»

Hishamuddin Hussein Onn Mudah Lupa..


Pemuda Umno gesa ‘budaya liar asing’ dikekang
Jul 13, 08 11:00pm

Pemuda Umno mahu ‘budaya liar asing’ yang merujuk kepada demonstrasi jalanan yang cuba dibawa oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikekang sebelum menimbulkan suasana huru-hara.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dalam kenyataan akhbarnya malam ini, berkata perkara itu bakal menjadi satu lagi helah besar Anwar untuk mengalih tumpuan ramai dari kes liwatnya yang sedang disiasat oleh pihak polis.

“Saya menyeru kepadanya (Anwar), cukuplah dengan sandiwara ini, janganlah memperalatkan rakyat yang tidak berdosa untuk memenuhi agenda peribadinya,” katanya.

Bernama melaporkan beliau berkata, sikap yang ditunjukkan Anwar itu jelas menunjukkan seseorang yang hilang pertimbangan kewarasan serta sanggup mengorbankan prinsip demokrasi, keamanan dan kesejahteraan untuk memenuhi impian peribadi dan mengalih perhatian ramai.

Hishamuddin berkata Pemuda Umno telah sepakat dengan anggota-anggota exco dalam perkara ini untuk bersatu-padu bagi menggerakkan anggotanya di semua peringkat akar umbi bagi menangani isu tersebut.

Datuk Onn bin Jaafar mungkin akan menangis air mata darah sekiranya beliau masih hidup dan mendengar apa yang dikatakan oleh cucunya hari ini. Bak kata orang putih:

He would turn in his grave if he knew what  bullshits his grandson is spitting today.

Mungkin beliau telah lupa bahawa datuknya, Datuk Onn Bin Jaafar telah “menghasut” orang Melayu pada tahun 1946 untuk menentang gagasan Malayan Union yang diperkenalkan oleh penjajah British pada waktu itu. Malahan pada 10 Febuari 1946, Datuk Onn Bin Jaafar telah memimpin 15, 000 orang Melayu untuk membantah Malayan Union di Batu Pahat, Johor.

Di Kelantan, satu demokrasi yang disertai oleh kira-kira 10, 000 orang telah diadakan di Alor Star dan disertai oleh kira-kira 50, 000 orang. Di Johor Bahru, seramai kira-kira 15, 000 orang telah mengadakan demonstrasi pada 10 Februari 1946.

Pada 15 Disember 1945 Persetiaan Melayu Kelantan menganjurkan demonstrasi yang dihadiri oleh lebih kurang 10, 000 orang, ketika Mac Michael tiba di Kelantan untuk mendapatkan tandatangan dari Sultan. Di Alor Setar, Kedah pula 50,000 orang telah membuat demonstrasi pada bulan Januari 1946; sementara itu pada 10 Febuari 1946 seramai 15, 000 orang telah mengadakan demonstrasi di Johor.

Apakah Hishamuddin lupa akan jasa datuknya, Datuk Onn bin Jaafar dalam menyatukan orang Melayu secara khususnya dalam menentang Malayan Union?

Siapakah pengasas Umno kalau bukan Datuk Onn bin Jaafar? Ini suatu penghinaan terhadap beliau kerana terang-terang seorang Ketua Pemuda Umno, malah cucunya sendiri menganggap apa yang dilakukan oleh pengasas Umno dan datuknya dalam perjuangan menentang penjajahan adalah suatu budaya liar.

Tanpa demonstrasi jalanan menentang Malayan Union, mungkin Malaysia tidak akan mencapai kemerdekaan dan sudah tentu Hishamuddin tidak akan menjadi Menteri Pendidikan yang buta sejarah.

Fakta-fakta untuk direnungkan.

1. KEMERDEKAAN NEGARA INI BERMULANYA DENGAN DEMONSTRASI.

2. Demostrasi jalanan adalah budaya negara maju dan demokrasi. Lihat Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun, Korea. (Oh, stop the crap about this is not our culture.. please refer point 1. – Tolong hentikan lawak bodoh mengatakan ini bukan budaya kita. Rujuk fakta 1.

