»

Cintailah Bahasa Kebangsaan


Yo… Apa di atas sahabat handaiku di luar sana? Sempena bulan kemerdekaan yang mulia ini, biarlah aku menulis dalam bahasa kebangsaan, Bahasa Melayu untuk sepanjang bulan ini. Muahahahaha! Hari ini tiada entri nukilan topik tertentu, cuma cakap-cakap kosong untuk menghilangkan kebosanan.

Sudah sekian lama aku tidak menggunakan bahasa melayu dalam perbualan atau penulisan, ditinggalkan selepas SPM 1999 rasanya sudah berkarat 😀 Tiada peluang untuk menggunakannya. Di tempat kerja, semua urusan menggunakan Bahasa Inggeris, baik untuk perbualan ataupun penulisan. Bahasa Melayu cuma digunakan bila berurusan dengan jabatan kerajaan. Inilah masanya aku mengasah kembali Bahasa Melayu yang hebat menurut Kementerian Pendidikan Malaysia sehingga tersalah memberikan A1 untuk subjek Bahasa Melayu SPMku. (Ceh ceh.. menunjuk-nunjuk sedikit :p)

Hari Sabtu yang lepas, aku bertemu Cibol di Midvalley Megamall. Sudah lama tidak bertemu menanyakan khabar, kami berdua melepaskan rindu kebosanan dengan membuang masa melepak, meluaskan horizon mengamati gadis gadis ayu… (bunyi macam novel cinta meleleh A. Akashah muahahahaha) Sam, sahabatku yang telah lama menghilang juga muncul. Selepas PMR 1997, Sam bertukar sekolah dan sejak itu jarang nampak kelibatnya. Tidak banyak perubahan yang aku lihat, cuma dia sudah tidak memakai kaca mata, pakai lekap sekarang.

Hehe, sebenarnya hari ini aku curi tulang.. tak pergi kerja. (Harap bos tak baca belog aku ni) Bangun pagi tadi, terasa malas nak pergi kerja, aku pun menelefon tempat kerja memberitahu yang aku ambil cuti hari ni. Engkau orang (Ish.. menulis dalam bahasa melayu formal ini susah betul, panjang menjela-jela.. Biarlah aku tibai jer asalkan boleh difahami :P)

Korang tak pernah ke bangun pagi, tetiba rasa malas, kepala otak mula memikirkan alasan-alasan yang canggih untuk bagitau supaya tak yah gi kerja? Tipulah kalau tak pernah dan inilah yang aku buat pagi ni 😀 Tapi aku tidal memberi sebarang alasan, cuma beritahu aku ambil cuti, jadi aku tidak menipu.. aku orang baik, alim kah kah kah! (Orang baik tak kan bagitau dia baik lah.. tapi aku memang baik) Ingat petang nanti aku nak ke Pejabat Pos untuk memperbaharui cukai jalan motosikal. Dah lebih tempoh 2 minggu.

Nanti lah aku sambung menulis balik.. mandi kejap..

You probably want to check out these posts as well:

5 Responses to “Cintailah Bahasa Kebangsaan”

  1. bongkersz wrote on Aug 8, 2006 at 6:40 pm

    ya, mari kita bercakap BeeM untuk bulan Ogos ini. Hurray Hurray! Patriotik gila ni!

    [Reply]

  2. cibol wrote on Aug 8, 2006 at 7:23 pm

    Ha ha ha .. bertuah nya. Aku pun selalu buat macam tu. Kekadang la. Tak la selalu sangat. Nanti kantoi mampos aku.

    [Reply]

  3. bongkersz wrote on Aug 8, 2006 at 7:55 pm

    mesti terer (baca: hebat) baru boleh buat macam itu.. (baku habis bahasa)

    [Reply]

  4. sonnetprix wrote on Jan 15, 2007 at 5:13 pm

    Aku sudah lama melayangkan pendangan ke arah kiriman ini, tetapi aku tidak tahu apa yang hendak diluahkan. hari ini, walaupun bukanlah bulan Ogos yang tak berapa mulia, tetapi memandangkan televisyen di rangkaian tiga (TV3) sudah menyoal rakyat jelata tentang erti kemerdekaan sejak awal bulan pertama, aku pun mula dipenuhi dengan semangat patriotik. Bong, sungguh mengkagumkan kiriman ini. Tak kusangka bahasa kebangsaanmu sangat hebat walaupun ada sadis sedikit dalam konteks Kamus Dewan edaran DBP.Marilah kita sama-sama berusaha memajukan bahasa kebangsaan biarpun sampai terlupa bahasa sendiri..(aku hendak muntah…bagaikan terlampau jiwang nadanya..)

    [Reply]

  5. bongkersz wrote on Jul 19, 2007 at 6:49 pm

    bulan ogos datang lagi! marilah kita berbicara tahi (crap) dalam bahasa malaysia! (tahun lepas masih bahasa melayu, sekarang sudah tukar?)

    [Reply]

Drop a comment :)

Page 1 of 11