pun Kelantan.

Kita sudah lihat ulasan Laporan Ketua Audit Negara untuk negeri Kedah, Kelantan, Melaka dan Johor. Boleh buat kesimpulan berdasarkan fakta-fakta yang telah dibentangkan. Adakah prestasi pengurusan “negeri pembangkang” teruk berbanding BN?

Berapa markah Muhyiddin boleh bagi untuk Johor dan Melaka berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara?

Hope you enjoy the tweets by @Norman__G so far.

Tidak perlu mencarut, memaki, menggunakan isu kaum, agama, isu peribadi, isu liwat, isu video lucah untuk menentukan prestasi sesebuah kerajaan.

Tags: , , , , ,

You probably want to check out these posts as well:

3 Responses to “Johor, kubu kuat BN, negeri contoh BN? Prestasi negeri membanggakan?”

  1. org johor wrote on Apr 30, 2013 at 2:15 pm

    don’t talk about Johor as if you’ve lived for years there. laporan audit 2011 mengatakan prestasi bertambah lebih baik secara keseluruhan. jgn nk quote semua deficit and I’m sorry that Johor has been developing very well and I live in the system. do you? speak with your balls dude.

    [Reply]

    bongkersz Reply:

    Tell that to the Auditor General as well then, why he highlighted those items. And why the deficits. And yeah, I lived in Johor for more than 5 years. And the guy who tweeted those details also from Johor. Suck my balls dude.

    [Reply]

    Norman Reply:

    @org johor, prestasi bertambah baik secara keseluruhan doesn’t mean we can ignore the fact that millions of ringgit can be squandered because of direct nego tender, contractors been overpaid even though the jobs haven’t completed etc.

    Kelantan pun prestasi bertambah baik, Kedah pun bertambah baik. Ada kelemahan kita point out la. Sampai bila nak billion-billion duit rakyat & negara habis bagi dekat kontraktor tak layak sebab bagi tender direct nego?

    Back to the point: betulkah kalau PR memerintah Johor, akan jadi mundur macam Kelantan? totally bullsh*t. ada pusat hiburan tanpa lesen salah PAS? Prestasi jabatan & agensi di bawah kerajaan negeri Kelantan sangat baik. 11 jabatan dikategori sangat baik. Johor pun tak macam tu. Siapa lebih baik macam tu? Kelantan tak ada direct nego puluh juta bagi pada kontraktor tak layak.

    Realiti ekonomi di Johor terutamanya JB memang tak ada apa kemajuan. Danga Bay pun projek gagal penuh mat rempit malam minggu. Nak bina kondominum mewah siapa yang beli? Rakyat biasa atau orang Singapore? Wilayah Pembangunan Iskandar kononnya bantu rakyat, semak fakta siapa beli semua hartanah yang naik berlipat-lipat ganda? orang kita atau orang Singapore?

    laporan audit kerjanya tunjuk kepincangan jabatan kerajaan. belanja kerajaan negeri meningkat itu fakta sampai duit hasil tak cukup nak tampung perbelanjaan. keseluruhannya baik itu pujian. tapi puluh2 juta duit negeri bayar kontraktor tak layak itu bukan prestasi yang baik.

    terima kasih.

    [Reply]

Drop a comment :)

Page 1 of 11