3. Artikel 10, Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyatakan bahawa rakyat Malaysia berhak untuk berdemonstrasi secara aman. Di negara-negara maju seperti United Kingdom, ketika demonstrasi anti perang – ada sehingga menghimpunkan satu juta orang.

Tiada pun keselamatan negara mereka dan ekonomi terjejas. Sebaliknya, mereka bertambah maju kerana majoriti rakyat tahu akan hak dan dibenarkan mengkritik secara terbuka. Rakyat yang tidak tau akan hak mereka, hanya menyumbang kepada negara yang lemah dan rapuh. Agaknya itulah yang diinginkan oleh pemimpin negara kita, rakyat yang bodoh dan tuli serta hanya sibuk berhibur?

4. Soal keselamatan, apa guna polis yang digaji untuk menjaga keselamatan sekiranya mereka sibuk menguruskan sekatan jalan raya? Keselamatan siapa yang sebenaranya begitu dipentingkan di sini? Rakyat? Ataupun keselamatan hantu-hantu raya menteri-menteri yang buta sejarah dan kaki ampu?

Sekiranya pihak polis ada kemampuan dan kakitangan yang cukup untuk mengadakan sekatan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur dan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang melampau menyusahkan hidup rakyat biasa dan menggalakkan pembaziran petrol di jalan raya, seharusnya mereka juga mampu ditugaskan untuk membuat perkara yang paling penting – menjaga keselamatan rakyat dan menyelesaikan jenayah (Mengapa masih berleluasa jenayah samun, rompak, kecurian, rogol sabah hari? Mana pembunuh Nurin Jazlin? Apakah polis negara ini terlalu leka mengawal lalulintas??)

5. Takut sekiranya banyak orang berkumpul akan mendatangkan bahaya dan kemudaratan? Mengganggu lalu lintas? Mengganggu ketenteraman awam? Oh jika begitu, batalkan saja pesta Jom Heboh, persembahan Citrawarna Malaysia, perlawanan bola sepak dan apa saja acara dan keramaian yang melibatkan orang ramai.

6. Kebanyakan pemimpin atasan Umno sekarang memang buta sejarah. Ini tidak boleh disangkal.

“History is who we are and why we are the way we are.”

Tags: , , , , , ,

You probably want to check out these posts as well:

No Responses to “Hishamuddin Hussein Onn Mudah Lupa..”

  1. |1f34|-|1r3 wrote on Jul 14, 2008 at 2:00 pm

    another niece piece…this is why i’m in love with your blog…haha :kiss:

    “And some people can’t get enough of you – they’re totally addicted. :oops:”

    [Reply]

  2. bongkersz wrote on Jul 14, 2008 at 2:31 pm

    Haha! One man’s meat is another man’s poison dude 😛

    [Reply]

  3. angeles wrote on Jul 14, 2008 at 3:28 pm

    ari nie, jam teruk di kay elle… :down:

    itu alibaba ada mintak maap, tapi aper gunanyer… :down:

    [Reply]

  4. bongkersz wrote on Jul 14, 2008 at 3:39 pm

    yeah, i read it on news.. and some friends sent sms-es.. itu alibaba tarak guna.. :vangry:

    [Reply]

  5. clement wrote on Jul 14, 2008 at 4:05 pm

    i love the gramps.. he’s a hero till the royalty took over. and to think about, its not that they ‘buta sejarah’ its just that, the sejarah that they knew are polished over and over again so that the bumiputera are the most immaculate people on earth… some sort of godsend people

    [Reply]

  6. NoktahHitam wrote on Jul 14, 2008 at 4:08 pm

    10 juta kali explain pon to the menteri’s, they still wont have a clue. Agaknye mereke sume dah sampai tahap tepu, tak leh absorb mende2 baru.

    Also to note, Onn Jaafar quits UMNO.

    Batalkan je JomHeboh, I dont need that roadshow. Hehehe

    [Reply]

  7. bongkersz wrote on Jul 14, 2008 at 4:22 pm

    Onn Jaafar quits UMNO
    UMNO dibubarkan 1988
    UMNO Baru.. jauh sekali daripada UMNO Asal.

    This is a good read, a letter by Tun Hussein Onn, Hishamuddin’s father on UMNO Baru. link

    All UMNO ex-presidents died outside UMNO – a non UMNO member if I am not mistaken.

