»

Cerita Panas: Masalah ketegangan Skuad Berani Bogel!


Krisis dalaman Reformis makin tegang
Jimadie Shah Othman | Dec 15, 08 1:03pm

Krisis dalaman Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) – terkenal dengan “skuad berani bogelnya” dan lantang mengkritik kerajaan Selangor – makin tegang apabila….

Baca selanjutnya di Malaysiakini.

Setelah mendapat berita wujudnya ketegangan dalam Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) yang terkenal dengan skuad berani bogelnya, saya lantas menghubungi sumber-sumber saya bagi mendapat cerita panas di sebalik kisah ketegangan ‘Skuad Berani Bogel’.

Mengikut sumber* dalaman yang boleh dipercayai, krisis dalaman sebenarnya tercetus apabila beberapa ahli Skuad Berani Bogel dipelawa oleh salah sebuah syarikat pengedar barangan herba tempatan untuk mencuba produk terkenal mereka yang berasaskan minyak lintah.

Produk minyak lintah syarikat ini dipercayai boleh membantu meningkatkan tahap ketegangan jika disapu pada tempat yang bermasalah dan pengusaha syarikat tersebut amat berharap supaya ahli-ahli Skuad Berani Bogel membantu mempromosikan keberkesanan produk minyak lintah ini kepada orang ramai ketika melancarkan ‘perang’ bogel mereka.

Sebagai balasan, Skuad Berani Bogel akan mendapat tajaan produk minyak lintah selama setahun dari syarikat tersebut dan ahli-ahli yang berpotensi akan ditawarkan kontrak menjadi duta produk minyak lintah bagi syarikat tersebut. Syam (bukan nama sebenar), salah seorang ahli Skuad Berani Bogel, beliau mengatakan beliau amat teruja kerana berpeluang untuk menjadi duta produk minyak lintah.

“Saya sudah lama ingin menjadi duta sesuatu produk. Sejak saya melihat Mawi menjadi produk Ali Cafe, saya menanam cita-cita untuk suatu hari nanti menjadi duta produk yang lebih popular berbanding Mawi.

Dengan adanya peluang yang diberikan oleh *tooot* (nama syarikat di’bleep’kan) saya pasti akan lebih popular berbanding Mawi! Tidak sangsi lagi, lagipun apalah sangat Ali Cafe berbanding minyak lintah *toOot* (nama produk di’bleep’kan”) Nyahahahahahahahahaha!”

Masalah timbul apabila wujud dua pihak dalam Skuad Berani Bogel ekoran daripada pelawaan syarikat pengedar minyak lintah ini. Mengikut sumber dalaman yang boleh dipercayai ini lagi, krisis dalaman berlaku apabila satu pihak kurang tegang berbanding pihak yang satu lagi.

Ahli-ahli Skuad Berani Bogel yang telah menggunakan produk minyak lintah didapati lebih tegang dan sentiasa ketegangan berbanding mereka yang tidak menggunakannya. Terdapat juga ahli-ahli yang langsung tidak tegang walaupun setelah mencuba produk minyak lintah tersebut. Muafakat tidak dapat dicapai antara ahli-ahli Skuad Berani Bogel dipercayai disebabkan beberapa perkara:

1. Masing-masing tidak mencapai ketegangan yang dipersetujui.

2. Pihak yang tegang hendak melancarkan ‘perang’ bogel bulat dengan segera. Syam (bukan nama sebenar) sekali lagi keluar menyatakan, “Saya tidak sabar lagi untuk menunjukkan betapa tegangnya saya dan memperkenalkan produk minyak lintah *tooOt* kepada rakyat Malaysia! Minyak lintah *toot* memang bagus!” *sambil menggayakan aksi tangan*

3. Pihak yang kurang tegang segan untuk berbogel bulat, sebaliknya mengesyorkan supaya ia ditukar kepada ‘perang’ bogel separuh, sebaiknya tidak melibatkan – dalam erti lain menutup apa-apa yang tegang atau kurang tegang.

4. Pihak yang langsung tidak tegang, yakni yang tidak dapat diselamatkan ketegangan mereka walaupun setelah mencuba pelbagai produk, memprotes tindakan pihak atasan Skuad Berani Bogel memecat keahlian mereka dalam Skuad Berani Bogel. Eddie (bukan nama sebenar) membantah dasar diskriminasi yang dilakukan terhadap mereka dan berkata, “Kami juga rakyat Malaysia. Kami ada hak walaupun kami tidak tegang. Ini diskriminasi! Kami bantah!”