    [Reply]

  8. bongkersz wrote on Jul 14, 2008 at 4:40 pm

    it is a disguised apartheid. these leaders are maggots, feasting on unsuspecting and ignorant people. actually, there many bumiputeras do not share the same ideology with umno.. so it is more appropriate to name these group of ‘godsend’ people – umnoputra.

    [Reply]

  9. NoktahHitam wrote on Jul 14, 2008 at 5:20 pm

    Abdul Razak mati, tak sempat quit UMNO, if Im not mistaken.

    [Reply]

  10. daniel wrote on Jul 14, 2008 at 6:07 pm

    Bukan mereka telah lupakan sejarah, tetapi fakta-fakta dalam Buku Sejarah kita telah diubahsuai untuk kepentingan UMNO. Ini bukan sahaja menyebabkan rakyat Malaysia tidak mendapat gambaran yang benar tentang sejarah Malaysia, malah ahli-ahli UMNO pun telah lupakan sejarah yang sebenar. Shame on them!

    [Reply]

  11. KNizam wrote on Jul 14, 2008 at 8:40 pm

    aku still bengang ngan jam pagi tadi. hehe :mrgreen:

    [Reply]

  12. |1f34|-|1r3 wrote on Jul 14, 2008 at 11:02 pm

    haha..rilex la beb…nasib baik aku kije malam

    [Reply]

  13. bongkersz wrote on Jul 15, 2008 at 8:43 am

    imagine my disgust when we were having sejarah lesson in UTM (some tamadun lessons). that’s how they perverted the history and make it to suit their greedy ventures.

    [Reply]

  14. bongkersz wrote on Jul 15, 2008 at 8:43 am

    nasib aku kat sarawak.. kalau tak aku pun bengang…

    [Reply]

  15. Beruang Madu wrote on Jul 15, 2008 at 10:32 am

    I agree… terlalu setuju tapi masa tu rakyat bersatu… tapi sekarang rakyat berpecah… tujuan demontrasi dah berubah…bingung sekali…

    [Reply]

  16. bongkersz wrote on Jul 15, 2008 at 10:51 am

    yes, masa tu rakyat bersatu menentang penjajah asing. tujuan demonstrasi masih sama, untuk menyatakan ketidakpuashatian terhadap pemerintah (dahulu British, sekarang BN), so rakyat berpecah kepada dua – bersatu menentang pemerintah – BN, dan satu pihak di pihak BN. masalahnya, UMNO/BN terlalu takutkan bayang-bayang yang tiada. cuma usul tidak percaya, suatu usul biasa, perlukan seluruh KL diadakan sekatan jalan raya, kawasan parlimen dijadikan medan perang? 😕 😕

    aku lebih bingung dengan kebodohan kerajaan yang bertindak terlalu paranoid. ➡

    [Reply]

  17. wawa440khz wrote on Jul 16, 2008 at 11:07 pm

    bong, you should join politics…i guess at least you have us to support you..

    [Reply]

  18. bongkersz wrote on Jul 17, 2008 at 1:40 pm

    maybe i should.. one day.. 😛 i’ll let you know haha!

    [Reply]

  19. chris brown wrote on Sep 16, 2008 at 8:25 pm

    :kiss: :halo: :vangry: ❓ ❗ 🙁 😡 😆 😛 🙄 😉 😥 😮 :down: :up: :$: :XO: 👿 😀 😳 :mrgreen: 😐 😈 ➡ 😯 🙂 😕 😎

    [Reply]

  20. Anonymous wrote on Apr 10, 2009 at 5:37 pm

    kalau tunjuk perasaan secara aman takpe ini nak rosakan harta benda bakar sane bakar sini pecah kan kereta orang, memaki hamun macam mane nak aman.

    [Reply]

  21. Anonymous wrote on May 14, 2009 at 9:23 pm

    hell

    [Reply]

  1. 1 Trackback(s)

  2. Jun 24, 2009: The Flaccid Mind » Blog Archive » Kerisman strikes again in his comeback as Home Minister, continuing the tradition of being dumb, ignorant, stupid and dungu.. wheeeeeeeeeeeeee!

Drop a comment :)

Page 1 of 11