Maklumat terkini yang diperolehi sedang artikel ini ditulis, seorang ahli intelektual tempatan (bukan Nordin Kardi) menyatakan perlunya masalah ketegangan ini diselesaikan segera, kerana ia boleh memudaratkan diri seseorang jika keadaan tegang itu tidak ditangani. Beliau mengesyorkan supaya mereka yang terlalu tegang supaya mengambil minuman Air Kacip Fatimah untuk mengendurkan keadaan. Perbincangan dua hala antara semua pihak yang terbabit perlu dilakukan dalam keadaan kendur untuk kebaikan semua.

*sumber dirahsiakan, kerana beliau tidak mahu dibelasah atau dikejar oleh sekumpulan manusia yang tegang dan bogel.

ps: Saya merasa ‘tertekang’ menulis ini. Lochoe, tertekang tak awak baca? Ataupun, tertegang?

Tags: , , , , ,

You probably want to check out these posts as well:

47 Responses to “Cerita Panas: Masalah ketegangan Skuad Berani Bogel!”

  1. LadyBird® wrote on Dec 16, 2008 at 4:32 pm

    kalau aku mengetuai Skuad Berani Kendur, ada tak yang nak ikut serte atau ada tak mana2 syarikat yang berminat nak jadi penaja?? bong ko berminat nak jadi penaja aku tak? 😀

    isu camni pun ko leh wat lawak, tabik lah sama lu. :up: 🙂

    [Reply]

  2. Vijay Kumar Murugavell wrote on Dec 16, 2008 at 5:33 pm

    Itik serati masuk gelangang
    Zaman Jepun makan ubi kentang

    Skuad berani bogel semakin tegang
    Terdiri dari ahli yang cukup bangang

    Tongkat ali penawar menaikan kuasa kuda
    Kalau terlebih makan penawarnya air kelapa muda

    Note : last year I got an urgent distraught call from a friend who overdosed on viagra,
    I told him to calm down, go to a nearby restaurant , have some fresh coconut water (2 servings)
    and wait 2 hours, apparently it worked.
    It is an old wives trick from the kampungs- where young brides who are faced with hyper randy
    new grooms are told to serve their men with air kelapa muda.

    [Reply]

  3. nono wrote on Dec 16, 2008 at 6:03 pm

    😡

    Cets! Sik guna.. Haha! LMAO!!!! Haha! Jangkit Lochoe ka?

    P.s: I read your reply to taib in your previous post. Slumber you Bong. Nang Slumberjerr. Haha!

    P.s.s: Leh join Schlumberger after this. Hehehe

    [Reply]

  4. Taukey wrote on Dec 16, 2008 at 6:04 pm

    muahahahaha. nice pantun :up: muahahahaha.

    [Reply]

  5. Vijay Kumar Murugavell wrote on Dec 16, 2008 at 6:12 pm

    Thanks Taukey, these politicians really inspire me to write pantuns,

    auk auk, babanal kestau siih

    [Reply]

  6. |1f34|-|1r3 wrote on Dec 16, 2008 at 7:29 pm

    ni semua terpengaruh ngan lochoe la ni…nak dtg slb bong? aku alu2kan !

    [Reply]

  7. Minyak Lintah Power wrote on Dec 16, 2008 at 10:20 pm

    *tambahan*

    Penggunaan minyak lintah oleh ‘Bong’kok yang di taja selama setahun oleh Lochoe, pemilik syarikat *tOOt* menyebabkan kekenduran kekal pada bahagian sulit ‘Bong’kok

    ps: Apa signifikan berbogel menunjukkan bahagian sulit dalam proses protes ini? Adakah kerajaan Selangor akan mendengar protes mereka? Hanya menjatuhkan martabat sebagai manusia bertamadun saja.

    pss: Cilake. 2 kali nama gua diterbitkan dalam artikel ni. Gua mahu saman lu. :vangry:

    psss: Sah! Kena virus bawaan Lochoe. :mrgreen:

    pssss: Nicely return Bong :up: Deep meaning dude! 😀 😛 😮

    [Reply]

  8. NoktahHitam wrote on Dec 16, 2008 at 11:18 pm

    I never heard about the air-kelape thingy. Good thing! Will try to use 😳

    [Reply]

  9. Eddie wrote on Dec 16, 2008 at 11:27 pm

    Sebenarnya anda sudah salah faham. Saya telah menyarankan agar semua ahli memakai kain pelikat. Ini secara tidak langsung, dapat menutup kemaluan yang di alami oleh para ahli yang tidak tegang dengan menggunakan timun mak cik limah. Oleh itu persoalan tegang atau tidak tegang, tidak lagi menjadi isu utama, jika semua memakai kain pelikat.

    Selain en Syam (bukan name sebenar), en. Lochoe dan ET juga mahu menjadi duta syarikat *t00t*. Di manakah borangnya bole di dapati?

    [Reply]

  10. Minyak Lintah Power wrote on Dec 17, 2008 at 12:04 am

    Lochoe (bukan nama sebenar) adalah pemilik syarikat *tOOt la Eddie.

    ET (bukan nama sebenar) mungkin berkelayakan menjadi duta pelaris jualan minyak lintah.

    [Reply]

  11. bongkersz wrote on Dec 17, 2008 at 8:19 am

    Nampaknya anda semua lagi ‘resourceful’ daripada sumber saya.. Tapi setahu saya pemilik syarikat *tOOt adalah seorang wanita. Apa Lochoe itu wanita? 😆

    [Reply]

  12. bongkersz wrote on Dec 17, 2008 at 8:22 am

    Idea bernas saudara. Tetapi Skuad Berani Bogel akan ditukar nama menjadi Skuad Kain Pelikat sekiranya cadangan saudara diterima pakai. Apa kata saudara buat skuad sendiri untuk bersaing dengan Skuad Berani Bogel? Tentang tajaan kain pelikat, saya percaya Kain Pelikat Cap Pagoda sudi menjadi penaja utama.

    [Reply]

  13. Syam wrote on Dec 17, 2008 at 8:24 am

    Lochoe adalah khunsa. Perempuan di sebelah siang dan lelaki di sebelah malam

    [Reply]

  14. bongkersz wrote on Dec 17, 2008 at 8:28 am

    Pil kuda jangan dicuba,
    Nanti minum air kelapa muda pun masih berdiri,
    Terima kasih atas petua,
    Nescaya berguna di kemudian hari,

    Haha! Overdosed on viagra? ROTFLMAO!

    [Reply]

  15. bongkersz wrote on Dec 17, 2008 at 8:29 am

    Eh saudara Syam. Apakah ini Syam yang hendak menjadi duta minyak lintah syarikat *tOOt yang terlebih tegang? 😀

    [Reply]

  16. bongkersz wrote on Dec 17, 2008 at 8:33 am

    Moral: Jangan menggunakan minyak lintah syarikat Lochoe yang menyebabkan kekenduran.

    ps: Sukar hendak diinterpretasikan motif berbogel mereka.

    pss: Itu bukan nama sebenar. Jadi, saman tidak akan berjaya.

    psss: Virus Lochoe? Haha! I blogged about something similar last time, nobody said I kena virus Lochoe 😛

    pssss: Post malas ni.. Idea dapat dari kawan. HAHA!

    [Reply]

  17. bongkersz wrote on Dec 17, 2008 at 8:33 am

    Jika ada peluang, apa tidaknya! 😛 Tengok ko happy jer kerja sana.. wuah!

    [Reply]

  18. Eddie wrote on Dec 17, 2008 at 8:34 am

    Sungguh Syam? Itu sebab utame Lochoe mengeluarkan produk tegang?

    [Reply]

  19. bongkersz wrote on Dec 17, 2008 at 8:35 am

    Skuad Berani Kendur, pasti berlambak volunteers.. senang cari. HAHA! Syarikat apa yang boleh menaja Skuad Berani Kendur? 😀

    [Reply]

  20. bongkersz wrote on Dec 17, 2008 at 8:39 am

    Apa dijangkit Lochoe 😛 Saja mok ngeso aku boleh tulis kedak ya juak.

    ps: That kind of question, deserved such answer.

    [Reply]

  21. bongkersz wrote on Dec 17, 2008 at 8:40 am

    Sentiasa tegang ke bro? Bahaya tu…

    [Reply]

  22. Eddie wrote on Dec 17, 2008 at 8:40 am

    Tajaan Gajah Tegang.

    Skuad Kain Pelikat cawangan Ampang. Amcam? MP bagi tak? 😀

    [Reply]

  23. bongkersz wrote on Dec 17, 2008 at 8:41 am

    Kata omputeh, “The plot thickens…” Nampaknya Lochoe belum lagi memberikan komen beliau. Kata orang tua-tua, diam tanda setuju. Saya akur.

    [Reply]

  24. bongkersz wrote on Dec 17, 2008 at 8:47 am

    Kena tanya MP Ampang Zuraida Kamarudin. Aktiviti pertama Skuad Kain Pelikat ialah membantu mangsa-mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Efektif, selesa dan bergaya – motto Skuad Kain Pelikat :up:

    [Reply]

  25. Eddie wrote on Dec 17, 2008 at 9:25 am

    Moto die macam Polis jugak. Cekap, Cepat dan Berangin.. Weee~

    [Reply]

  26. haritz wrote on Dec 17, 2008 at 11:52 am

    terdapat sumber mengatakan pengunaan minyak lintah tak bagus kerana lintah kalau kat luar air membesar tapi dalam air memanjang dan kurus. So kalau di pakai pada alat kita dia jadi camtu kot kahkahkah.. 😀

    [Reply]

  27. Minyak Lintah Power wrote on Dec 17, 2008 at 12:03 pm

    Kain pelikat Gajah Tegang? Nanti belalai terkeluar dowh :mrgreen:

    [Reply]

  28. Sweet Thinker wrote on Dec 17, 2008 at 1:34 pm

    beta rasa lochoe tak guna minyak lintah, tp guna minyak belachak. hehe! :up:

    [Reply]

  29. bongkersz wrote on Dec 17, 2008 at 3:00 pm

    Hahahahahaha! Ini berdasarkan pengalaman sendiri ke? 😉

    [Reply]

  30. nono wrote on Dec 17, 2008 at 4:49 pm

    Apa lagi Life4Hire.. I am waiting for your version nie. Muahahhahahhaha… Kan you ngaku you dengki kat Lochoe.. Nanti I baca2, untuk gelak2.. Hahahahah!

    [Reply]

  31. nono wrote on Dec 17, 2008 at 4:58 pm

    Pantun Bong janggal dibaca,
    Terutamanya barisan kedua,
    Diri saya meneka-neka,
    Pil kuda memang ada ka?

    :$:

    [Reply]

  32. bongkersz wrote on Dec 17, 2008 at 5:06 pm

    Oh? Hendak lawan berpantun ya?
    Pantun janggal memang bergaya,
    Pil kuda memang ada,
    Apa Nono berminat mencuba?

    ps: Tengok sidebar lah, entri popular = Pantun Seloka!

    [Reply]

  33. zewt wrote on Dec 18, 2008 at 9:54 am

    ketegangan…. LMAOROTLWLKITA!!!!

    [Reply]

  34. aman wrote on Dec 18, 2008 at 3:03 pm

    haha..macam-macam skrang nie…

    [Reply]

  35. amoidewa wrote on Dec 19, 2008 at 12:59 am

    erkss! after reading this entry…i really need something untuk ‘menegangkan’..ops..i mean menenangkan fikiran….phew!

    [Reply]

  36. roy wrote on Dec 19, 2008 at 5:41 pm

    bang, mok minyak lintah nyak tpt aku interview last month? the one who ask for mktg proposal? as far as i know they have no significant competitor.

    [Reply]

  37. laling wrote on Dec 20, 2008 at 12:31 am

    Alamak best lah post Bong nih..Sure SEO nak tegang akan kesini lepas nih.

    Anyway satu persoalan bagaimana skuad berani bogel reformis ini nak membuktikan penggunaan minyak lintah boleh menegangkan *toooot* mereka?

    Adakah akan wujud iklan bogel I mean half naked only show that part to whoever skeptical with penggunaan minyak lintah..

    for me dua2 geli..eeeee..lintah or tooot LOL

    [Reply]

  38. zsazsa wrote on Dec 20, 2008 at 5:49 pm

    aduh lawak lawak :))

    [Reply]

  39. haritz wrote on Dec 22, 2008 at 10:54 am

    lintah pun dah commercial skrg, dulu org takut lintah melekat kat badan, skrg org biar dia melekat kat *toot* terus.. aneh dunia ni

    [Reply]

  40. bongkersz wrote on Dec 22, 2008 at 11:11 am

    Anda rasa tegang? 😆

    [Reply]

  41. bongkersz wrote on Dec 22, 2008 at 11:12 am

    courier lah ke mari. ehem, actually the story is based on the company you went for the interview. sorry, tidak creditkan kepada you.. 😛

    [Reply]

  42. bongkersz wrote on Dec 22, 2008 at 11:13 am

    SEO tegang kalau ke blog ni, kecewa lah nanti 😛

    Skuad berani bogel kena buat demo lah.. 😛

    [Reply]

  43. bongkersz wrote on Dec 22, 2008 at 11:18 am

    Lintah seekor 70sen- RM1.50 bro. Apa lagi, buatlah bisnes ladang lintah 😛

    [Reply]

  44. Archie wrote on Dec 22, 2008 at 2:09 pm

    topic tegang2 mmg hangat… bagaimana pula dgn topic montok? LoL

    [Reply]

  45. bongkersz wrote on Dec 23, 2008 at 9:05 am

    topik montok let you do it la

    [Reply]

  46. djack wrote on Apr 2, 2009 at 12:37 pm

    malas

    [Reply]

  1. 1 Trackback(s)

  2. Mar 4, 2009: Funny Keywords #1 | The Flaccid Mind

Drop a comment :)

Page 1 of 11